Thursday, January 27, 2011

Saspen Betul!

tengahari semalam, time rehat balik rumah.semenjak anak-anak dah tak balik lagi rumah orang jaga selepas pulang dari sekolah, memang rutin tengahari aku mesti balik rumah. tak pe lah berkorban masa rehat sikit, lagi pun anak-anak dah besar boleh urus diri sendiri. balik rumah sendiri lagi senang. aku balik jugak untuk pastikan persiapan  ke sekolah agama ok ke tak. al-maklumlah bebudak memang banyak main. so kena pantau.

bila semua dah ok, solat, makan dan anak-anak pun dah pegi sekolah agama aku pun balik ke ofis. seperti biasa masuk kereta buka tingkap sedikit. untuk keluarkan haba panas. kalau tak buka tingkap nanti haba panas itu akan menyebabkan migran. ini pengetahuan umum.

aku bawak kereta seperti biasa. ok, kali ini tak laju. tetiba kedengaran satu letupan yg kuat. 'pom'. 'opocott' mak aii.. bederau darah aku. saspen betul. apa pasal pulak ni. tayar meletup ke? adeh..
hari itu baru tukar bateri kereta, kali ini nak tukar tayar pulak ke..heee. nasib baik aku bukak tingkap kereta masa tu..dengar jugak lah kalau apa-apa berlaku. biasanya kalau tayar dah meletup, kita kena berhentikan kereta ketepi serta merta supaya rim kereta tak rosak. itu tauliah daripada en asben aku. selalu gak dia beri tauliah percuma pasal kereta kat aku. kekadang aku faham, kekadang blurr..kekadang malas nak ambik tau..nanti terlebeh terer, semua benda nak kena buat sendiri...bila masa pulak nak manjakan diri sendiri....tak boleh jadi. ewah, komplen nampak..hehe.

berbalik pasal bunyi kuat yg meletup tadi. aku turun dan check tayar depan kiri, kanan..huh..belakang pulak. takde pape pun..apa yang meletup tadi. konfius aku.

laaaaa..ghope-ghopenya bukan tayar yang meletup..nak tau ape?
cuma bekas kotak air minuman yang meletup masa aku lalu dan terlanggar kotak air itu.  ish..saspen je kan.. ingatkan apa. masa zaman kecik-kecik dulu tu adalah jugak pijak kotak air kosong. macam itulah bunyinya..tapi kenapa kali ini bunyi nya kuat giler..persoalannya betul ke kotak air itu yg meletup?

p/s: moral of the story, jangan buang sampah merata-rata. recycle bin kan ada. gunakan kemudahan yang ada untuk menjaga alam sekitar. peace no war!

3 comments:

Prince Halilintar said...

air kotak tu ade air lagi kot sbb tu kuat letupnya...ish2x sape la yg buang sampah rata2 ni..jgn didik anak2 jd cam2 taw smj..hehe

p/s:klu tayar pancit tukar sendiri ke??

apple hijau said...

hahaha...lucu plak baca...

encik2 suami zaman sekarang ni memang suka turunkan ilmu pada puan2 isteri sebab katanya nanti senang kalau ada 'apa apa'...mak tak kuasa nyiah! ha ha...

shida mj said...

Prince: ntahlah bunyi macam mercun pun ada...hehe lagi satu wlpn akak ni isteri yg berdikari(angkat bakul sendiri nih)tapi tukar tayar sendiri belum pernah lagi..ingat nak tepon prince..haha

CAH: beruntung suami zaman sekarang..hehe.. ye ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...