ada sorang kawan ni cakap, aura itu penting. perbualan dengan kawan merangkap bos ini tak habis kat sini saja.
saya tanya dia, kenapa aura itu penting, dia cakap kita hidup ini perlukan aura. aura yang macammana kadangkala kita sendiri pun tak tau yang kita ni ada aura.
aura dalam hidup kita ini bermaksud aura kebaikan atau kelainan yang terserlah di dalam diri kita. pada kebiasaannya aura ini lebih kepada kebaikan yang menarik dan boleh membawa pada pengaruh kebaikan. bukan aura jahat ye..itu topik lain.
percakapan dia menarik minat aku nak tau lebih lanjut apa persepsi dia pasal aura ini. daripada nak jumpa beberapa minit pasal nak sign punch card yang lupa nak di punch out, tetiba bercakap pasal aura meleret sampai sejam ..adeh.. apa nak buat dah dia bos aku, suka hati dialah nak suruh aku duduk berapa lama dengar dia cakap.
aku cuba bagi signal macam nak bangun tapi tak menjadi. lepas satu satu ayat yg keluar, dia sambung berhujah macam marathon..ala, ala gaya penceramah Dr Fadhilah Kamsah, jadi aku dengar dengan suka rela. penuh dengan renungan dan pengajaran.. sekali-sekala lari dari topik kerja ok gak. sekali-sekala takpelah, kalau berkala-kala mahu banyak kerja aku tertangguh, kang dia juga yang tanya kenapa tak siap lagi..haish. tapi bos ni tak pernah tanya macam tu, dia bagi sepenuh kepercayaan macammana nak buat kerja sampai siap, terpulang pada cara sendiri, janji kerja siap. tak de nya dia nak mendesak-desak yang bukan-bukan. kecuali kalau ada kes yang urgent tahap gaban. dia sendiri pun akan kelam-kabut jadinya..haha.
berbalik pasal aura tadi, agak tertarik dengan contoh2 yang dia bagi masa berbual 2 hari lepas. bos aku tu cakap, kalau kita ada aura semua orang akan mengingati diri kita. tak kira masa kita senang atau susah. masa kita meninggal duniapun nanti InsyaAllah ramai yang akan datang menziarahi dan mendoakan kita.
itu yang sebenarnya yang membahagiakan kita. tak guna kalau kita ada title Dr, Dato’ atau entah apa-apa pangkat lagi, tapi takde aura yang disenangi. kita mungkin ditakuti semasa ada title tapi bukan dihormati. mungkin ada yang berbangga dengan berbagai gelaran dan pangkat, tapi lebih bermakna lagi jika kita disukai dan diingati walaupun kita hanya seorang Pembantu Am Pejabat (contoh saja). tapi alangkah bagus kalau yang ada gelaran dan pangkat ini dalam masa yang sama punya aura kebaikan yang menarik, pasti lebih akan diingati dan dihormati kerana jasa dan juga kerana silaturrahim yang terjalin dengan orang-orang disekeliling.. bukannya hanya mementingkan diri, tak semua macam itu..ada yang ok..
sebenarnya hidup kita ni mudah saja, sekiranya kita sentisa berbuat baik, aura itu akan datang juga dengan sendiri, hidup jangan sombong walaupun sape diri kita dan apa saja kedudukan kita.
banyak lagi kata-kata bos aku tu yang boleh dijadikan panduan. tapi masalahnya sekarang aku tak tau nak buat conclusion entri ni macammana. tulis dah panjang lebar dah, tapi nak tutup tak tau..jadi biar aku open macam ni saja..sebab aku nak sambung buat kerja…
p/s: kalau you all nak tau lebih lanjut lagi pasal aura ni berhubung terus dengan ustaz zack sudiro (nama samaran) merangkap bos no. 3 aku..hehe..
Thursday, March 3, 2011
Tuesday, March 1, 2011
Mac Muncul Pula..Cepatnya Masa Berlalu
sekejap saja dah masuk bulan mac. rasanya baru saja ambil cuti sempena buka sekolah awal tahun haritu. tup, tup dah mac. sekejap betul masa berlalu.
hari ini ofis ada majlis meraikan hari lahir kawan-kawan yang lahir pada Jan dan Februari. awal-awal pagi lagi dah tercium masakan rakan-rakan ofis yang suka rela pot-luck untuk majlis meraikan hari jadi rakan satu ofis. suka rela bukan sebarang suka rela, dah ada perjanjian yang diputuskan dalam mesyuarat bahawa semua orang akan ada giliran untuk membawa pot-luck masing-masing..tunggu sajalah giliran anda. mana yang dah lepas hari ini mesti lega, tak payah kena pikir nak bawak apa untuk bulan-bulan seterusnya. pening jugak nak memikirkan apa kebendanya yang nak di masak. kalau order pun senang gak. tapi nak order apa..haiya manyak syusah woo. kalau ada cadangan rakan-rakan untuk mencadangkan apakah yang patut ku bawa semasa tiba gilran aku pot-luck nanti kan senang…jadi cadangan anda semua dialu-alukan untuk mengurangkan pening kepala aku…akan dipertimbangkan.. walaupun lambat lagi bulan Mei. tapi orang kata sediakan payung sebelum hujan. jadi aku cuba mempraktikkan peribahasa tersebut, untuk kemudahan di masa depan.
