Thursday, February 24, 2011

corat-coret

pagi ni, tetiba datang mood nak baca berita di surat khabar. apalagi merayau lah cari suratkhabar, tapi yang online sajalah, gunakan lah kemudahan yang ada..haha jangan gunakan kemudahan yang bukan disediakan untuk kita. contoh, toilet untuk oku, tapi yang selalu duk masuk orang bukan oku yang dah ada kemudahannya sendiri. tapi hakikatnya aku pun selalu masuk tandas oku...hehe.rasanya kat tempat kerja aku nih takde orang oku, tapi ramai yang cuba jadi oku...

antara berita yang sempat dibaca, aku highlight kan mana yang suka kat sini:

1. Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu



KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas..Kosmo
komen aku - Alhamdullillah...bertambah lagi seorang saudara.

2. Safee mula menyengat
PENYERANG kebangsaan Malaysia, Mohd. Safee Mohd. Sali mula mengukir nama di bumi Indonesia. Meskipun masih belum beraksi secara rasmi dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL), namun dia mula memperlihatkan kualiti sebagai pemusnah di jentera serangan.
Semalam, Safee menjaringkan dua gol pada aksi persahabatan pertamanya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.-Kosmo
komen aku - baguslah kalau macam tu satu keputusan yang bijak jika ada keyakinan untuk melangkah, go Safee go!

3.  Harga RON 95, diesel tidak naik
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam. -Kosmo
komen aku - baguslah jugak kalau dah janji macam itu. jangan nanti cakap saja tapi lepas tu naik jugak. bukan boleh percaya sangat bapak si dafi ni. cakap berbelit.

4. Bank Rakyat untung RM1.72 bilion
KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.72 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, peningkatan sebanyak 10.8 peratus berbanding RM1.55 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.-Kosmo
komen aku- hehe dapatlah jugak beberapa hengget dividen nanti dari simpanan aku yang ciput.

ok cukup lah dulu aku komen berita-berita yang aku baca, takkan nak komen satu surat khabar pulak. yang lain boleh baca sendiri.

Wednesday, February 23, 2011

Syabas Skuad Negara


siang tadi prince halilintar ada bagi info pasal perlawanan pra kelayakan olimpik london 2012. siap suruh ramal, dengan confident smj ramalkan malaysia menang 2-0. ramalan ku benar belaka. syabas kepada skuad olimpik malaysia yang berjaya membenam cabaran pakistan 2-0  dalam perlawanan pra kelayakan olimpik london 2012 itu . gol skuad muda negara ini dijaringkan oleh wan zaharul nizam & mohd irfan fazail.

2 gol  yang dijaringkan  pasukan kita merupakan gol cukup cantik terutama gol pertama rembatan kencang dari luar kotak penalti . seorang pemain pakistan dilayangkan kad merah kerana menendang khairul fahmi a.k.a apek secara sengaja ditempat yang agak sensitif bagi orang lelaki. mesti makwe apek tengah risau ni. nasib baik apek boleh beraksi semula selaku penjaga gol harapan dan kapten pasukan skuad malaysia pada malam ini.  malaysia juga sepatutnya memanfaatkan peluang menjaringkan lebih banyak gol selepas pakistan bermain dengan hanya 10 pemain. tapi mereka dah cuba yang terbaik. skuad malaysia menunjukkan satu permainan yang bertenaga dan penuh taktikel..oklah tu..

selamat berjuang di lahore pakistan pada 9 mac 2011 round yang kedua. semoga berjaya..

lately semakin minat nak tengok pasukan bola malaysia beraksi. diaorg main dah bagus... balik kerja laju-laju, mandi, solat, makan semua laju-laju.. sebab nak tunggu siaran langsung 8.45 mlm...kalau dah menang tu laju-laju tulis entri pasal malaysia menang. sebelum ini pun ada komen pasal malaysia menang, klik di sini,
di sini, dan di sini.

Tuesday, February 22, 2011

Jom Ber'Faceblog'

Jom kita ber 'faceblog' sosial cara blog. Selalu orang berbuku muka saja tapi sekarang dah ada muka blog pulak. tak kisah da..ikut saja aliran.
terima kasih kat  prince halilintar 
 kerana memperkenalkan dan mengajar tentang nak join faceblog ini. rakan smj CAH pun dah join...hebat. jom kita ramai-ramai join..pink itu menarik..hehe teringat kat skuter kaler pink yang dalam mimpi itu. kita dengarkan apa kata penaja seterusnya pasal faceblog ini..di bawah. terima kasih tuan punya Faceblog.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit 
 

Saturday, February 19, 2011

Suka Dengar Awan Nano?

~Awan Nano~
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

~Hafiz~

terpaksa letak lagu hafiz ini, sebab suka..ha ha tapi sebenarnya tiada siapa pun paksa, sendiri suka.tiada paksaan langsung. aku memang tak suka nak letak music box ni sebab bingit blog jadinya. kekadang terkejut, bila bukak-bukak blog terus keluar lagu.. kekadang volume terkuat, terkejut aku dan termalu-malu kat orang keliling, itu kalau kat ofis la. .kalau kat rumah takpe gak.... kalau lagu sedap layan sajalah. kalau tidak cepat-cepat keluar dari blog...tak sempat nak baca habis entri, itu risiko kalau kita pasang lagu yang orang tak suka. dan orang tak boleh fokus pada pembacaan. silap-silap orang tak nak masuk blog lagi. tapi aku tak pernah pulak serik nak masuk blog yang ada muzik, yang penting entri...itu terpulang lah pada tuan punya blog kan, blog masing-masing. suka hatilah kan. buatlah apa yang sendiri suka...ada apa kisah..ikut selera masing-masing.  

tapi kali ini aku tak kira, sebab minat dengan lagu awan nano-hafiz ini aku taruk gak. kalau tak suka bole stopkan....he he simple je..

