Tuesday, October 19, 2010

Mari Belajar Tentang Hon

Kalau nak tau tentang bunyi hon baca kat bawah nih. edisi copy & paste lagi..huhu

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…



Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!


Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?


Percaya atau tidak…


Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.


Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe


?          1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”


?          2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”


?          3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)


?          1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan


?          2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”


?          4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap; 

.
.
.
.

“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”


 

Thursday, October 14, 2010

Sila Ambil Perhatian Kepada Wanita-Wanita

salam..baru terima email dari kak sari..di celah-celah kesibukan, ini saja yang sempat . copy & paste..huhu

Sila ambil perhatian kpd sume kgkwn ku..


Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

Wednesday, October 6, 2010

Ish...Buang Mayat Merata-rata

MELAKA – Polis menahan seorang wanita selepas mengesyaki dia bukan sahaja menyembunyikan kematian suaminya akibat sakit tua malah bertindak membuang mayat suaminya itu ke dalam semak dalam kejadian di Kampung Solok Pantai Batu 4, Batu Berendam di sini Sabtu lalu.

Wanita yang mengalami masalah mental berusia 45 tahun itu ditahan pagi semalam apabila rahsianya itu terbongkar selepas penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk terjumpa mayat Abdul Halim Manan, 70, yang disumbat di dalam plastik berwarna hitam.

Difahamkan, jarak antara rumah mangsa dengan kawasan pembuangan itu hanya 50 meter.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Supritendan R. Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita tersebut telah membuang mayat suaminya pada Sabtu lalu dengan mengheretnya ke kawasan semak.

“Ada penduduk mendakwa ternampak wanita itu mengheret beg plastik hitam pada pukul 12 tengah malam Sabtu lalu tetapi tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah mayat suaminya ditemui pukul 7.30 pagi tadi (semalam).

“Siasatan awal kita mendapati ketika itu suami mangsa baru sahaja meninggal dunia dan wanita tersebut bertindak sedemikian kerana tidak tahu hendak buat apa,” katanya yang memberitahu pasangan itu hanya tinggal berdua di situ.

p/s: Oh sakit mental rupanya, patutlah buang mayat merata-rata..ingat kan orang buang bayi je merata-rata..warga emas pun dibuang..adeh…letih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...