ada sorang kawan ni cakap, aura itu penting. perbualan dengan kawan merangkap bos ini tak habis kat sini saja.
saya tanya dia, kenapa aura itu penting, dia cakap kita hidup ini perlukan aura. aura yang macammana kadangkala kita sendiri pun tak tau yang kita ni ada aura.
aura dalam hidup kita ini bermaksud aura kebaikan atau kelainan yang terserlah di dalam diri kita. pada kebiasaannya aura ini lebih kepada kebaikan yang menarik dan boleh membawa pada pengaruh kebaikan. bukan aura jahat ye..itu topik lain.
percakapan dia menarik minat aku nak tau lebih lanjut apa persepsi dia pasal aura ini. daripada nak jumpa beberapa minit pasal nak sign punch card yang lupa nak di punch out, tetiba bercakap pasal aura meleret sampai sejam ..adeh.. apa nak buat dah dia bos aku, suka hati dialah nak suruh aku duduk berapa lama dengar dia cakap.
aku cuba bagi signal macam nak bangun tapi tak menjadi. lepas satu satu ayat yg keluar, dia sambung berhujah macam marathon..ala, ala gaya penceramah Dr Fadhilah Kamsah, jadi aku dengar dengan suka rela. penuh dengan renungan dan pengajaran.. sekali-sekala lari dari topik kerja ok gak. sekali-sekala takpelah, kalau berkala-kala mahu banyak kerja aku tertangguh, kang dia juga yang tanya kenapa tak siap lagi..haish. tapi bos ni tak pernah tanya macam tu, dia bagi sepenuh kepercayaan macammana nak buat kerja sampai siap, terpulang pada cara sendiri, janji kerja siap. tak de nya dia nak mendesak-desak yang bukan-bukan. kecuali kalau ada kes yang urgent tahap gaban. dia sendiri pun akan kelam-kabut jadinya..haha.
berbalik pasal aura tadi, agak tertarik dengan contoh2 yang dia bagi masa berbual 2 hari lepas. bos aku tu cakap, kalau kita ada aura semua orang akan mengingati diri kita. tak kira masa kita senang atau susah. masa kita meninggal duniapun nanti InsyaAllah ramai yang akan datang menziarahi dan mendoakan kita.
itu yang sebenarnya yang membahagiakan kita. tak guna kalau kita ada title Dr, Dato’ atau entah apa-apa pangkat lagi, tapi takde aura yang disenangi. kita mungkin ditakuti semasa ada title tapi bukan dihormati. mungkin ada yang berbangga dengan berbagai gelaran dan pangkat, tapi lebih bermakna lagi jika kita disukai dan diingati walaupun kita hanya seorang Pembantu Am Pejabat (contoh saja). tapi alangkah bagus kalau yang ada gelaran dan pangkat ini dalam masa yang sama punya aura kebaikan yang menarik, pasti lebih akan diingati dan dihormati kerana jasa dan juga kerana silaturrahim yang terjalin dengan orang-orang disekeliling.. bukannya hanya mementingkan diri, tak semua macam itu..ada yang ok..
sebenarnya hidup kita ni mudah saja, sekiranya kita sentisa berbuat baik, aura itu akan datang juga dengan sendiri, hidup jangan sombong walaupun sape diri kita dan apa saja kedudukan kita.
banyak lagi kata-kata bos aku tu yang boleh dijadikan panduan. tapi masalahnya sekarang aku tak tau nak buat conclusion entri ni macammana. tulis dah panjang lebar dah, tapi nak tutup tak tau..jadi biar aku open macam ni saja..sebab aku nak sambung buat kerja…
p/s: kalau you all nak tau lebih lanjut lagi pasal aura ni berhubung terus dengan ustaz zack sudiro (nama samaran) merangkap bos no. 3 aku..hehe..
7 comments:
saya ada aura tak shida mj? ekekekeke....
aura memang penting sebab bila ada aura keselasaan akan terbentuk kat situ dan kalau aura positif lagi bagus..senang je nak sefahaman...
in fact...suami isteri pun tak semesti ada good aura...
itulah aura kehidupan kita smj..kite pandanglah kebaikkan demi kebajikan..apekah??haha
p/s: nak tambah aura kenelah minum air Bio-Aura..haha
teringat pada bos2 terdahulu dan rakan2 sekerja lain yg memang mempunyai aura...
wahai aura...datanglah....
heh heh heh!
fenn : awak memang ada aura, kalau tidak masakan interviewer pilih awak..hikhik kena blanje akak ni.
prince : haha..nak minum bio-aura hari2 lah
cah : cah pun ada aura gak..hehe
ianya mengenai cara kita bercakap dan pandangan kita bercakap...bagi sy...memang aura tu penting...tapi kena taw cara guna....
gua ade aura tak? lu rase meremang tak bile bace komen gua ni? haha
farhan : betul tu aura ada kena-mengena dgn percakapan dan pandangan kita.
imran : alahai imran, meremang sungguh...ahah! lu memang ada aura menyakat orang.
Post a Comment