Monday, January 31, 2011

Hari Minggu Yang Mendung

hari minggu yang lepas hari-hari hujan. shah alam dah rasa macam berada di cameron highlands, sejuk.  dari pagi sampai petang hujan, bersambung pulak esoknya. kalaulah kawasan dun mengundi aku dun tenang mesti best pergi mengundi sambil mengharungi air. lama tak main air bah. masa kecik-kecik dulu selalu gak main air bah ni. maklumlah depan rumah sungai perak. kalau air sungai melimpah naik. boleh berakit sana-sini. kawan-kawan ada lelaki ada pompuan. member masa kecik-kecik dulu terer buat rakit dari batang pisang. dulu agak lasak sedikit, tapi memang best ada cabaran. cuma kalau ada benda yg kecik-kecik tu, lintah and pacat..eeeii yek geli...tapi bah sekarang menakutkan, air deras.

musim hujan ni yang kesiannya, penoreh getah. kalau dah hujan begini tak bolehlah diaorang pergi menoreh. teringat kat arwah bapa aku. begitu setia pergi mengadap pokok-pokok getah pagi-pagi hari lagi. demi membesarkan aku adik-beradik. memang tak boleh lupa pengorbanan arwah kedua orang tua aku yang bertungkus lumus membesarkan kami.   ni yang sedih ni bila teringat zaman-zaman kesukaran yang lalu. rasa nak nangis, tapi itu semua banyak mengajar aku erti hidup.  kalau lah arwah bapaku masih ada dan masih dengan karier dia sebagai penoreh getah aku gerenti, income paling kurang RM4000. harga getah kan dah naik sekarang,  1 kilo lebih kurang RM15. dulu-dulu jangan harap nak dapat macam tu.. sekarang, untung jadi penoreh. makin ramailah yang kelihatan hensem bila poket dah penuh…hehe…nak menoreh pun siap ada RELA yang jaga.

bila cuaca mendung, perut pun mulalah asyik terasa lapar. macam-macam nak makan tapi malas pulak nak keluar rumah...en asben pulak nak makan steamboat..ha apalagi suruh lah dia pergi beli bahan-bahan di giant..
aku pun keluarkanlah alat masak steamboat..yg dah tersimpan lama..buat sendiri kat rumah.. senang...campakkan saja apa yang ada, segala jenis ball, udang, kupang, ayam, sayur...hehe...pastu makan..dengan anak-anak..dinner ahad lalu hanya steamboat..hehe

 dah nak licin.. ni... 
 

Saturday, January 29, 2011

layan gambar saja


petang-petang ni, macam tak tau nak buat apa. dok godeh sana sini terjumpa gambar-gambar anak masa zaman kecik-kecik. dulu-dulu diaorang memang suka aktiviti bergambar, melukis dan mewarna. diaorang ni memang nakal..sekarang ni masih sama, nakal gak..

  SUATU KETIKA  DULU-DULU

 si budak tembam baby (princesssarahnabilah)

 tengah asyik sangat baby & k.ngah(muka tertutup rambut)

 anak cina mana pun tak tau..dulu cerah, sekarang..dah coklat


GAMBAR-GAMBAR SEKARANG
SEKEJAP JE DAH BESAR

gambar dengan ayah dan awek cun ntah tak tau..

steady abg long

p/s: entri syok sendiri..hehe

Thursday, January 27, 2011

Saspen Betul!

tengahari semalam, time rehat balik rumah.semenjak anak-anak dah tak balik lagi rumah orang jaga selepas pulang dari sekolah, memang rutin tengahari aku mesti balik rumah. tak pe lah berkorban masa rehat sikit, lagi pun anak-anak dah besar boleh urus diri sendiri. balik rumah sendiri lagi senang. aku balik jugak untuk pastikan persiapan  ke sekolah agama ok ke tak. al-maklumlah bebudak memang banyak main. so kena pantau.

bila semua dah ok, solat, makan dan anak-anak pun dah pegi sekolah agama aku pun balik ke ofis. seperti biasa masuk kereta buka tingkap sedikit. untuk keluarkan haba panas. kalau tak buka tingkap nanti haba panas itu akan menyebabkan migran. ini pengetahuan umum.

