Thursday, July 29, 2010

guru dan politik, ok ke tak ok

walaupun dibenarkan berpolitik, tapi aku harap guru-guru tak gila berpolitik. risau weh, aku ada tiga anak, buatnya ketiga-tiga orang tu terpengaruh dengan aliran politik guru-guru yang mengajar. hancuss…

aku harap guru-guru yang nak aktif politik jangan berpolitik pulak dengan anak murid. takut bebudak tak terbawak nanti. belajar pun dah susah bangat.

eh! tapi satu saja yang aku tak paham, aku pernah dengar yang guru-guru ni mengeluh beban tugas terlalu banyak sampai hari sabtu ahad pun kena datang sekolah. cadangan berpolitik ini aku tak pasti dah betul-betul diluluskan atau tidak masa aku menulis ini. tapi relevan ke cadangan itu dengan beban tugas yang dikatakan terlalu berat?

aku kesah sebab aku ada anak yang pergi sekolah nak menimba ilmu, bukan nak dengar guru berpolitik. kalau dah aktif politik baik tak payah jadi guru.

ini versi pandangan semata-mata ye.

p/s: teringin nak dengar komen guru-guru dan sesape yg ada anak, adik, sedara mare yg bersekolah..

Monday, July 26, 2010

kerja-kerja rutin yg tak pernah habis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..eh ikut macam prince halilintar punya intro pulak. nampak macam berkhemah. yang baik kena ikut. betul tak. hihi.

kalau mengikut jadual hujung minggu yang lalu aku sepatutnya pergi majlis perkahwinan di Intekma. tapi sebenarnya aku tak pergi. hehe..jadual yang tidak ditepati oleh aku. hampeh..

nasib baik anak aku kecik lagi. kalau tidak mesti kalau buat majlis kahwin tak nak orang datang. huwaaaa.. sempat lagi nak berubah..(nak sedapkan hati sendiri je).

oleh itu tak jadi lah aku nak gantung kuali. dengan penuh semangat meneruskan kerja-kerja rutin sebagai suri rumah di hujung minggu.
tukang masak kereja nya enteng..


uish..dah macam superwoman pulak aku nih capai sana, capai sini
silap haribulan boleh kalahkan bibik..
buruan dulu ya buk..


Wednesday, July 21, 2010

eh! hari ini gaji ke..

money, money, money...aku kayo

hari ini hari gaji, cepat pulak gaji bulan ini. lain macam pulak bulan ini. memasing kengkawan berwajah ceria. dalam pada ceria tu aku tau macam-macam nak pikir untuk bajet mencabar bulan depan . al-maklumlah nak menyambut ramadan, lepas tu raya pulak. ish banyak nak guna duit ni…betul ke? atau aku saja yang rasa macam itu…pandai-pandai saja kan. entah-entah orang lain tak kisah pun.


ada jugak yang tak habis lagi gaji bulan lepas. macammana boleh tak habis. aku tabik lah pada mereka..banyak betul duit diaorang. ish..ish bila lah duit aku nak meleleh macam tu..tapi takpe duit habis kerana komitmen hidup..hehehe bukan beli yang bukan-bukan tau. biar duit ikut kata kita, jangan kita ikut kata nafsu. saja nak beri perumpamaan.

apa-apapun semoga kita semua sama-sama dapat berbelanja berkhemah untuk bulan-bulan yang mencabar keimanan kita.

p/s: minyak dan gulapun dah naik bersensen, ayam pun naik , any idea macam mana cara nak berjimat..huhu (aku nak beli baju dan kasut raya baru)

Tuesday, July 20, 2010

trend baru majlis kenduri kahwin

trend majlis kenduri sekarang bukannya macam dulu-dulu lagi. kalau dulu musim cuti sekolah saja banyak majlis kenduri kahwin. sekarang tidak lagi, cuti sabtu dan ahad pun dah cukup. boleh je buat majlis. senang sekarang ini.

contohnya bulan ini saja dari minggu pertama sampai hujung bulan nanti ms shadow ada undangan majlis. tak caya cuba tengok list tarikh ini.

