Wednesday, January 12, 2011

Tolong ajarkan aku...

Salam..patutlah Ana Raffali boleh menang AJL 25 yang lalu..ermm sebelum apa-apa..tahniah kepada beliau walau pun tekaan aku tersasar jauh tapi Ana Raffali tetap unik dengan kemenangan dia..  tak salah rasa nya dia capai kemenangan itu..
agak terlambat jugak nak komen..nak buat cam mana baru sekarang pulak rasa nak komen..
owh patutlah dia boleh menang.. lagu dia memang unik..unik dalam erti kata lain tiada satu pun yang sama dengan bakat yang Ana Raffali ada. ..
Uniknya Ana Raffali ini dari persepsi aku, sebab: 
dia cipta lagu sendiri..
lirik lagu tulis sendiri..
nyanyi lagu sendiri..
melodi dia lain dari yg lain..
boleh bermain gitar dan alat muzik lain (tak pasti)..
tang pakaian nya pulak, memang unik sebab 
suka pakai baju kurung dan kebaya..
bila buat persembahan suka main gitar..
nama diapun unik..
sebenarnya dia boleh berbahasa inggeris dgn baik tapi tetap memilih menyanyi dlm bahasa
melayu dengan lirik yg puitis ditulis oleh beliau sendiri..


Tapi...Tolong ajarkan aku.....
oleh kerana terlalu puitis nya lirik lagu ini..sampaikan aku pun tak faham apa sebenarnya yang dia maksudkan dengan SAKU PENYELUK MASA, jadi tolong ajarkan aku  lirik tolong ingatkan aku yang puitis ini..ada sesape ke yang boleh explain..fenin-fenin..tak paham aku..hehe

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita 

p/s: sekebun cinta nan berbunga, megah berdiri nan berduri, aku yang asli di dalam mekar bila terbit mentari..menguntumlah..- anggapan mu ZIANA ZAIN tetap best..evergreen 

2 comments:

Prince Halilintar said...

kan prince dah kate lirik die unik..m.nasir je boleh memahami..hehe

shida mj said...

prince: m.nasir tu pun memang unik ..okay la tu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...