aku bawak kereta seperti biasa. ok, kali ini tak laju. tetiba kedengaran satu letupan yg kuat. 'pom'. 'opocott' mak aii.. bederau darah aku. saspen betul. apa pasal pulak ni. tayar meletup ke? adeh..
hari itu baru tukar bateri kereta, kali ini nak tukar tayar pulak ke..heee. nasib baik aku bukak tingkap kereta masa tu..dengar jugak lah kalau apa-apa berlaku. biasanya kalau tayar dah meletup, kita kena berhentikan kereta ketepi serta merta supaya rim kereta tak rosak. itu tauliah daripada en asben aku. selalu gak dia beri tauliah percuma pasal kereta kat aku. kekadang aku faham, kekadang blurr..kekadang malas nak ambik tau..nanti terlebeh terer, semua benda nak kena buat sendiri...bila masa pulak nak manjakan diri sendiri....tak boleh jadi. ewah, komplen nampak..hehe.

berbalik pasal bunyi kuat yg meletup tadi. aku turun dan check tayar depan kiri, kanan..huh..belakang pulak. takde pape pun..apa yang meletup tadi. konfius aku.

laaaaa..ghope-ghopenya bukan tayar yang meletup..nak tau ape?
cuma bekas kotak air minuman yang meletup masa aku lalu dan terlanggar kotak air itu.  ish..saspen je kan.. ingatkan apa. masa zaman kecik-kecik dulu tu adalah jugak pijak kotak air kosong. macam itulah bunyinya..tapi kenapa kali ini bunyi nya kuat giler..persoalannya betul ke kotak air itu yg meletup?

p/s: moral of the story, jangan buang sampah merata-rata. recycle bin kan ada. gunakan kemudahan yang ada untuk menjaga alam sekitar. peace no war!

Wednesday, January 26, 2011

Saat Indah Awal Perkahwinan...

cuba baca email jenaka yang aku terima ni..ni dah kali kedua rasanya terima jenaka ni.
oleh kerana macam kelakarlah jugak jadi bacalah sesama..
cuba baca ya..

Saat Indah Awal Perkahwinan...


Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara    : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara    : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara    : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara    : Mahukah kau menciumku?
Teruna : Ya!
Dara    : Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....
Korang baca dari bawah ke atas pulak.....
hehehe...

kurang asam punya teruna...hehe..baca saja jangan buat perkara yang dari bawah ke atas tu, tak baik..

kredit to bom321

Tuesday, January 25, 2011

Kan Best Jadi Bujang!

Kan best jadi Bujang…huwaaaaaa..
Alamak! ayat macam serik je… huwaaaa…
Ayat ni bukan serik
Tapi ayat orang teringat zaman bujang
Kalau anak-anak n cik abang aku dengar ni mesti kecik hati..
macam tak suka kat diaorang je..bukan! salah! tak betul!
Bukan tak suka, bukan menyesal, langsung tak ada.  Cuma…. ish apa da nak cakap ni..
Hahaha…tetiba saja masa aku ym ngan CAH timbul perkataan itu..
“KAN BEST JADI BUJANG..HUWAAAAAAA.”
Kitaorang sama-sama tak tau apa yg nak dinangiskan..
Cuma mungkin teringat dulu-dulu masa single mingle mana ada tanggungjawab.
kalau ada pun banyak untuk diri sendiri saja.
Kalau rasa nak pergi mana-mana..pergi saja, balik lambat pun tak mengapa..
Sekarang mana boleh macam itu, terkejar sana terkejar sini.
tambah pulak masa bawak bas kecik aku tu..terlanggar lubang sana sini..lagi lah rasa gerrr.
jalan pun aku marahkan..sebab nak cepat. kejor masa.kejor yeop kejor.
kalau boleh lari, aku lari je macam watson nyambek..cepat sikit..hihi..
dolu-dolu bolehlah..sekolah rendah, olahragawati..bangga lah masa tu kuat lari...
sekarang ni..jangan harap..dah ada unsur-unsur penuaan mana bole lari laju.
dolu-dolu KL tu aku menapak je dari kota raya ke sogo, jln tar ke..
nak beli apapun tak payah fikir 10x..sekarang anaklah keutamaan,
kerja bukan untuk diri sendiri..

