Monday, June 28, 2010

alahai report card..



mula-mula memang ingat nak isi borang keluar saja hari jumaat yang lepas, nak pergi tandatangan report card hari terbuka sekolah anak-anak. tapi terpaksa ambil cuti pulak. ini kes gara-gara cikgu salah tulis markah lah ni. silap je masuk markah gred pun terkurang.

terkurang satu ‘A’ mestilah anak aku (kak ngah) bising. bising pulak kat aku..ish pergi la cakap kat cikgu tu. nak tak nak terpaksalah balik ke rumah cari kertas periksa tu. huh! kat mana pulak dia letak ni.. cari punya cari jumpalah jugak kat cecelah buku-buku.

masa terus berjalan. ambik adik kejap kat sekolah agama. dah janji nak ambik. pergi semula kat kelas kak ngah cikgu pun dah takde. hehe..kak ngah cakap dengan cikgu sendiri lah nanti. tak kuasa aku dah.

bukan nya aku kisah sangat dengan berapa 'A' dia tu, apatah lagi baru darjah empat. kalau upsr macam abang long dia ok la nak bersungguh sangat. tapi aku tak nak semangat dia menurun sejajar dengan penurunan “A’ dia . itu je. mana yang silap elok lah dibetulkan. kesian bebudak yang tengah berkobar.

jadi aku tak bersetujulah kalau peperiksaan upsr, pmr dimansuhkan.hehe..peperiksaan lah penanda aras prestasi anak kita.. kalau takde peperiksaan buku entah kemana, beg pun entah kemana, aku pun tak tau. susah nak suruh diaorang baca buku. bebudak sekarang ramai yang tak berminat membaca. jadi sebelah petangnya pulak aku bawaklah anak-anak pergi pesta buku selangor di kompleks PKNS. melabur sikit pada bahan bacaan berilmiah. apa salah nya kan…

sentiasa ada disisi anak-anak bila-bila masa tak pernah jemu

5 comments:

Unknown said...

tabik kak shida!! seorang ibu mithali.. macamanalah saya nanti bila anak-anak dah besar.. hehehe..

shida mj said...

hahaha..nik pun ok. ibu mithali. belajar dari pengalaman. kekadang angin jugak dengan kerenah bebudak. hihi..

saria said...

Zaman kau esuk fatimah, tak payah g sign report2 cad, terus excess melalui intenet je...kau sign n comen kat situ je...tak payah jumpa cikgu...

shida mj said...

hahaha..kak sar.. canggih betul sekarang. jangan sampai tak yah pergi sekolah sudah. semuanya main alam maya je. anak-anak kita akan kata merdeka! sebab tak yah pergi sekolah..hehehe.

Unknown said...

waduh.. kak sar panggil saya 'fatimah'.. rasa mcm wanita melayu terakhir plak.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...