Thursday, March 25, 2010

Kenangan Jadi Pengawas Sekolah








Antara-antara dialog2 yg sempat copy dari facebook
Saiful Azam
heeee...anti tul aku

Halimahton Sa'diah Let ekekkkkekk

Azmi Sulaiman
beginilah nasib...diriku yg malang...oohhhh tuhan....hahahhaha

Saiful Azam
Sakit repot tulang

Yusuan Hashim unlike!!!

Zuraida Kamaruddin
ala..yusuan..jangan la gitu..azmi..bila masa lak malangnya..azam..nak susu anlene ke?..eyma ok..caya lu..

Yusuan Hashim
aku klu ada M16 masa tu....memang jadi TUGU NEGARA la..

Zuraida Kamaruddin
udah2 le yusuan oi..dendam kesumat tul ko ni

Yusuan Hashim
nie bukan dendam kesumat je....rindu dendam pun ada!!

Saiful Azam
Musuh ketat woo

Mohd Syamuail Mohd Noor
udah2 le tu. bagi C4 je terus.... hahahahaha...

Yusuan Hashim
mana mungkin aku lupakan...setiap saat ku lalu sekrg nie...ati aku tetap PANASSSSSSSSSSSSS

Mohd Syamuail Mohd Noor
buat pasai..... sat g mai pengawas haaaaaa...... lari..... hahahahahahahaaaa

Yusuan Hashim
aku klu pengawas yg datang kejar aku...aku ajak fly sekali

Lenny Marlina Jonos
teman heran gak...masa ni anti betuii teman ngan prefect.. sori aa sape2 jd prefect tu...

Azmi Sulaiman
aku ingat budak2 lelaki je.....pompuan pun sama....malang sungguh nasib diri ku.....


Errmmm...itulah antara kata-kata rakan persekolahan aku dulu. Sek Menengah Teknik Ipoh (SMTI) 20 tahun yang dulu tetap dalam kenangan.

Masih hangat lagi dibincangkan difacebook...masih ada yang anti pengawas.

Hahahaha..aku memang tak sangka sampai macam tu diaorang marah kat pengawas
wah hebat jugaklah kitaorg nih..eceh.

Walaupun pada pandangan mata kasar kawan-kawan prefect aku dulu kebanyakannya tak cukup ketinggian ,comei-comei belaka([perasan)..tetapi digeruni..wah sungguh terharu.
macam tak percaya.

Aku tak salahkan diaorang, sebab diaorang tu pun kawan-kawan aku jugak. Kalau aku jadi diaorang pun maybe aku rasa macam tu. Tapi ketahuilah yang sebenarnya kami pada waktu itu hanya menjalankan amanah yg telah diberi.

Yg paling manisnya kami prefect saling bekerjasama dan sefahaman..kena kutuk dan kena ugut..pun kami tetap maintain.. adakala senyum. Itu pun diaorang anti jugak..kalau garang,lagi lah tak tau la pulak anti yang macam mana..mau agaknya buat kelab anti pengawas..ish haru.

Kitaorang pun sebenonya gile-gile gak. Tapi cover line le beb. lakonan mantap. kami hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Kepada kawan-kawan pengawas2 ku Hajar,Baya,Ida, Hezlin, Along,Kerol Mazlina,arwah Zulfa, Ismi, Rizad, Faizul, Fendi, Azmi, Rizal, Nordin dan yang lain x ingat nak sebut, you all semua tetap dalam kenangan.

p/s: sorry la gambar kecik je copy drp. facebook hezlin. tak tau nape bila upload jadi kecik. Ingat nak edit balik klu boleh.

Kawan

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan..

p/s: bagi ms shadow kawan ialah seorang yang boleh ketawa dan menangis bersama, kongsi cerita suka dan duka, faham memahami dan boleh menerima baik dan buruk seorang kawan seadanya.

Wednesday, March 24, 2010

Berbasikal Di Bukit Cerakah





Cuti sekolah destinasi yang paling dekat di tuju Bukit Cerakah.

Fuhh! penat beb.. maklumlah dah lama tak naik basikal. Tapi penat2 pun rasa macam zaman muda kembali daa..

Dulu pegi sekolah naik basikal. Pusing-pusing kampong pun naik basikal. Kenderaan wajib pada masa itu.

