Monday, June 21, 2010

kisah di pagi ini

setelah cuti 2 minggu sekolah berakhir, bermulalah sesi persekolahan semula. jadual sekolah semua dah tengok, baju sekolah dah gosok hari itu, kasut sekolah pun bebudak dah basuh lama. stokin dan segala macam persiapan aku dah pastikan beres. awal-awal dah bagi peringatan kat anak-anak supaya  bereskan semua termasuk kerja sekolah. huh! penat jadi pengarah ni.

semua persiapan dah dibuat tapi adik lambat pergi sekolah. sebab?? kes tidur lambat la ni. gatei sangat nak ikut ayah pergi pusing-pusing kat up-town. sape suruh... kan dah susah nak bangun pagi. ala, cari sendal crocs pun berjam-jam. kata sekejap. 12 lebih jugak sampai rumah.

kejut adik berkali-kali tak nak bangun. adik suruh kejut kak ngah dan abg. long dulu. last-last adik yang lambat. van sekolah sampai adik baru nak pakai baju. sob sek sob sek nangis. salah kan ibu lambat kejut. ada ke patut..ish budak kecik nih..kak ngah dan abg long dah selamat naik van cik ezza.

at last aku jugak yang jadi van cik ezza hantar adik pergi sekolah. tapi sampai depan sekolah agama adik tak nak turun. sob sek sob sek nangis semula. duduk bersila kat lantai kereta.  malu nak masuk sekolah sebab bebudak tengah beratur nak masuk kelas. mak aii..camne ni. aku nak pergi keje ni. pujuk ala kadar. lepastu aku pimpin masuk terus hantar kat bebudak yang beratur nak masuk kelas tu..fuhh lega! pandai-pandai le adik nak kesat airmata. mesti segan ngan kengkawan kalau nampak adik nangis..kan...ha lain kali jangan tidur lambat lagi tau!!!

p/s: sosah eden pagi ni..apo nak dikato...hehe

6 comments:

Ms Pearl said...

hehehehheheehhehe takpe adik lambat bukan ada punchcard hahahahahaha

ms shadow said...

hehehe..itu gara-gara takut kena tulis nama, budak darjah 2 bukan berani buat salah lagi..itu yg kecut perut tu..kita yg dibebelkannya pulak...hahahaha

apple hijau said...

tak dapat bayangkan adik nangis sebab selalu bila jumpa adik tak pernah nangis, happy jer...adik.. adik...

ms shadow said...

dia boleh...bertukar!! hehehe..tu sebab sekarang ni sekejap adik sekejap baby..ish..anak-anak

fatimah said...

owh.. adik tu baby laa.. dok pk mana satu anak kak shida panggil adik nih.. hehehe.. dah naik satu tangga.. kot ada lagi adik kot.. hehe..

ms shadow said...

hahahaha..nik rasa nya dah takde kot. Baby tu berangan nak dapat adik tu. tu yg kekadang dia bahasakan dirinya adik. tapi orang still panggil dia 'Baby' lagi..ekekekek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...