takpelah sesekali aku teringat zaman dolu-dolu tak jadi masalah.
semua orang ada kenangankan. itu perkara biasa. tapi aku tetap bersyukur dengan hidup aku
dan apa yang aku jalani sekarang. tak pernah pun rasa terkilan atau menyesal atau apa-apa yang sewaktu
dengan nya.
bagi adik-adik yang masih bujang enjoylah puas-puas..sebab bujang dan  berumahtangga totally different.  tapi janganlah enjoy sampai di luar batasan. enjoy bertempat dan berpada-pada. kalau dah sampai seru berumahtangga tu kena buat persediaan mental dan fizikal.

untuk entri ini aku tak tau nak masukkan pic apa, jadi aku masukkan saja pic bas kecik yang aku duk selalu langgarkan lubang-lubang dijalanan. moga riwayat dia berpanjangan untuk meneruskan khidmatnya kepada aku..sayang dia..jgn majuk..ok.


bas kecik yg selalu ku bawak pecut..memang tak patut..

Monday, January 24, 2011

Penangan Pulut Kuning

pulut kuning, gambar hiasan shj

Gara-gara makan pulut kuning tak hengat dunia semalam, angin kencang melanda satu badan. Kepala sakit, badan terasa lemah. Macam tak relevan pulak angin dan pulut. Mula-mula memang tak percaya makan pulut nanti ada angin. Rupanya memang betul tuan-tuan dan puan-puan. Padan dengan muka, sapa suruh tak percaya. Dah kena baru percaya, huhu.

Memang dah lama teringin nak makan pulut kuning yang tengah panas-panas. Jadi cik abang sukarela pulak nak masak pulut kuning petang semalam. Smj memang tak tahu masak pulut kuning, minta maaf banyak-banyak, masak lain boleh. Itupun bukan semua boleh. Masih belajar lagi bab masak memasak ini. Sekarang ni baru okay sikit daripada tak tahu apa-apa macam baru mula-mula kahwin dulu. Masak nasi, masak air dan goreng-goreng saja tahu. Nasib baik suami reti masak, dialah yang mengajar itu, ini. Kalau tidak tak tau apa nasib aku ni…kesiankan.

asben smj dah pesan jangan makan lebih sangat. "nanti pulut ni angin", eh ye ke? aku tanya macam tak percaya..sungguh memang tak caya. at last baru percaya.

p/s: sekadar nak tanya..ada ke orang makan pulut kuning saja-saja

Saturday, January 22, 2011

cuti apapun memang selalu best


wah bestnya bila cutikan. bila sebut saja cuti smj selalu teruja, memang suka kalau hari cuti ni, macam-macam acara bebas yang boleh dibuat. bukan bermakna tak suka pergi kerja. pergi kerja suka juga, tambah-tambah kalau ada kawan-kawan  yang sekepala dengan kita. mestilah okay punya. sunyi rasanya hidup kalau takde kawan-kawan.

cuti thaipusam hari khamis tempohari biasalah kaum india mestilah sibuk pergi batu caves, smj dan anak-anak menyibukkan diri berjogging dan berbadminton di pagi hari . kenapa baru hari ini nak cerita pulak. err.. biasalah, err..err aku, aku..malas dah nak bagi alasan. satu benda yang smj suka kalau pergi jogging atau jalan-jalan mesti bawak anak-anak dan kawan-kawannya. meriah sikit. berkawan dengan bebudak ni kadangkala ada seronoknya sebab diaorang ni tak pandai berpura-pura, tak pandai berselindung dan bermanis-manis muka.. jujur dan natural saja..yang paling best diaorang akan ikut saja cakap. tak banyak kerenah..


 ini lah kawan-kawan berjoging dan berbadminton, "kumpul semua ambik gambar nanti boleh masuk blog..hehe..semua ikut arahan tu.."

okay stop dulu lah, nak tengok siaran langsung badminton la pulak..dato' lee chong wei vs cheng long(china).. lindan tarik diri...nampak macam nak menang saja tu...