Sekarang anak-anak aku dah mewarisi aktiviti tersebut.

Bukan main suka diaorang, aktiviti di masa lapang..kalau masa tak lapang pun.. contoh, tengah2 hari buta pun diaorang belasah kayuh basikal keliling rumah. Huh! Penat emak diaorg ni panggil masuk rumah..terutama abang long..kejap2 hilang . Exercise katanya.ish memang tak tau penat.

Hah! Hari ini biar ayah bawak korang pegi kayuh basikal kat bukit cerakah. Pilih lah basikal apa yg korang nak…nak kayuh berapa jam kayuhlah..

Hahahahah..anak2 aku steady je..yang nampak penat emak dan ayahnya. Empat jam woo…



Tengok sawah padi ni teringat plak kat kampong masa kecik dulu. Teringat kat arwah mak dan bapak aku. Masa kecik2 dulu selalu ikut pegi sawah atau pun panggilannya bendang. Terlompat-lompat aku takutkan pacat.






Meniti di titian usang macam lagu search dulu-dulu la pulak.





Pergi menara tinggi ..gayat..



Setelah penat dan berpanas kami lepak kejap kat rumah empat musim. Sekarang ni tengah musim bunga.





Wednesday, March 17, 2010

Pening Akibat Bau

Minggu lepas, kalau tak silap aku petang Selasa, sejurus aku sampai rumah (baru balik kerja la) adik berlari mendapatkan aku..
Dalam hati, ni mesti nak mengadu la sekecik ni..ni mesti kes gaduh.

Kalau tak Abang Long yang buat mesti Kak Ngah ke yang buat atau adik tak campur cuma nak bagi tau K.Ngah & Abang Long bergaduh tadi. Itu kiranya buat laporanlah.

Tapi tak, semua tu bukan. Pelik pulak aku selalunya itu yang dimengadukannya. Aku ni kekadang dah jadi macam pengadil lawan tarik tali. Tak pun pengadil sukan sumo.

Rupanya... adik cuma nak ibu cium bau kat depan rumah (garaj) busuk tak?
Ya Allah busuknya..kucing berak. Uwaa...rasa cam nak nangis pulak.

Kucing sape ni. Aku mula rasa nak marah, geram pun ada..ish sape nak cuci ni, aku?
Eeii..alamak tak sanggup aku. Pasal itulah aku memang takkan bagi anak-anak aku bela kucing, sebab yg macam ni lah..ish pening aku nih, bau nya semerbak..kalau aku dapat sejuta nak lah tahankan hidung aku..ni apa yang aku dapat..pening 2,3 hari lalu kat situ tutup hidung.

Orang lain bela kucing, aku pulak yang kena cium bau..ermmm. Jawabnya tunggu husband aku balik hari jumaat, dia selalu cuci & jirus air kat depan rumah ..dah dua kali kucing ntah sesape tu buat hal kat tempat yg sama.. husband letak sikit minyak petrol kat tempat pembuangan toksid kucing tu..lega..dalam seminggu ni tak berani pulak dia melepas lagi..huhuhu

moral of the story, kalau nak bela kucing janganlah biarkan kucing kesayangan itu buang toksid merata-rata, itu mendera orang lain namanya...

Friday, March 12, 2010

Cuti Di Melaka


Yes.. Malaka destinasi percutian yg menjadi favourite my 3 kids. Rasanya dah kali kedua bercuti ke Melaka. Tak jemu-jemu...

Adik : Nanti kita pergi Melaka lagi ye ibu..
Me : Kenapa? Adik suka ke?
Adik : Ye lah ibu, makannya sedap..
(Hahaha..sekecik ni lain takde makan je yg diingatnya..)
Me : Takkan sebab makan sedap je adik..
Adik : Eh..banyak lagi, bole naik beca, naik boat kat sungai, bole renang, bole
naik taming sari, bole pegi zoo naik kuda, bole pegi shopping..adik sukalah
semuanya ada, lain kali kita naik bas dua alam ye ibu..

Hah! panjang lebar penjelasan dia..tapi memang sebenarnya ibu dia pun suka gak ..hehehe boleh makan dodol Melaka. Aku memang suka dodol orang kampung lah katakan.

