Monday, March 28, 2011

Adakah Pemandu Wanita Berbahaya?

Pemandu wanita berbahaya? Di celah kesibukan dan kepeningan ini agak tertarik juga dengan laporan daripada surat khabar hari ini untuk dibaca dan seterusnya nak komen sikit pasal dakwaan suami pelakon cantik manis zizie izzette (betul ke ejaan ni?). pemandu wanita bahaya ke? pada pandangan smj bukan jantina yang menjadi faktor...kita perlu melihat dari konteks yang lebih luas bukan setakat melihat jantina sahaja. satu kajian perlu dibuat sebelum kita mengeluarkan kenyataan. kalau tiada kajian sesuatu kenyataan itu lebih kepada persepsi..jadi persepsi yang telah dibuat di sini ialah pemandu wanita berbahaya..tapi tiada fakta yang dikeluarkan. bagi smj pengalaman, mementingkan keselamatan, mengikuti peraturan, tahap kesabaran, pengetahuan tentang kenderaan dan cara pemanduan serta pengawalan kenderaan serta tahap kesihatan diri yg baik sebenarnya adalah konteks yang patut diambil kira bukan hanya jantina.
apa-apapun kelajuan boleh membawa maut.

Bagi sesiapa yang baru dapat lesen memandu, haruslah selalu berlatih memandu ditempat-tempat yang tidak sesak supaya tidak mengganggu kenderaan lain. dari situ baru boleh mengawal kenderaan bila berada dijalan raya yg sibuk. teringat 16 tahun yg lalu walaupun smj dah dapat lesen tetapi tetap terus berlatih memandu. antara lokasi smj berlatih memandu, tempat parking stadium shah alam dan laluan ke bukit cerakah..takde pun orang nak hon-hon...

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.
Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.
‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.
‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.
‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.
Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.
‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.
Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

p/s: bas ekpress yang selalu terbabas, tergolek dan terjatuh gaung itu wanita ke yang pandu? tanya je..

4 comments:

Prince Halilintar said...

sebenarnya sikap diri sendiri ketika memandu adalah punca utama bukan sebab jantina...pendapat prince la..

shida mj said...

betul tu prince, sikap sendiri bukan jantina..apala kan

Bunga said...

xkira laki pompuan..tengok sikap masing2 la..

shida mj said...

setuju dengan bunga dan prince.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...