Tuesday, February 15, 2011

Lelaki Lebih Mudah?

mudah nya jadi orang lelaki ni, itu kata orang perempuan. kalau kata orang lelaki pulak, mudah betul jadi orang perempuan. tapi kan sebenarnya dua-dua bukan mudah. masing-masing ada peranan tersendiri tentang hidup.

cuma yang membezakan orang lelaki dan perempuan mungkin cara menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah. orang lelaki suka menyelesaikan masalah dengan sesuatu keputusan yang pantas, tanpa perlu untuk memikir-mikir dan menyemakkan kepala. orang perempuan lebih complicated jika ada sesuatu masalah. bagi lelaki setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. bagi orang perempuan lebih suka mencari punca atau sebab-sebab yang berkaitan. itu sebab perempuan banyak pikir. tapi untuk bab-bab shopping atau suka-barang-barang cantik perempuan dikecualikan daripada bab pikir-memikir ini. itu memang tak pikir panjang punya..ha ha

aku bukannya apa, sebab dah ada contohnya depan mata, contoh yang terdekat siapa lagi kalau bukan en.asben aku sendiri. ada ke patut semalam aku mengadu lah kat dia pasal anak-anak lambat bagi respon kalau kita minta pertolongan dari diaorang. samada tak tolong atau tak buat langsung atau buat-buat tak dengar saja. arrrgg..stress kekadang. pada tafsiran akulah, bebudak sekarang ini banyak sangat medium elektronik tv dan komputer yang menganggu fokus. tv saja dah berapa banyak saluran yang ada. macam mana nak melayan permintaan kita , deria penglihatan lebih digunakan daripada deria pendengaran, betul tak?

tapi en.asben aku pulak, lain yang difikirkan nya, nak tau apa kata dia? ni nak cerita pasal benda yang agak geli sikit kat sini.

"abg rasa kita kena bagi diaorang ubat cacinglah, mungkin diaorang malas sebab ada banyak cacing"
'ya, Allah cacing la pulak.." kata hatiku.

en. asben sambung lagi "diaorang tak pernah makan ubat cacingkan, mungkin kena bagi sekali-sekala ni" katanya terus membuat conclusion.

"errrr..ya la kut tak pernah makan lagi" aku jawab dengan nada confuse, apa kaitan malas dengan cacing. aduyai..

sejurus dia pergi farmasi, beli ubat cacing 3 botol, untuk anak 3 orang. suka hati lah...mungkin ya. so, operasi membenteras cacing bermula. lepas tu nak tau ke pulak dia buat apa lagi?  ambik cotton bud, korek telinga anak-anak sebab mungkin banyak taik telinga, takut tak dengar bila dipanggil. adeh.. en.asben ni bab anak-anak dia lah selalu potongkan kuku dan korek telinga.

daripada itu aku terpikir lelaki lebih kepada pemikiran bercorak teknikal dalam mencari penyelesaian. banyak kali jugak asben menegur, menasihati dan mendenda anak-anak, tapi kali ini beli ubat cacing agak melucukan aku rasa. takpelah dia nak buat macammana pun janji dia sayang dan ambik berat pasal anak-anak.

p/s: agak-agaknya ada kaitan ke, cacing dan malas..?

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Maulidur Rasul 1432-H / 2011-M

Assalammualaikum wbt dan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam walau di mana berada kerana kita semua sama, umat nabi Muhammad SAW. 

sumber google


Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.


‎​ســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ



Sunday, February 13, 2011

jatuh skuter

sakit betul aku jatuh motor semalam. eh skuter lah bukan motor. tapi motor dengan skuter kan sama saja. tak ingat sangatlah..hehe. skuter warna pink, cantik sangat pada pandangan mata aku. berkilat-kilat pulak tu dan sangat comel skuter itu. memang sesuai benar dengan aku. tapi entah macammana boleh terlanggar dengan motor lain. adeh sakit betul rasanya...tetiba skuter ku hilang... aku keliru, rupanya.......
aku cuma bermimpi.

tak sangka boleh mimpi bawak skuter. ini mungkin gara-gara terpikir semasa sedang memandu kereta pada waktu siangnya. masa itu bawak kereta, jalanraya menuju ke uitm agak sesak, tambahan semua menuju ke satu arah yang sama lokasi konferen di DATC. masa itulah terpikir, kan senang kalau bawak motor. boleh mencelah-celah, mesti dah sampai cepat. parking pun boleh dekat dengan dewan. tak payah jalan jauh-jauh. tak sangka malam boleh bermimpi bawak skuter..nasib baik mimpi bawak skuter, kalau bawak harley davidson lagi sakit. haha..

p/s: kesian dengan nurul motor dia hilang orang kebas..dugaan tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...