Saturday, February 19, 2011

Suka Dengar Awan Nano?

~Awan Nano~
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

~Hafiz~

terpaksa letak lagu hafiz ini, sebab suka..ha ha tapi sebenarnya tiada siapa pun paksa, sendiri suka.tiada paksaan langsung. aku memang tak suka nak letak music box ni sebab bingit blog jadinya. kekadang terkejut, bila bukak-bukak blog terus keluar lagu.. kekadang volume terkuat, terkejut aku dan termalu-malu kat orang keliling, itu kalau kat ofis la. .kalau kat rumah takpe gak.... kalau lagu sedap layan sajalah. kalau tidak cepat-cepat keluar dari blog...tak sempat nak baca habis entri, itu risiko kalau kita pasang lagu yang orang tak suka. dan orang tak boleh fokus pada pembacaan. silap-silap orang tak nak masuk blog lagi. tapi aku tak pernah pulak serik nak masuk blog yang ada muzik, yang penting entri...itu terpulang lah pada tuan punya blog kan, blog masing-masing. suka hatilah kan. buatlah apa yang sendiri suka...ada apa kisah..ikut selera masing-masing.  

tapi kali ini aku tak kira, sebab minat dengan lagu awan nano-hafiz ini aku taruk gak. kalau tak suka bole stopkan....he he simple je..

2 comments:

Prince Halilintar said...

smj dah kemaruk dengan lagu hafiz ni...layan perasaan...haha

shida mj said...

nanti klu dah abis kemaruk lagu tu, tukar lain plak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...