Sunday, July 4, 2010

Demam Bola

Kuatnya pengaruh bola ni. tak percaya baca berita kat bawah ni:

Kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan bukan hanya ‘digilai’ peminat bola di kalangan kaum lelaki sahaja tetapi turut mendapat perhatian golongan wanita.

Buktinya, di Kampung Buntal, Kuching, Sarawak, sekumpulan kaum ibu tidak melepaskan peluang menghangatkan suasana Piala Dunia dengan menyertai pertandingan bola sepak yang diadakan di pesisir pantai kampung terbabit.
Pertandingan yang diadakan bagi peringkat kampung itu amat mencuit hati dengan masing-masing peserta berlagak ala-ala seperti pemain profesional meskipun berkaki ayam.



Sumber : Ruangan Berita Utama/Muka Depan Akbar Utusan M'sia, 5 Julai 2010

hahahaha..nak tergelak pun ada baca berita tu. tengok gambarnya pun kelakar. penjaga gol hanya berkain batik. semangat giler. kah kah kah . aku tak dapat bayang kan kalau kain tertanggal. haru....

2 comments:

yimz said...

itu la pasal world cup punye pasal asyik xcukup tdo je saya ni...
biasela penat tiup vuvuzela kat rumah..haha

shida mj said...

hahahaha..nak wat camne penyakit bermusim 4 tahun sekali..vuvuzela tu rasanya akan datang diharamkan penggunaannya sebab mengganggu kosentrasi pemain dan penonton..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...