semua orang melalui kebosanan..cuma tahap kebosanan itu yang membezakan.
sebut saja bosan akan timbul aura negatif pada kehidupan ini.
tapi nak buat macammana, realiti kehidupan memang ada bosan.
kita ini manusia biasa tak dapat lari dari mengalami kebosanan. ha..dah berapa kali sebut bosan..itu yang malas nak update blog pada masa ini, sebab dah tau mesti keluar perkataan bosan banyak kali...
bosan kan, kan, ..dah kata dah..ha ha..
nasib aku baik sikit kerana tahap bosan ini adalah pada perkadaran biasa saja.
bila dah dapat bersembang-sembang dengan kengkawan di ofis hilanglah sikit kebosanan.
kekadang orang tengok aku bersantai-santai duduk menebing untuk bercakap-cakap, mungkin anggapan hanya membuang emas. eh kenapa membuang emas pulak. apa kaitan?
masa itu kan emas, jadi samalah maksudnya itu.
jadi kegiatan bercakap-cakap dan bersembang itu adalah salah satu terapi kebosanan pada aku.
jadi tolonglah kengkawan, bercakap-cakap dan bergurau-gurau dengan aku ni.
boring giler kalau senyap sepi memanjang..
blog sepi bukan bermakna aku suka diam tapi takde benda nak tulis..
walaupun ada cerita nak tulis sepatutnya... contoh, naik bas mini setelah bertahun tak naik..motif?
kereta masuk workshop sebab aku ni jenis ganas bawak kereta.
habis kereta meragam/sakit, jadi terpaksa naik teksi dan bas mini..
dan yg lucunya bukan setakat naik bas mini tapi tiru aksi orang bayar tambang sebab sumpah aku tak tau dekat mana nak bayar..
tiru aksi oranglah jawabnya...
tapi itu cerita minggu lepas. dah basi..hehe
p/s: lagi bosan kalau orang mintak nasihat berkali-kali, tapi berkali-kali jugak tak ikut nasihat..
yg ini eden tak dapek nak nolong..bosan kan,kan...
