ni nak cerita sikit pasal nija ni. beliau salah sorang anak sedara yang popular di kalangan mak-mak sedara dan bapa sedara. berada di carta paling popular. dari kecik duduk dengan opah (arwah mak aku lah). membesar bersama. susah senang pun bersama. banyak cerita suka dan duka kita simpan bersama. semoga nija terus tabah dengan segala macam cabaran hidup. anak buah aku yang lain relaks ye.. jangan jeles pulak. teruskan usaha untuk mempopularkan diri. jangan duduk berdiam diri. okey.
memula ingat nak tunggu gambar yang camera man nija punya. tapi macam lambat sangat pulak. jadi aku gunakan saja gambar-gambar amatur yang ada.
ini pelamin tema warna gold
ini malam bertukar-tukar pakaian, pakcu sempat ambil gambar pakai baju ni saja,
rasanya ada byk baju lain kan
nasib baik hujan dah reda..oklah tak basah kuyup..sebelah pagi hujan rahmat turun
bapa mertua merenjis air mawar..
ini gambar bersama family aku..lari dari tema...pakaian beragam
yang seterusnya layan saja la..ye bersama kaum keluarga, kakak-kakak dan anak-anak buah
hahahaha..ini geng adik-beradik..geng kaki sembang..tak termasuk mak pengantin yg baju kuning dia busy bersalam.. beg-beg itu mak pengantin yang minta tolong pegang, kerja pegang beg duit kitaorang bolehlah..yang lain out..tak boleh diharap..tetamu layan diri..takde VIP-VIP nya semua sama..dah namanya kenduri kahwin..makan buffet ambil sendiri..ye
tak tau apa yang digelikan hati..
yang ini pulak Eda (baju hijau) dah lama tak jumpa sama-sama main kat kampung masa kecik , nostalgia tuh.
kak ngah bersama mak sedara (cik peah) dan sepupunya..
relaks sekejap setelah habis makan...
hahahhaha..ini lagi ramai ni..yang duk lepak..kehkeh..curi tulang eeh...
wah dah canggih sekarang ni..kek pun ada gambar pengantin..zaman aku dulu belum ada macam ni..huhu
aksi sebahagian daripada adik-beradik aku dan anak-anak buah yang dah besar panjang..hehehe boleh makan nasi minyak lagi.
ini cerita disebalik tabir..
yang tengah menyolek tu lin anak buah aku yg kat muar..memang terer bab solek menyolek, semua org ambil nombor untuk disolekkan termasuk aku..hehehehe.
ini salah satu hasilnya..anak dara aku, kak ngah dan baby gambar selepas di solek, gambar sebelum tak ambik pulak..ekekekek
tema warna hijau hitam
lastly majlis kenduri di palong 7 pulak, sorry nija tak dapat pergi ada hal yang tak dapat dielakkan.
6 comments:
selamat pengantin baru nija (selalu dgr cerita nija jer dr k.shida)moga jodoh berpanjangan dunia & akhirat. Amin...
p/s: sayangnya nak makan cupcake tu...hamboi hamboi anak dara 2 tu...& i loike green...hehehehe...
k.shida...one more...hehehhe lupa nak tulis tadi, k.shida memang vouge d'vassss...ikhlas ni tau!
hahahaha..anak dara tu...tu dua je..kalau 3 macam cik apple hijau tak tau le..abis mekap dikejekan..
vouge d'vasss..hehehe baju last minute tu..
vouge d'vasss itu apa apple hijau ooi...gua tak tau...bukan kt situ...haha
apa2pun i also very the like make-up anak dara tu...kalau adalah anak saudara u yg pandai make-up tu pasti i serahkan muka i ni kt dia...huhu
hehehe...vouge d'vassss tu macam pn sri sariuh jgk la...bukan kat situ!k.shida, sy pun nak jgk make-up! aiyaaaak..
aiyaaa..itu anak sedara jauh ma..muar mari..tak dapek la.
Post a Comment