3&4 Julai 2010 - majlis di KL
10 Julai 2010 - majlis di Palong 7 NS
18 Julai 2010 - majlis di Shah Alam
24 Julai 2010 - majlis di Intekma Resort, Shah Alam
31 Julai 2010 - majlis di Dewan Hamzah MPK Klang

agaknya masing-masing nak buat majlis sebelum bulan pose. senangkan kasi setel sebelum pose, nanti hari raya boleh sambut sakan..

dengar cerita ada yang buat majlis hari kerja pun ada. tapi majlis buat sebelah malam untuk elak kesesakan jalanraya dan cuaca panas. boleh pakai jugak idea ni...hehe apa-apapun aku suka jugak kalau ada selalu majlis kahwin atau tak kiralah majlis apa-apa naik buai ke, cukur jambul ke. ms shadow boleh gantung kuali..muahahahah.. dasar orang tak suka masak..oppss terlebih sudah. pecah rahsia.

kalau bab-bab persiapan kahwin-kahwin ni tuan rumah tak yah lah panggil ms shadow. sebab? kaki bangku..hancusss. seriously tak pandai. panggil saja wedding planner. senang cerita.

wedding planner ramai sekarang ni..

p/s : yang majlis kat intekma tu ada sesape nak janji pergi sama ke..wa pegi solo jek..

Monday, July 19, 2010

eksklusif: perkahwinan anak sedara kesayangan

tahniah! nija selamat pengantin baru dan semoga berbahagia bersama jamil sehingga akhir hayat. baru sempat nak cerita pasal wedding nija yang berlangsung pada 3&4 Julai 2010 di KL dan 10 Julai di Palong 7 N.S.

ni nak cerita sikit pasal nija ni. beliau salah sorang anak sedara yang popular di kalangan mak-mak sedara dan bapa sedara. berada di carta paling popular. dari kecik duduk dengan opah (arwah mak aku lah). membesar bersama. susah senang pun bersama. banyak cerita suka dan duka kita simpan bersama. semoga nija terus tabah dengan segala macam cabaran hidup. anak buah aku yang lain relaks ye.. jangan jeles pulak. teruskan usaha untuk mempopularkan diri. jangan duduk berdiam diri. okey.

memula ingat nak tunggu gambar yang camera man nija punya. tapi macam lambat sangat pulak. jadi aku gunakan saja gambar-gambar amatur yang ada.

ini pelamin tema warna gold

ini malam bertukar-tukar pakaian, pakcu sempat ambil gambar pakai baju ni saja,
rasanya ada byk baju lain kan


nasib baik hujan dah reda..oklah tak basah kuyup..sebelah pagi hujan rahmat turun


bapa mertua merenjis air mawar..


ini gambar bersama family aku..lari dari tema...pakaian beragam

yang seterusnya layan saja la..ye bersama kaum keluarga, kakak-kakak dan anak-anak buah

hahahaha..ini geng adik-beradik..geng kaki sembang..tak termasuk mak pengantin yg baju kuning dia busy bersalam.. beg-beg itu mak pengantin yang minta tolong pegang, kerja pegang beg duit kitaorang bolehlah..yang lain out..tak boleh diharap..tetamu layan diri..takde VIP-VIP nya semua sama..dah namanya kenduri kahwin..makan buffet ambil sendiri..ye 

 
 tak tau apa yang digelikan hati..

yang ini pulak Eda (baju hijau) dah lama tak jumpa sama-sama main kat kampung masa kecik , nostalgia tuh.

kak ngah bersama mak sedara (cik peah) dan sepupunya..

relaks sekejap setelah habis makan...
hahahhaha..ini lagi ramai ni..yang duk lepak..kehkeh..curi tulang eeh...

wah dah canggih sekarang ni..kek pun ada gambar pengantin..zaman aku dulu belum ada macam ni..huhu

 
aksi sebahagian daripada adik-beradik aku dan anak-anak buah yang dah besar panjang..hehehe boleh makan nasi minyak lagi.

ini cerita disebalik tabir..
yang tengah menyolek tu lin anak buah aku yg kat muar..memang terer bab solek menyolek, semua org ambil nombor untuk disolekkan termasuk aku..hehehehe.

ini salah satu hasilnya..anak dara aku, kak ngah dan baby gambar selepas di solek, gambar sebelum tak ambik pulak..ekekekek



tema warna hijau hitam
lastly majlis kenduri di palong 7 pulak, sorry nija tak dapat pergi ada hal yang tak dapat dielakkan.





