Saturday, March 12, 2011

Gila Telefon..

ada sketsa yang pernah terbaca, rasanya masa belajar dolu-dolu, hari ini terbaca lagi daripada majalah kuntum anak-anak punya, sketsa pasal gila telefon..
sketsanya begini, pendek saja :

seorang ayah mempunyai anak gadis yg kerjanya menggunakan telefon. setiap kali menerima panggilan telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti..entah apa yang dibualkan pun tak taulah. suatu hari anak gadisnya menerima panggilan telefon dan bergegas mengangkatnya. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai..tetapi alangkah terkejutnya..apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 jam saja bukan 5 jam seperti biasa.
"tunggu sekejap..siapa yang telefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..
"tak tahu la ayah, salah nombor!" jawab anaknya sambil tersengih...

haha..itu yg tak kenal tapi 2 jam gak....ish,ish.
sekarang gila telefon masih ada, ditambah lagi dengan macam-macam gila.
ada gila berfacebook, gila berchatting, gila berblog dan bermacam gila. 

tapi aku nak senaraikan kat sini gila pasal blog ini. 

ada yang gila asyik buat entri blog tak sudah-sudah. macam nak pecah kepala memikir apa yang nak diupdate dalam blog padahal takde sape pun paksa. kesudahannya entri blog macam status kat facebook..itu kenyataan sebab aku pernah jumpa. entri yang hanya satu ayat saja. terpulang, itu kan blog masing-masing. aku baca saja.

gila blogwalking, ada yang berjam-jam jadi silent reader kekadang tak komen, tak follow, tak tinggal jejak syok sendiri membaca blog sana sini .kekadang aku le tu. kalau banyak masa la.

gila up traffik, ha yang ini aku tak tau la macammana diaorang buat. aku tak ambik pot sangat pasal traffik ni.

gila kumpul follower, bagus untuk lebih berkenalan dengan blogger lain di alam maya.

gila masuk contest, semua contest nak masuk. baguslah boleh mencungkil kreativiti seseorang.kita tak tau kekadang kita ada bakat. kalau ada rezeki sapa tau.

gila mengomen,  blogger yang macam gini memang peramah. rasa entri kita dihargai pulak.

gila buat blog macam diari, semua perkara yang berlaku nak cerita. kekadang yang tak patut cerita pun nak cerita.

gila tukar template blog, ini bertujuan supaya nampak kelainan dan tak bosan. tapi aku pun dah lama tak tukar, bosan gak, tapi malas nak tukar. 

gila suruh orang klik-klik, baguslah kalau ada insiatif macam tu, tak salah. tapi jangan sampai memaksa pulak.  tapi untuk kengkawan aku memang support. bukannya susah pun klik je kan.

sumber google

p/s: moga kita tak jadi betul-betul gila..


7 comments:

Prince Halilintar said...

banyak betul gila nya smj ye...ni mesti suke bace gila-gila ni kecik2 dulu...hahaha:p

shida mj said...

gila-gila dulu best la prince..haha

Fendi BL036 said...

gial-gila kalau baca kyusyuk sgt leh mengakibatkan gila gelak....itu kira gila gak ar kot...hehehe

ARJUNA.Inc said...

haa..blog sy sbulan skli update..haha..

shida mj said...

haha arjuna ikut suka hati lah kan.. bukan nya ada paksaan, terpulang..

GR said...

saya juga gila blog kak~ :P

shida mj said...

fitri : takpe gila blog..drpd jadi org gila betul..itu payah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...