Thursday, March 11, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Tadi pergi ke majlis sambutan Maulidur Rasul 1431H. Memang best ramai orang yang datang. Tapi macam biasalah sambutan macam ni yang datang orang bawahan je lah..nak harapkan bos2, baik diaorang meeting. meeting,meeting..tak pernah habis-habis. yelah dah diaorang bos, kenalah meeting.. dah itu keje diaorang nak buat macam mana kan (cover balik). Nanti dengar dek bos2 abis aku..black list.

Berbalik pada sambutan Maulidur Rasul tadi, interesting..tajuk ceramah 'Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah' oleh Ustaz Zahazan Mohamed (ustaz ni selalu bagi ceramah kat tv9)memang best, setakat yang aku pernah pergi ceramah tahun ni, kali ni memang best. Ceramah yang padat, jelas dan tepat. Setiap soalan dijawab dengan ringkas dan tepat. Ustaz penceramah nampak confident. I like gaya ceramah macam ni.

Okey lah antara yang dapat aku catatkan:
-Kebaikan yang kita buat mungkin akan datang kemudian, takkan datang immediately.

-Kalau nak dapatkan kasih sayang, ada 5 perkara yg kita kena buat:
..Selalu Bagi salam
..Banyak bagi hadiah tak semestinya besar2 contoh bunga sekuntum utk isteri
..Menziarahi org2 yang soleh pada waktu yg sesuai
..Hendaklah pertahankan hak sesama islam, cth jgn biar saudara seugama kita
diaibkan
..Mendoakan kebaikan utk org lain.

-Hati ada sifat2 mazmumah (sifat yg tak baik)
-Nak bersihkan hati ada 6 perkara kena buat
..Selalu baca Al-Quran
..Banyak solat sunat
..Makan secara sederhana
..Banyakkan beristifar
..Berdamping dengan orang yang soleh
..Berdoa kepada Allah

-Untuk yang belum dapat jodoh, tengah nak cari jodoh amalkan
..Bersedekah
..Sembahyang sunat dhuha
..Amalkan doa-doa Rasullah

-Hidup mesti menjadi independent untuk menjadi kuat

-Dan akhir sekali untuk memperkasa dan memantapkan ummah mestilah
..Cintakan Rasul dan mengkaji kehebatan Rasullah
..Tingkatkan amalan
..Cintakan sesama umat Islam
..Hadir ke majlis ilmu
..Banyak berdoa

Okey, itu serba sedikit ilmu yang dapat hari ini (Jumaat,penghulu segala hari)
Maybe ada yang tertinggal, rasanya k.zack pun ada buat catatan boleh kita kongsi bersama.

Sekian, untuk panduan aku insan yang selalu leka dan lalai..untuk kekawan jugak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...