Thursday, July 15, 2010

cakap salah tak cakap salah

ini gambar budak tengah konfius.

cakap salah tak cakap pun salah. sinonim jugak dengan peribahasa di luah mati mak di telan mati bapak. serba salah ya tuan-tuan dan puan-puan. itu gambaran orang tengah duk pikir-pikir macam mana nak cakap yang sebenarnya.
ni lah yang tengah aku alami ni. hodohkan muka org tengah konfius ni . tak comel langsung. hukhuk.  berkerut-kerut kan...
ini lagi contoh org tengah konfius

hahahaha..sape yang konfius mesti dia tengah stress kan
kalau nak tengok level of stress cuba tengok pic kat bawah ni kalau bergerak-gerak sangat tu. elok rehatkan minda sekejap, tenangkan fikiran atau pergi booommmm zzzzzzz..  tidur

p/s : hahahhaha..konfius pulak kenapa aku konfius...hehehhehe..

Tuesday, July 13, 2010

esok nak periksa PTK

esok nak periksa PTK Tahap 2. tapi satu apapun aku tak baca. satu paper lagi je. liat sangat yg satu lagi ini. tak cemerlang-cemerlang lagi. kertas generik (umum), kertas khusus dah aras IV (cemerlanglah tu). target nak lulus aras IV yang kertas umum ni jugak. baru boleh dapat anjakan melintang atau terlentang hahahaha..

tapi nampak gayanya entahlah. target saja yang lebih, usaha kurang. macammana  nak berhasil. keberhasilan utama (NKRA). eh apa pulak melalut ke NKRA ni, agaknya soklan itu keluar kut hehehe..

inilah gara-gara tak membaca, main meneka saja. ish, ish. meneka dalam kesamaran Ibnor Reza. baca pun tak bole nak jawap sebab itu meneka dalam kesamaran.

p/s ; sape ada tips untuk soalan umum, tolong kasi tau ye. kita nak lulus cemerlang, gemilang dan terbilang ni..huhu

Monday, July 12, 2010

cantek tak sample kain ni?

hahahaha..ini dia sample kain-kain yang menjadi igauan aku dan beberapa lagi member opis.
ini sikit je baru. banyak lagi. sebahagian kecil daripada hampir mencecah seratus jugak sample-sample kain yg aku dan kengkawan duk belek hari itu. layan la sekejap ye.

yg berderet ini mungkin ada stok lagi


                                 
cantek tak? ok la kan

p/s : yimz akak dah tolong promosikan kain2 kawan yimz kat sini..ok tak?

Friday, July 9, 2010

seluruh dunia taksub dengan bola

oleh kerana taksub sangat dengan bola sepak piala dunia sotong merayap pun boleh percaya. kesian.

ada yang nak melindunginya dan ada yang nak makan sotong yang bernama si paul ini. uish ganas sungguh.

apa-apapun kita kena percaya kepada takdir Allah s.w.t bukannya sotong ini.

Thursday, July 8, 2010

I'm Sorry....


     kepada sesiapa yang membaca blog ini dan ada cuba untuk add kan ms shadow @ che syida dalam facebook. ms shadow minta maaf. sebab ambil masa untuk received anda semua. belum lagi. bukan tak nak received. entahlah kekadang rasa macam malas pulak. tak rajin sangat login kat facebook tu . itu yang malas nak received.

buat apa add kalau tak bercakap dan bertegur sapa kan. itu pandangan ms shadow la kan. bila dah add pastu senyap. nampak macam sombongkan. pada hal tak tau nak cakap apa.

haha..atau sebenarnya ms shadow lebih suka merapu menulis kat blog sendiri..hihi. rasa alasan itu lebih kukuh. tiada apa sebab yang lainnya..

tapi aku berazam kalau aku login kat facebook aku akan klik add dan received  kengkawan dan sedara mare semua lepas ni . InsyaAllah. sebab ada rakan sebaya yang sama membesar di kampong pun sound aku masa jumpa kenduri kahwin anak sedara aku sebab tak received bila diaorang add. ahaks.. kita kena marah tau.

terima kasih juga kepada sesiapa yang mencadangkan kepada orang lain untuk add ms shadow. ingatan korang tetap dikenang.

p/s: husband kita pun belum add kita tau..

