Minggu lepas, kalau tak silap aku petang Selasa, sejurus aku sampai rumah (baru balik kerja la) adik berlari mendapatkan aku..
Dalam hati, ni mesti nak mengadu la sekecik ni..ni mesti kes gaduh.
Kalau tak Abang Long yang buat mesti Kak Ngah ke yang buat atau adik tak campur cuma nak bagi tau K.Ngah & Abang Long bergaduh tadi. Itu kiranya buat laporanlah.
Tapi tak, semua tu bukan. Pelik pulak aku selalunya itu yang dimengadukannya. Aku ni kekadang dah jadi macam pengadil lawan tarik tali. Tak pun pengadil sukan sumo.
Rupanya... adik cuma nak ibu cium bau kat depan rumah (garaj) busuk tak?
Ya Allah busuknya..kucing berak. Uwaa...rasa cam nak nangis pulak.
Kucing sape ni. Aku mula rasa nak marah, geram pun ada..ish sape nak cuci ni, aku?
Eeii..alamak tak sanggup aku. Pasal itulah aku memang takkan bagi anak-anak aku bela kucing, sebab yg macam ni lah..ish pening aku nih, bau nya semerbak..kalau aku dapat sejuta nak lah tahankan hidung aku..ni apa yang aku dapat..pening 2,3 hari lalu kat situ tutup hidung.
Orang lain bela kucing, aku pulak yang kena cium bau..ermmm. Jawabnya tunggu husband aku balik hari jumaat, dia selalu cuci & jirus air kat depan rumah ..dah dua kali kucing ntah sesape tu buat hal kat tempat yg sama.. husband letak sikit minyak petrol kat tempat pembuangan toksid kucing tu..lega..dalam seminggu ni tak berani pulak dia melepas lagi..huhuhu
moral of the story, kalau nak bela kucing janganlah biarkan kucing kesayangan itu buang toksid merata-rata, itu mendera orang lain namanya...
1 comment:
a'ah la ms shadow. sy pun tak suka kalau kene kes mcm ni...huwah...mau nangis!tapi kalau dpt kucing sifu Wan tu ok gak...hehehhe
Post a Comment