Wednesday, January 19, 2011

macam seorang kaunselor

memang menjadi seorang ibu boleh jadi pelbagai peranan. teringat pada satu iklan itu. tak ingat iklan apa. maksud iklan itu lebih kurang macam inilah..kejap boleh jadi chef, kejap boleh jadi driver, kejap bole jadi tukang jahit, kejap boleh jadi penyanyi, kejap boleh jadi cikgu..kejap boleh jadi nurse..kejap boleh jadi pengadil...ermmm macam-macam lagi bole jadi...itulah istimewanya menjadi seorang ibu. boleh bertukar-tukar peranan dalam satu masa semata-mata untuk memenuhi keperluan anak-anak..

petang semalam aku bertindak bagai seorang kaunselor yang mendengar kekecewaan anak yang tak terpilih menjadi wakil bola jaring peringkat sekolah ...turun dari van sekolah senyap saja..mula-mula mengadu nada percakapan okay sahaja. tetiba turun hujan bukan gerimis tapi lebat.."ya Allah ibu, adik sedih ni tau tak, adik dah buat bersungguh-sungguh tapi cikgu tak pilih jugak. semuanya yang gedik-gedik dipilih..huwaaaaa.."
aku biarkan saja adik luahkan perasaan, sambil peluk badannya yang memang sedap dipeluk. biar dia lega sikit. sebab menurut ceritanya lagi, dia hampir nak menangis masa cikgu tak panggil nama. "nasib baik adik dapat tahan masa itu. kalau tidak, malu adik menangis kat situ".

adik nampak dah reda sikit..jadi aku pun cakap dengan nada perlahan pada dia..tak mengapa adik tak terpilih, sebab adik dah cuba, mungkin lain kali terpilih sapa tau atau adik boleh cuba sukan lain badminton ke, bola baling ke, hoki ke atau sukan olah raga lain. kalau memang adik minat sukan macam-macam adik boleh cuba. tapi jangan sampai abaikan pelajaran. dan kena berdisiplin. adik masih punya masa dan peluang yang banyak ...dan panjang lagi lah ayat-ayat memujuk yang aku susun..time orang tengah kecewa ni senang sikit nak dengar apa yang kita cakapkan.

tapi budak-budak sedih nya tak lama..sekejap saja dah capai basikal. sempat jugak beli ice blanded sebelum masuk maghrib...

p/s: kena ambik kursus kaunseling untuk menangani anak2 yang bakal remaja..hehe meng'kaunseling'kan diri sendiri sebelum orang lain.

Thursday, January 13, 2011

Tak Dapat Dipisahkan

salam...petang ni eden (nogori la pulak) nak tulis entri pasal
perkara-perkara yang tak dapat dipisahkan. banyak perumpamaan yang biasa dikaitkan dengan perkataan tak dapat dipisahkan ini antaranya:
macam isi dan kuku,
ibarat aur dan tebing,
umpama anjing dan bayang-bayang (ish.. ni takde kaitan langsung)
macam siang dan malam,
macam langit dan bumi..cam salah aje ni
macam belangkas pun ada..

cam gitulah gamaknya bila ada meeting ada la makan-minumnya
bila ada makan-minum, adalah meeting nya pulak..
ish... ini perkara memang tak dapat dipisahkan...
buat masa ini kalau ada orang tanya aku, apa benda yang tak dapat dipisahkan..
jawapan aku adalah meeting dan makan..confirm
hehe..

p/s: jangan pisahkan aku dan dia..pssst...entri orang tengah tunggu untuk habiskan makanan, sebab meeting tak jadi..huhuhu

Wednesday, January 12, 2011

Tolong ajarkan aku...