Tuesday, July 6, 2010

Aktiviti pra-raya

bulan puasa pun belum mula lagi. tapi dah cerita pasal raya. ye lah sejak minggu lepas lagi. aku dan kengkawan opis ni dah mula pilih-pilih kain. ada jugak yang dah lama mula shopping. itu aku tak tau la pulak. yang aku tau tetiba yimz minta tolong pilih kan kain untuk emak dan kakak dia. kitaorang pun apalagi tolong ler pilih-pilihkan. oh ya pilih melalui gambar-gambar je. banyak. rambang mata tak tau nak pilih dari dua tiga minit melarat nak dekat satu jam ngadap komputer.

daripada memilihkan untuk emak dan kakak si yim. kitaorang pulak yang naik sheikh. banyak yang berkenan mengalahkan orang yang minta tolong pilihkan tadi. hihik. kejap pilih yang tu kejap pilih yang ni. ish pening. order jangan tak order.

petang tadi sample biskut raya pun ada. agen nya pulak kak ida. hah! biskut pun dah boleh order. aku terkejut. eleh buat-buat terkejut la tu.. pada hal setiap tahun memang macam tu. cuma kali ini mungkin rasa macam ingat puasa lambat lagi...hehe. lepas ni akan menyusul pula usahawan industri kecil sederhana (IKS) yang lain dengan berbagai-bagai sample. usahawan IKS ni muncul macam cendawan tumbuh menjelang musim perayaan.

aku? sekadar menyokong usaha IKS dengan membeli hasil produk keluaran mereka. itu je . sebab rajin sangat nak buat biskut raya. jadilah hanya penyokong IKS. huhu.

tu belum lagi yg jual brooch, tudung, kerepek dan berbagai-bagai lagi. semuanya ada.

p/s: sesape yg belum ganti pose cepat-cepatlah ye ada masa lagi.

Sunday, July 4, 2010

Demam Bola

Kuatnya pengaruh bola ni. tak percaya baca berita kat bawah ni:

Kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan bukan hanya ‘digilai’ peminat bola di kalangan kaum lelaki sahaja tetapi turut mendapat perhatian golongan wanita.

Buktinya, di Kampung Buntal, Kuching, Sarawak, sekumpulan kaum ibu tidak melepaskan peluang menghangatkan suasana Piala Dunia dengan menyertai pertandingan bola sepak yang diadakan di pesisir pantai kampung terbabit.
Pertandingan yang diadakan bagi peringkat kampung itu amat mencuit hati dengan masing-masing peserta berlagak ala-ala seperti pemain profesional meskipun berkaki ayam.



Sumber : Ruangan Berita Utama/Muka Depan Akbar Utusan M'sia, 5 Julai 2010

hahahaha..nak tergelak pun ada baca berita tu. tengok gambarnya pun kelakar. penjaga gol hanya berkain batik. semangat giler. kah kah kah . aku tak dapat bayang kan kalau kain tertanggal. haru....

Thursday, July 1, 2010

cepatnya masa berlalu

hari ini genaplah 15 tahun aku kerja. ish..ish rasa macam baru je aku kerja. tak sangka masa cepat berjalan.

macam-macam suka duka masa kerja. bos silih berganti tapi aku tetap di sini. setia dengan kerja.

seperti yang diarahkan datuk najib dan di pekeliling kan genap 15 tahun akan diberikan kekananan . maknanya dah senior sangat la tu.  hehehe..en.ipin cepat tempah apa yang patut.

en. ipin dan k.sariah opis mate aku dah kanan. diaorang dah lama kerja beb. otai. aku bakal ikut jejak langkah diaorang . i followwww...

hehehe..berangan je aku nih. silap-silap haribulan keluar pekeliling baru. melepas la. tapi apa-apa pun aku tetap dan berpencen. sampai pencen..huwaaaaa lama lagi beb nak pencen.

p/s : UiTM Dihati Ku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...