Wednesday, June 9, 2010

tanda-tanda anak meningkat dewasa

Ini yang aku perasan tentang anak-anak aku sendiri.

- dari sekolah tadika pastu berderet-deret pulak masuk sekolah rendah tak lama lepas itu nanti sekolah menengah. sekejap je.

- bawak basikal dah pandai lelaju.yang ni kena pantau sikit. takut nanti merempit pulak. kalau ada 3 orang anak, 3 lah basikal nya. kekadang parking berterabur.

- kalau bab masak pulak, setakat masak nasi dan goreng telur dan sayur tu dah mesti kena tau. perkara basic tu. darjah satu dah kena ajar. kalau yang terror lagi pulak dah pandai masak ikut resepi majalah . itu masa buat biskut raya.

- kalau siapa ada anak lelaki dah senang sikit, boleh suruh pergi kedai. tapi siapkan saja duitnya. sebab dia akan beli yang bukan-bukan mengikut citarasa sendiri.

- tiap-tiap 25hb. biasanya diaorang dah tau time tu kita dapat gaji. masa diaorg kecik mana diaorang tau. aiman tak kesah.

- dah pandai kira bajet belanjawan bulanan. deodorant, pencuci muka, gel rambut, perfume termasuk dalam senarai sebab dah pandai melaram.

- kasut, t-shirt dan track sut dah pandai nak jenama adidas atau nike saja. ni jangan diikutkan semua. berpada-pada. kopak poket.

- lagu-lagu pop dah pandai nyanyi dan siap hafal lirik lagi. kekadang memekak. sakit telinga.

- dah pandai tanya macammana nak kuruskan badan dan kempiskan perut.

- dekat sekolah ada konflik dengan kengkawan, gaduh-gaduh lepas itu baik balik.

- lepas tu nanti kita akan ditanya macammana emak dan ayah jumpa. story lah mana yang patut.

- ha, yang ni kena pantau jugak bila yang ada fb atau ym, internet pun jangan bagi bukak, banyak yg. mengarut-ngarut . control sikit.

- ini part yang paling best ya, kalau kita sakit kepala dah pandai tolong picitkan . nak ambik hati emak la katakan. bodek.

yang kat atas bukan fakta ya, cuma perkembangan yang kita boleh lihat sebagai ibubapa . pengalaman sepanjang bersama dengan anak-anak . bukan senang membesarkan anak-anak zaman IT ni. banyak cabarannya. setiap ibubapa mesti ada skil dan ketahanan dari segi mental dan fizikal. bukan setakat ada anak semata-mata.


Abang Long memang selalu nakal, tu tengah nak cubit kak ngah la tu. tak habis2 menyakat adik

4 comments:

Ms Pearl said...

kak?? anak lelaki kau dah bujang kak!!!! boleh jadi stock anak ikan nih hehehehhehehehheehhehehe

hensem you!

shida mj said...

uwaaa!! hani!!! mak tak rela nyiah anak mak jadi anak ikan, cari la stok lain hani oii...hehehehehehe

apple hijau said...

tu la cara abang long nak adik2 dia mengingati dia bila dia dah dok hostel nanti. k.ngah n baby mesti rindu abg long dia.

k.shida, budak2 ni cepat jer membesar kan. tapi kita tetap akan anggap anak2 kita ni budak2 jgk walaupun dah besar panjang(saya lah) hik hik hik...

shida mj said...

memang nab dah nak sama tinggi pun..tapi perangai tetap bebudak..tapi ada perkara yg kekadang buat kita insaf sekejap.
k.shida pun byk belajar daripada anak-anak..wlpun umur dah 37..hikhik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...