Tuesday, March 1, 2011

Mac Muncul Pula..Cepatnya Masa Berlalu

sekejap saja dah masuk bulan mac. rasanya baru saja ambil cuti sempena buka sekolah awal tahun haritu. tup, tup dah mac. sekejap betul masa berlalu.

hari ini ofis ada majlis meraikan hari lahir kawan-kawan yang lahir pada Jan dan Februari. awal-awal pagi lagi dah tercium masakan rakan-rakan ofis yang suka rela pot-luck untuk majlis meraikan hari jadi rakan satu ofis. suka rela bukan sebarang suka rela, dah ada perjanjian yang diputuskan dalam mesyuarat bahawa semua orang akan ada giliran untuk membawa pot-luck masing-masing..tunggu sajalah giliran anda. mana yang dah lepas hari ini mesti lega, tak payah kena pikir nak bawak apa untuk bulan-bulan seterusnya. pening jugak nak memikirkan apa kebendanya yang nak di masak. kalau order pun senang gak. tapi nak order apa..haiya manyak syusah woo. kalau ada cadangan rakan-rakan untuk mencadangkan apakah yang patut ku bawa semasa tiba gilran aku pot-luck nanti kan senang…jadi cadangan anda semua dialu-alukan untuk mengurangkan pening kepala aku…akan dipertimbangkan.. walaupun lambat lagi bulan Mei. tapi orang kata sediakan payung sebelum hujan. jadi aku cuba mempraktikkan peribahasa tersebut, untuk kemudahan di masa depan.

atau ada sape-sape yang nak sponsor pot-luck aku, best gak. berangan je lah..tak de makna nya..

dalam pada itu dapat pulak khabar sedih ada sorang staf di jabatan lain Bhg. Rekod Pelajar Dan Konvokesyen meninggal dunia.. agak tak sangka sebab minggu lepas baru hadir kursus 1 hari yang sama dengan arwah. Janji Allah itu pasti, tidak kurang sesaat tidak cepat sesaat, demam panas itu hanyalah penyebab. Al-Fatihah untuk arwah Kak Jun, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman… walau pun tak kenal rapat tapi arwah baik orangnya...ada hikmah yang tinggal untuk kita yang masih hidup agar sentiasa memperingati bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..cuma kita tak tau bila masanya.

p/s: kepada kawan2 yang baru menyambut hari lahir, diucapkan selamat hari tua...hehe

7 comments:

Prince Halilintar said...

smj macam yg kite plan ari tu ..maggi jer..haha

pot-luck diorg boley tahan gak rini kan..smj mesti da resah tu memikirkan ape nk bawa nanti..

shida mj said...

apa pulak akak sorang je yg resah, bukan prince pun terlibat sama gak..haish tak aci nih..

set!! kita bawak maggi cup jek haha.. kita amalkan konsep bersederhana..ekekekekek

apple hijau said...

megi pun megi lah..sob sob sob...errr..megi goreng boley? heheh!

Prince Halilintar said...

kite wat self services jer..haha

shida mj said...

nab, kalau yg goreng tu, kita bagi mee goreng ibumie...tapi makan tak leh byk sgt takut rambut gugur.. hahahahahaha..sian la pulak. takpe utk memseimbangkan khasiatnya, en ipin akan bawak pisang emas setandan.

ya prince self servis, semua staf mahir

sariah said...

smj jgnlah poning2 nak buat apa...susah2 buatlah laksa neg sembilan. sbb ramai org n.9 nak mkn nanti tu....Tentang kawan yg g meninggalkan kita dulu tu...Alfatihah semoga rohnya digolongkan di dlm golongan org2 beriman. Amin

shida mj said...

kak sar, saya order dgn akak lah laksa N.9 tu..akak buek mesti sodap..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...