memang betul sejak persekolahan dibuka dan aku dah mula bekerja semula setelah bercuti hampir seminggu terasa macam berada dalam dunia yang lain. keseronokan bercuti dan bersantai di rumah masih terasa. masa cuti, hari-hari ada mood menulis entri. walaupun takde cerita sangat, keinginan nak menulis itu ada..entri entah apa-apa..tapi tetap suka...syok sendiri la tu..
entri kali ini smj nak cerita pasal contest dan hadiah. ingat tak hari itu smj pernah tulis pasal anak masuk contest pasang kereta dari kad-kad.abg long dapat nombor 1. nampak senang tapi memang susah nak pasang. 2 jam pun belum tentu siap. masuk contest pun macam terpaksa sebab dipanggil oleh urusetia contest semasa anak-anak dan smj sedang lalu kat tapak contest. buat perkara yg tidak dirancang memang tak best sebenarnya. ada ibu bapa yg tolong pasangkan untuk anak.tapi tak siap juga, sebab susah. perlukan kreativiti dan minda yang tajam.
inilah dia kereta yang asal nya daripada kad-kad yg telah dicantum
urusetia : "tahniah, anak puan dapat no. 1. nanti kita akan adakan penyampaian hadiah pada hari lain. nanti saya hubungi puan untuk tentukan tarikh dan masa. puan tunggu saja panggilan."
aku: ok. terima kasih.
selang dua hari dapat call.."puan sila dtg dengan anak puan ke Pusat O**-O** . pada 2 Jan 2011, jam 11 pagi untuk penerimaan hadiah contest no1, hadiah akan disampaikan oleh ahli parlimen shah alam"... oh okay je aku jawap. wow hebatnya.
selang 2 hari lagi dapat sms, "puan minta maaf tarikh bagi hadiah postpone ke 3 Jan 2010, jam 5 petang". berapa banyak tukar daaa..aku cakap dalam hati...haiya..manyak susah woooo..hati berkata lagi, best sangat ke hadiah nya...ish,ish..sampai begitu teruk sekali....tukar-tukar tarikh.
kalau nak tau hadiah nya apa cuba lihat gambar kat bawah..huhu...MEIO-MEIO bekas plastik setaraf barang kedai RM dua hengget..ntah-ntah memang beli kat kedai dua hengget.(tafsiran aku).
bekas Meio-Meio..kasi free pun takpe..ini tidak, berair bijik mata nak pasang kereta..memang tak berbaloi.
sesuatu yang pelik, majlis itu bukannya majlis penyampaian hadiah seperti yang diberitahu. majlis itu adalah majlis pemberian sumbangan peralatan persekolahan (bekas plastik...wakakaka) oleh yb. jadi bebudak yang masuk berbagai contest itu sebenarnya dipergunakan untuk hadir bagi meramaikan saja majlis itu. bukanlah contest sangat sebenarnya. acah mat labu je...tipah tertipu.
kalau diberitahu awal-awal tak lah menyusahkan orang nak datang dengar ceramah dan ucapan yg dah tentu berkobar-kobar...yb berjiwa rakyat..tahu susah senang rakyat..program membantu meringankan beban persekolahan..faham kehendak rakyat dan bla-bla-bla.. last-last bagi bekas plastik saja..macam melepaskan batuk ditangga.. sadis..huhu.
antara yb yang hadir..nampak macam gah..tapi indah khabar dari rupa
1. masa, banyak jam jugaklah membuang masa
2. mata, berair bijik mata anak aku nak pasang kad jadi kereta.
3. air liur, penat ajak en asben turut serta dlm majlis kononnya penyampaian hadiah.
4. telinga, sakit telinga dengar en asben mengomen, (sempat lagi telefon penganjur bagitau jgn buat macam itu lagi, apa kelas)
5. malu, sebab-sebab yg tak dapat dijelaskan di sini....biarlah..hmmmm.
p/s: bukan tak bersyukur tapi geram bila ada orang buat helah... tipah memang tertipu.
No comments:
Post a Comment