Sunday, February 6, 2011

Moga Cepat Sembuh

seperti biasa cuti raya cina kali ini tiada rancangan untuk ke mana-mana. dapat pulak berita kakak yang ku panggil angah telah dimasukkan ICU HKL. entah kali yang keberapa aku pun tak pasti sebab dah banyak kali dia masuk ICU. tapi kali ini agak kritikal. dua hari pergi menjenguk dia. kali ini aku pulak yang rasa nak demam. badan mula seram sejuk, selsema mula menyerang, badan sakit-sakit. dah lama tak kena demam selsema, aku agak kali ini mungkin teruk. memang ya, teruk. tapi puncanya aku sendiri yang tau. jadi senang untuk aku pulihkan sendiri sakit yang aku alami.  punca yang pertama, tak cukup rehat, kedua terkena hujan, ketiga kurang minum air dan yg keempat banyak makan limau (juga mengalami batuk).

jadi aku mengambil inisiatif sendiri hari ahad ini untuk berehat disamping mengambil ubat-ubatan dan minum air banyak sikit. Alhamdulillah malam ni dah ok itu yang dah boleh bukak komputer semula. esok boleh lah pergi kerja. kerja tengah busy sekarang ni. hari itu bawa balik kerja ke rumah tapi rasanya bawak semula ke ofis esok. kita hanya mampu merancang.

berbalik pada kakak aku di ICU,  hari ini masuk hari kelima dia di sana. moga dia cepat sembuh. seperti yang sedia maklum bila ditempatkan di ICU masa lawatan terhad. tidak ada sesiapa dibenarkan menunggu. semua urusan pesakit diuruskan oleh nurse dan doktor yang bertugas.aku memang kagum dengan kesabaran dan dedikasi yang ada pada diaorang. sentiasa senyum, bercakap lembut dan pakar mengendalikan mesin-mesin yang canggih untuk talian hayat kakak ku. terima kasih pada mereka semua kerana bertungkus lumus menjaga kakak ku dan juga pesakit-pesakit lain. terima kasih juga kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan yang serba canggih di dalam sebuah hospital kerajaan.

sempat abadikan gambar semasa di ICU..semoga kakak ku cepat sembuh..aku tak sampai hati tengok dia berkeadaan begini dalam tempoh yang agak lama..

5 comments:

apple hijau said...

Moga kakak k.shida cepat sembuh...

sedih dan pilu bila tengok orang tersayang dalam keadaan begitu.. :((

Ms Pearl said...

kak sakit apa ni kak???? kesianya la yes saya doakan moga cepat sembuh...

p/s: terkenang masa saya di hospital mcm ni la rupanya kak dengan wayar besilarat kata mama lah. saya tak sedar....

Prince Halilintar said...

prince pun turut doakan kak smj diizinkan Allah untuk pulih dan cepat sembuh..

smj pun kene jaga kesihatan jugak tu..tapi kan..prince makan limau asyik nak memerut je memanjang..hahaa

sariah said...

Didoakan semoga cepat sembuh.....dan dpt menjlnkan tugas harian dengan lancar. Amin...

shida mj said...

cah, hani, prince, kak sar : terima kasih,
hanya mampu berdoa sahaja buat masa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...