atau ada sape-sape yang nak sponsor pot-luck aku, best gak. berangan je lah..tak de makna nya..
dalam pada itu dapat pulak khabar sedih ada sorang staf di jabatan lain Bhg. Rekod Pelajar Dan Konvokesyen meninggal dunia.. agak tak sangka sebab minggu lepas baru hadir kursus 1 hari yang sama dengan arwah. Janji Allah itu pasti, tidak kurang sesaat tidak cepat sesaat, demam panas itu hanyalah penyebab. Al-Fatihah untuk arwah Kak Jun, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman… walau pun tak kenal rapat tapi arwah baik orangnya...ada hikmah yang tinggal untuk kita yang masih hidup agar sentiasa memperingati bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..cuma kita tak tau bila masanya.
p/s: kepada kawan2 yang baru menyambut hari lahir, diucapkan selamat hari tua...hehe

Thursday, February 24, 2011
corat-coret
pagi ni, tetiba datang mood nak baca berita di surat khabar. apalagi merayau lah cari suratkhabar, tapi yang online sajalah, gunakan lah kemudahan yang ada..haha jangan gunakan kemudahan yang bukan disediakan untuk kita. contoh, toilet untuk oku, tapi yang selalu duk masuk orang bukan oku yang dah ada kemudahannya sendiri. tapi hakikatnya aku pun selalu masuk tandas oku...hehe.rasanya kat tempat kerja aku nih takde orang oku, tapi ramai yang cuba jadi oku...
antara berita yang sempat dibaca, aku highlight kan mana yang suka kat sini:
KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas..Kosmo
komen aku - Alhamdullillah...bertambah lagi seorang saudara.
2. Safee mula menyengat
PENYERANG kebangsaan Malaysia, Mohd. Safee Mohd. Sali mula mengukir nama di bumi Indonesia. Meskipun masih belum beraksi secara rasmi dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL), namun dia mula memperlihatkan kualiti sebagai pemusnah di jentera serangan.
Semalam, Safee menjaringkan dua gol pada aksi persahabatan pertamanya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.-Kosmo
komen aku - baguslah kalau macam tu satu keputusan yang bijak jika ada keyakinan untuk melangkah, go Safee go!
3. Harga RON 95, diesel tidak naik
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam. -Kosmo
komen aku - baguslah jugak kalau dah janji macam itu. jangan nanti cakap saja tapi lepas tu naik jugak. bukan boleh percaya sangat bapak si dafi ni. cakap berbelit.
4. Bank Rakyat untung RM1.72 bilion
KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.72 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, peningkatan sebanyak 10.8 peratus berbanding RM1.55 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.-Kosmo
komen aku- hehe dapatlah jugak beberapa hengget dividen nanti dari simpanan aku yang ciput.
ok cukup lah dulu aku komen berita-berita yang aku baca, takkan nak komen satu surat khabar pulak. yang lain boleh baca sendiri.
antara berita yang sempat dibaca, aku highlight kan mana yang suka kat sini:
1. Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu
![]() |

Wednesday, February 23, 2011
Syabas Skuad Negara
siang tadi prince halilintar ada bagi info pasal perlawanan pra kelayakan olimpik london 2012. siap suruh ramal, dengan confident smj ramalkan malaysia menang 2-0. ramalan ku benar belaka. syabas kepada skuad olimpik malaysia yang berjaya membenam cabaran pakistan 2-0 dalam perlawanan pra kelayakan olimpik london 2012 itu . gol skuad muda negara ini dijaringkan oleh wan zaharul nizam & mohd irfan fazail.
selamat berjuang di lahore pakistan pada 9 mac 2011 round yang kedua. semoga berjaya..
lately semakin minat nak tengok pasukan bola malaysia beraksi. diaorg main dah bagus... balik kerja laju-laju, mandi, solat, makan semua laju-laju.. sebab nak tunggu siaran langsung 8.45 mlm...kalau dah menang tu laju-laju tulis entri pasal malaysia menang. sebelum ini pun ada komen pasal malaysia menang, klik di sini,
di sini, dan di sini.
Tuesday, February 22, 2011
Jom Ber'Faceblog'
Jom kita ber 'faceblog' sosial cara blog. Selalu orang berbuku muka saja tapi sekarang dah ada muka blog pulak. tak kisah da..ikut saja aliran.
terima kasih kat prince halilintar
kerana memperkenalkan dan mengajar tentang nak join faceblog ini. rakan smj CAH pun dah join...hebat. jom kita ramai-ramai join..pink itu menarik..hehe teringat kat skuter kaler pink yang dalam mimpi itu. kita dengarkan apa kata penaja seterusnya pasal faceblog ini..di bawah. terima kasih tuan punya Faceblog.