Seminggu kemudian husband aku kena transfer Melaka..itulah minat bebudak kekadang boleh beri petunjuk..asyik sebut Melaka je..

Antara gambar-gambar percutian di Melaka pada Disember 2009.

























Thursday, March 11, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Tadi pergi ke majlis sambutan Maulidur Rasul 1431H. Memang best ramai orang yang datang. Tapi macam biasalah sambutan macam ni yang datang orang bawahan je lah..nak harapkan bos2, baik diaorang meeting. meeting,meeting..tak pernah habis-habis. yelah dah diaorang bos, kenalah meeting.. dah itu keje diaorang nak buat macam mana kan (cover balik). Nanti dengar dek bos2 abis aku..black list.

Berbalik pada sambutan Maulidur Rasul tadi, interesting..tajuk ceramah 'Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah' oleh Ustaz Zahazan Mohamed (ustaz ni selalu bagi ceramah kat tv9)memang best, setakat yang aku pernah pergi ceramah tahun ni, kali ni memang best. Ceramah yang padat, jelas dan tepat. Setiap soalan dijawab dengan ringkas dan tepat. Ustaz penceramah nampak confident. I like gaya ceramah macam ni.

Okey lah antara yang dapat aku catatkan:
-Kebaikan yang kita buat mungkin akan datang kemudian, takkan datang immediately.

-Kalau nak dapatkan kasih sayang, ada 5 perkara yg kita kena buat:
..Selalu Bagi salam
..Banyak bagi hadiah tak semestinya besar2 contoh bunga sekuntum utk isteri
..Menziarahi org2 yang soleh pada waktu yg sesuai
..Hendaklah pertahankan hak sesama islam, cth jgn biar saudara seugama kita
diaibkan
..Mendoakan kebaikan utk org lain.

-Hati ada sifat2 mazmumah (sifat yg tak baik)
-Nak bersihkan hati ada 6 perkara kena buat
..Selalu baca Al-Quran
..Banyak solat sunat
..Makan secara sederhana
..Banyakkan beristifar
..Berdamping dengan orang yang soleh
..Berdoa kepada Allah

-Untuk yang belum dapat jodoh, tengah nak cari jodoh amalkan
..Bersedekah
..Sembahyang sunat dhuha
..Amalkan doa-doa Rasullah

-Hidup mesti menjadi independent untuk menjadi kuat

-Dan akhir sekali untuk memperkasa dan memantapkan ummah mestilah
..Cintakan Rasul dan mengkaji kehebatan Rasullah
..Tingkatkan amalan
..Cintakan sesama umat Islam
..Hadir ke majlis ilmu
..Banyak berdoa

Okey, itu serba sedikit ilmu yang dapat hari ini (Jumaat,penghulu segala hari)
Maybe ada yang tertinggal, rasanya k.zack pun ada buat catatan boleh kita kongsi bersama.

Sekian, untuk panduan aku insan yang selalu leka dan lalai..untuk kekawan jugak.

Tuesday, March 9, 2010

Sporting Punya Pasal

Alkisahnya, Sabtu yang lepas aku dan cik abang pergi acara sukan tahunan anak-anak.
Ada sikit bangga dlm hati sebab semangat kesukanan mengalir jugak dalam diri anak-anak.
Sebab apa, aku dulu pernah dapat gelaran olahragawati so semangat sukan tu masih ada sampai saat ini, senang cerita sampai dah anak 3. Mesti ada yang tak percaya, memang patut pun, tengok orangnya kecik saja..kecik-kecik cili api..semangat kental beb…

Macam mana semangatnya anak-anak aku, macam itulah juga aku..nasib baik aku cool saja..kalau tidak.. takut aku pulak yang masuk trek berlumba lari dengan bebudak...haru.

Boleh tahan jugak anak-anak aku berlari…hehe macam emak dia,sapa lagi…. tiba-tiba cik abang aku pulak buat pengakuan dia dulu pun atlet sekolah..aduh macam tak percaya je.

Tibalah pulak acara untuk ibu-ibu dan bapa-bapa..apalagi aku pun bagilah nama aku, cik abang aku tu pun aku paksa masuk sebab nak bagitau anak2 diaorang ada ibubapa yang sangat sporting.