Salam..patutlah Ana Raffali boleh menang AJL 25 yang lalu..ermm sebelum apa-apa..tahniah kepada beliau walau pun tekaan aku tersasar jauh tapi Ana Raffali tetap unik dengan kemenangan dia..  tak salah rasa nya dia capai kemenangan itu..
agak terlambat jugak nak komen..nak buat cam mana baru sekarang pulak rasa nak komen..
owh patutlah dia boleh menang.. lagu dia memang unik..unik dalam erti kata lain tiada satu pun yang sama dengan bakat yang Ana Raffali ada. ..
Uniknya Ana Raffali ini dari persepsi aku, sebab: 
dia cipta lagu sendiri..
lirik lagu tulis sendiri..
nyanyi lagu sendiri..
melodi dia lain dari yg lain..
boleh bermain gitar dan alat muzik lain (tak pasti)..
tang pakaian nya pulak, memang unik sebab 
suka pakai baju kurung dan kebaya..
bila buat persembahan suka main gitar..
nama diapun unik..
sebenarnya dia boleh berbahasa inggeris dgn baik tapi tetap memilih menyanyi dlm bahasa
melayu dengan lirik yg puitis ditulis oleh beliau sendiri..


Tapi...Tolong ajarkan aku.....
oleh kerana terlalu puitis nya lirik lagu ini..sampaikan aku pun tak faham apa sebenarnya yang dia maksudkan dengan SAKU PENYELUK MASA, jadi tolong ajarkan aku  lirik tolong ingatkan aku yang puitis ini..ada sesape ke yang boleh explain..fenin-fenin..tak paham aku..hehe

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita 

p/s: sekebun cinta nan berbunga, megah berdiri nan berduri, aku yang asli di dalam mekar bila terbit mentari..menguntumlah..- anggapan mu ZIANA ZAIN tetap best..evergreen 

Sunday, January 9, 2011

Betul ke Facebook Dah Nak Tutup ?

 
salam, petang ini terbaca satu sumber yang mengatakan facebook akan ditutup pada 15 Mac mungkin Mac tahun ini, sebab tahun tak disebut. tak pasti betul atau tidak..tapi sumber ini aku terbaca kat beberapa blog. ermmm..ada beberapa sebab Mark Zurkerbeg yang akupun sangat setuju kenapa facebook ditutup. ada jugak mamat mat salleh yang tak sayang duit.
 
sila baca sumber kat bawah ini untuk ulasan lebih lanjut..pesanan aku sekiranya sumber itu betul sila pindahkan segala gambar, video dan maklumat anda semua sebelum ianya di delete.
 
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.
Sumber Web WeeklyWorldNews 
 
p/s: lately, aku memang tak berapa aktif ber facebook..

Saturday, January 8, 2011

contest dan hadiah mengancam

salam..agak terlambat untuk memasukkan entri pasal kembali ke sekolah. tapi takpe, biar lambat daripada tak tulis apa-apakan. kesibukan melayan kerenah anak-anak telah menjadikan aku seorang pelupa. terlupa yang aku masih ada blog.

memang betul sejak persekolahan dibuka dan aku dah mula bekerja semula setelah bercuti hampir seminggu terasa macam berada dalam dunia yang lain. keseronokan bercuti dan bersantai di rumah masih terasa. masa cuti, hari-hari ada mood menulis entri. walaupun takde cerita sangat, keinginan nak menulis itu ada..entri entah apa-apa..tapi tetap suka...syok sendiri la tu..

entri kali ini smj nak cerita pasal contest dan hadiah. ingat tak hari itu smj pernah tulis pasal anak masuk contest pasang kereta dari kad-kad.abg long dapat  nombor 1.  nampak senang tapi memang susah nak pasang. 2 jam pun belum tentu siap. masuk contest pun macam terpaksa sebab dipanggil oleh urusetia contest semasa anak-anak dan smj sedang lalu kat tapak contest. buat perkara yg tidak dirancang memang tak best sebenarnya. ada ibu bapa yg tolong pasangkan untuk anak.tapi tak siap juga, sebab susah. perlukan kreativiti dan minda yang tajam.

inilah dia kereta yang asal nya daripada kad-kad yg telah dicantum

last-last siap, abg long dapat no 1. kira oklah kan.... antara dialog-dialog..urusetia contest..