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK , KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK . SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
Saturday, February 19, 2011
Suka Dengar Awan Nano?
~Awan Nano~
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
~Hafiz~
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
~Hafiz~
terpaksa letak lagu hafiz ini, sebab suka..ha ha tapi sebenarnya tiada siapa pun paksa, sendiri suka.tiada paksaan langsung. aku memang tak suka nak letak music box ni sebab bingit blog jadinya. kekadang terkejut, bila bukak-bukak blog terus keluar lagu.. kekadang volume terkuat, terkejut aku dan termalu-malu kat orang keliling, itu kalau kat ofis la. .kalau kat rumah takpe gak.... kalau lagu sedap layan sajalah. kalau tidak cepat-cepat keluar dari blog...tak sempat nak baca habis entri, itu risiko kalau kita pasang lagu yang orang tak suka. dan orang tak boleh fokus pada pembacaan. silap-silap orang tak nak masuk blog lagi. tapi aku tak pernah pulak serik nak masuk blog yang ada muzik, yang penting entri...itu terpulang lah pada tuan punya blog kan, blog masing-masing. suka hatilah kan. buatlah apa yang sendiri suka...ada apa kisah..ikut selera masing-masing.
tapi kali ini aku tak kira, sebab minat dengan lagu awan nano-hafiz ini aku taruk gak. kalau tak suka bole stopkan....he he simple je..
Tuesday, February 15, 2011
Lelaki Lebih Mudah?
mudah nya jadi orang lelaki ni, itu kata orang perempuan. kalau kata orang lelaki pulak, mudah betul jadi orang perempuan. tapi kan sebenarnya dua-dua bukan mudah. masing-masing ada peranan tersendiri tentang hidup.
cuma yang membezakan orang lelaki dan perempuan mungkin cara menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah. orang lelaki suka menyelesaikan masalah dengan sesuatu keputusan yang pantas, tanpa perlu untuk memikir-mikir dan menyemakkan kepala. orang perempuan lebih complicated jika ada sesuatu masalah. bagi lelaki setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. bagi orang perempuan lebih suka mencari punca atau sebab-sebab yang berkaitan. itu sebab perempuan banyak pikir. tapi untuk bab-bab shopping atau suka-barang-barang cantik perempuan dikecualikan daripada bab pikir-memikir ini. itu memang tak pikir panjang punya..ha ha
aku bukannya apa, sebab dah ada contohnya depan mata, contoh yang terdekat siapa lagi kalau bukan en.asben aku sendiri. ada ke patut semalam aku mengadu lah kat dia pasal anak-anak lambat bagi respon kalau kita minta pertolongan dari diaorang. samada tak tolong atau tak buat langsung atau buat-buat tak dengar saja. arrrgg..stress kekadang. pada tafsiran akulah, bebudak sekarang ini banyak sangat medium elektronik tv dan komputer yang menganggu fokus. tv saja dah berapa banyak saluran yang ada. macam mana nak melayan permintaan kita , deria penglihatan lebih digunakan daripada deria pendengaran, betul tak?
tapi en.asben aku pulak, lain yang difikirkan nya, nak tau apa kata dia? ni nak cerita pasal benda yang agak geli sikit kat sini.
"abg rasa kita kena bagi diaorang ubat cacinglah, mungkin diaorang malas sebab ada banyak cacing"
'ya, Allah cacing la pulak.." kata hatiku.
en. asben sambung lagi "diaorang tak pernah makan ubat cacingkan, mungkin kena bagi sekali-sekala ni" katanya terus membuat conclusion.
"errrr..ya la kut tak pernah makan lagi" aku jawab dengan nada confuse, apa kaitan malas dengan cacing. aduyai..
sejurus dia pergi farmasi, beli ubat cacing 3 botol, untuk anak 3 orang. suka hati lah...mungkin ya. so, operasi membenteras cacing bermula. lepas tu nak tau ke pulak dia buat apa lagi? ambik cotton bud, korek telinga anak-anak sebab mungkin banyak taik telinga, takut tak dengar bila dipanggil. adeh.. en.asben ni bab anak-anak dia lah selalu potongkan kuku dan korek telinga.
daripada itu aku terpikir lelaki lebih kepada pemikiran bercorak teknikal dalam mencari penyelesaian. banyak kali jugak asben menegur, menasihati dan mendenda anak-anak, tapi kali ini beli ubat cacing agak melucukan aku rasa. takpelah dia nak buat macammana pun janji dia sayang dan ambik berat pasal anak-anak.
p/s: agak-agaknya ada kaitan ke, cacing dan malas..?

Subscribe to:
Posts (Atom)