Acaranya tak susah tarik tali aje, ibu-ibu lawan dengan cikgu perempuan, bapa-bapa lawan dengan cikgu lelaki, itu kata pengacara. Bagi aku pulak, takde sakit cari penyakit, cikgu-cikgunya punya badan.. mak oii.. kus semangat.. baik lelaki maupun yg perempuan…big-big belaka kalau nak berentap lumba lari bolehlah aku menang,.. ni tarik tali..confirm lintang pukang kalah. Apa nak buat nama dah bagi..Sporting punya pasal..layannn..

sedang mencari posisi yang sesuai..

Seperti yang dijangka..walaupun dapat sokongan padu dan tak berbelah bagi drpd anak-anak, kalah tetap kalah…habis semua rebah, baik ibu-ibu mahupun bapa-bapa. Bagi aku biar kalah asalkan sporting dan yg paling penting anak-anak aku happy.

Adus….sakitnya satu badan..tak terkata… bisa-bisa beb.. nak angkat tangan kanan pun tak boleh..dah 4 hari ni..macam nak demam pun ada, demam urat agaknya. Terpaksa telan panadol tahan sakit…pastu..buat-buat tak sakit.


penuh dengan semangat waja cik abang aku nih...the ankle man



abang long ketua bawak bendera rumah ungu..tiru michael jackson pakai sarung tangan putih.



bersedia untuk berlari 4x100meter..2 dari kanan abg long


Kak Ngah baru turun tangga ambik hadiah

Ni baby(kiri) tengah asyik dengan kawannya..

Monday, March 8, 2010

Akhirnye...

Alamak..baru nak start blog dah tulis tajuk akhirnye..apa ni? Hahahaha..
Yang sebenarnye tajuk itulah yang memulakan aku menulis ni..mana tidaknya..
Dah berapa lama aku nak mula, tak bermula-mula lagi…blank,blank,blur tak tau ape nak tulis.

Itu je jawapan yg aku bole bagi pada ms pearl (cifu) & cik nab (assistant cifu) & cik nat (bdk praktikal yg cun)..TAK TAU NAK TULIS APE jawapan standard aku buat masa ni.

Bukan setakat tak tau nak tulis ape.. lebih sakit lagi nama blog dan nama pena pun x de idea nak letak, aduiss..cam tak jadi je nak berblog. Cewah ’berblog’ macam le rajin sangat nak menulis..Nak mulakan satu entry pun susah..hehehehe.

Alasan seterusnye..tak leh nak focus..tengah banyak keje..bla..bla..& bla..

Orang ade blog die pun nak ade jugak..tapi byk pulak alasannye..
lantak ko la shida oii…tinggallah ko..ye.. betul tak cik nab a.k.a my3princess.

Aku sebenarnye memang suka sangat baca blog2 orang nih..abis sehari suntuk klu diikutkan hati..minat nak menulis tu memang tak de.

Tapi tah camne, teringin pulak nak ade blog..dah sampai seru agaknye..tu yg terhegeh-hegeh duk cari ms pearl aka sifu yg memang dah advanced dlm selok belok berblog ni..ingat lagi hari terakhir ms pearl di pps..missed you hani and your princess yg pandai cakap omputih tu (geram rase nak cubit je pipinye).

Thank you so much ms pearl atas kesabaran memberi tunjuk ajar sebagai panduan untuk akak meneruskan usaha yang tak seberapa gigih ni, akhirnye ade blog jugak..
Kepada nab..bantu lah rakan mu ini yang baru nak belajar..(nab dah maju) terima kasih jugak atas dorongan dan kata-kata semangat..cewah..

Kepada anak2 ku tersayang..nanti kite sama-sama tulih kat blog ni ye..itu janji kite, ingat tak..

Tak lupa jugak kepada Mr Archangel a.k.a PoKeMon Anuar yang memberikan idea yg cukup bernas bravo bro! Jasamu di kenang klu tak… takkan ade Ms Shadow…lalalala..

Dan kepada Syazwan a.k.a iwenz tima kasih banyak2 di atas pertolongan menyelesaikan masalah berbangkit pasal template blog ni..bravo

dan kepada aszil dan k.sariah bile lagi nih..(berblog kite)

AKHIRNYE....terima kasih banyak-banyak kepada yang terlibat secara langsung atau tidak...heheheheh panjang plak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...