urusetia : "tahniah, anak puan dapat no. 1. nanti kita akan adakan penyampaian hadiah pada hari lain. nanti saya hubungi puan untuk tentukan tarikh dan masa. puan tunggu saja panggilan."

aku: ok. terima kasih.

selang dua hari dapat call.."puan sila dtg dengan anak puan ke Pusat O**-O** . pada 2 Jan 2011, jam 11 pagi untuk penerimaan hadiah contest no1, hadiah akan disampaikan oleh ahli parlimen shah alam"... oh okay je aku jawap.  wow hebatnya.

selang 2 hari lagi dapat sms, "puan minta maaf tarikh bagi hadiah postpone ke 3 Jan 2010, jam 5 petang". berapa banyak tukar daaa..aku cakap dalam hati...haiya..manyak susah woooo..hati berkata lagi, best sangat ke hadiah nya...ish,ish..sampai begitu teruk sekali....tukar-tukar tarikh.

kalau nak tau hadiah nya apa  cuba lihat gambar kat bawah..huhu...MEIO-MEIO bekas plastik setaraf barang kedai  RM dua hengget..ntah-ntah memang beli kat kedai dua hengget.(tafsiran aku).

 bekas Meio-Meio..kasi free pun takpe..ini tidak, berair bijik mata nak pasang kereta..memang tak berbaloi.

sesuatu yang pelik, majlis itu bukannya majlis penyampaian hadiah seperti yang diberitahu. majlis itu adalah majlis pemberian sumbangan peralatan persekolahan (bekas plastik...wakakaka) oleh yb. jadi bebudak yang masuk berbagai contest itu sebenarnya dipergunakan untuk hadir bagi meramaikan saja majlis itu. bukanlah contest sangat sebenarnya. acah mat labu je...tipah tertipu.

kalau diberitahu awal-awal tak lah menyusahkan orang nak datang dengar ceramah dan ucapan yg dah tentu berkobar-kobar...yb berjiwa rakyat..tahu susah senang rakyat..program membantu meringankan beban persekolahan..faham kehendak rakyat dan bla-bla-bla..  last-last bagi bekas plastik saja..macam melepaskan batuk ditangga..  sadis..huhu.

antara yb yang hadir..nampak macam gah..tapi indah khabar dari rupa

antara yang aku rasa tak patut dan merugikan:
1. masa, banyak jam jugaklah membuang masa
2. mata, berair bijik mata anak aku nak pasang kad jadi kereta.
3. air liur, penat ajak en asben turut serta dlm majlis kononnya penyampaian hadiah.
4. telinga, sakit telinga dengar en asben mengomen, (sempat lagi telefon penganjur bagitau jgn buat macam itu lagi, apa kelas)
5. malu, sebab-sebab yg tak dapat dijelaskan di sini....biarlah..hmmmm.

p/s: bukan tak bersyukur tapi geram bila ada orang buat helah... tipah memang tertipu.

Saturday, January 1, 2011

Lagi Artis Meninggal Dunia

salam, pembukaan tirai 2011 hari ini agak terkejut juga mendengar berita pelakon Faizal Yusof meninggal dunia, akibat serangan sakit jantung.al-fatihah buat arwah.banyak blog siarkan berita ini sebab masing-masing terkejut.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Manjalara, Adamaya dan yang terkini Tiramisu. lakonannya ok lah .., kekadang serius, adakala kelakar. beliau adalah bekas suami penyanyi siti nordiana. berusia 33 tahun.
setelah wataknya tiada, macammana agaknya kesudahan cerita tiramisu, . agak menarik juga cerita tersebut.
setelah di google dapat gambar yang ini..

perkahwinan dengan penyanyi siti nordiana

ajal tidak mengenal usia...teringat kat arwah ijam, anak kakak, 2 bulan yang lepas meninggal akibat xcident, baru berusia 21 tahun. kita pun tak tahu bila tiba masa kita. tawakkal sahajalah, sesungguhnya Allah s.w.t. itu lebih mengetahui.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...