antara berita yang sempat dibaca, aku highlight kan mana yang suka kat sini:
1. Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu
komen aku - Alhamdullillah...bertambah lagi seorang saudara.
2. Safee mula menyengat
PENYERANG kebangsaan Malaysia, Mohd. Safee Mohd. Sali mula mengukir nama di bumi Indonesia. Meskipun masih belum beraksi secara rasmi dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL), namun dia mula memperlihatkan kualiti sebagai pemusnah di jentera serangan.
Semalam, Safee menjaringkan dua gol pada aksi persahabatan pertamanya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.-Kosmo
komen aku - baguslah kalau macam tu satu keputusan yang bijak jika ada keyakinan untuk melangkah, go Safee go!
3. Harga RON 95, diesel tidak naik
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam. -Kosmo
komen aku - baguslah jugak kalau dah janji macam itu. jangan nanti cakap saja tapi lepas tu naik jugak. bukan boleh percaya sangat bapak si dafi ni. cakap berbelit.
4. Bank Rakyat untung RM1.72 bilion
KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.72 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, peningkatan sebanyak 10.8 peratus berbanding RM1.55 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.-Kosmo
komen aku- hehe dapatlah jugak beberapa hengget dividen nanti dari simpanan aku yang ciput.
ok cukup lah dulu aku komen berita-berita yang aku baca, takkan nak komen satu surat khabar pulak. yang lain boleh baca sendiri.
8 comments:
baca dari sini pun dh ok..hehe...memang malas nak bukak paper..
dafi tu cute. pesal bapak dia tak cute??
tertarik dgn harga minyak..
hmm..bagus la tu...jgn hari ni kata tak naik..esok lusa...dah naik harga tu dh la... ;)
Salam kenal...dtg dr blog Prince Halilintar :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
HAIWAN BERWARNA PELIK
smj dah jadi penganalisis berita terkini ni..bagus2..ni mesti teringatkan zaman stdy dul jadi DJ ni..haha
cah : sama acuan tapi lain bentuk..haha
nabilah : itulah sukar untuk dijangka... dah pegi kat blog awak dah tengok haiwan berkaler-kaler.
prince: smj ni lebih kepada peng'komen' bukan penganalisis...hehe,
mazidul pada zaman belajar kat uitm dulu memang suka bercakap, siap jadi DJ radio buatan sendiri..haha
pling x ska kan psal mnyak 2..haih..asik2 nek je..ntah bler nk trun2 ntah..hurmm
betul tu arjuna, jgnlah minyak naik harga. menyusahkan.. nanti semua barang naik harga.
betulke minyak takkan naik? tak tau la nak cakap apa...kita semakin tertekan dan sentiasa ditekan dgn pelbagai tekanan...terlalu banyak pilihanraya kecil dan bajet banyak tertumpu kesana dan utk cover rasanya itulah alasan kukuh mereka menaikkan minyak sesuka hati...minyak pasti naik...tapi bila masih ragu2...
takpelah fenn, kita tunggu dan lihat saja, mungkin ada solution nya nanti..
Post a Comment