Wednesday, January 19, 2011

macam seorang kaunselor

memang menjadi seorang ibu boleh jadi pelbagai peranan. teringat pada satu iklan itu. tak ingat iklan apa. maksud iklan itu lebih kurang macam inilah..kejap boleh jadi chef, kejap boleh jadi driver, kejap bole jadi tukang jahit, kejap boleh jadi penyanyi, kejap boleh jadi cikgu..kejap boleh jadi nurse..kejap boleh jadi pengadil...ermmm macam-macam lagi bole jadi...itulah istimewanya menjadi seorang ibu. boleh bertukar-tukar peranan dalam satu masa semata-mata untuk memenuhi keperluan anak-anak..

petang semalam aku bertindak bagai seorang kaunselor yang mendengar kekecewaan anak yang tak terpilih menjadi wakil bola jaring peringkat sekolah ...turun dari van sekolah senyap saja..mula-mula mengadu nada percakapan okay sahaja. tetiba turun hujan bukan gerimis tapi lebat.."ya Allah ibu, adik sedih ni tau tak, adik dah buat bersungguh-sungguh tapi cikgu tak pilih jugak. semuanya yang gedik-gedik dipilih..huwaaaaa.."
aku biarkan saja adik luahkan perasaan, sambil peluk badannya yang memang sedap dipeluk. biar dia lega sikit. sebab menurut ceritanya lagi, dia hampir nak menangis masa cikgu tak panggil nama. "nasib baik adik dapat tahan masa itu. kalau tidak, malu adik menangis kat situ".

adik nampak dah reda sikit..jadi aku pun cakap dengan nada perlahan pada dia..tak mengapa adik tak terpilih, sebab adik dah cuba, mungkin lain kali terpilih sapa tau atau adik boleh cuba sukan lain badminton ke, bola baling ke, hoki ke atau sukan olah raga lain. kalau memang adik minat sukan macam-macam adik boleh cuba. tapi jangan sampai abaikan pelajaran. dan kena berdisiplin. adik masih punya masa dan peluang yang banyak ...dan panjang lagi lah ayat-ayat memujuk yang aku susun..time orang tengah kecewa ni senang sikit nak dengar apa yang kita cakapkan.

tapi budak-budak sedih nya tak lama..sekejap saja dah capai basikal. sempat jugak beli ice blanded sebelum masuk maghrib...

p/s: kena ambik kursus kaunseling untuk menangani anak2 yang bakal remaja..hehe meng'kaunseling'kan diri sendiri sebelum orang lain.

3 comments:

Prince Halilintar said...

wah.betul2 ibu mithali ni..smj,saya rase anak smj hebat karoke..nape xde ptdgn karoke..klu x mesti die menang...hehe

p/s: ibu die pon hebat jugak orgnya..hehe

shida mj said...

tak yah la prince, suruh diaorg karoke..macam nak panggil hujan lebat turun saja..kang banjir susah..hehe

apple hijau said...

like mum like doter..semangat bersukan tu tinggi..moga nanti jadi olahragawati mcm ibu ye adik..peace with love:D

p/s:belajar kaunseling dgn nenek kebayan..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...