Wednesday, February 23, 2011

Syabas Skuad Negara


siang tadi prince halilintar ada bagi info pasal perlawanan pra kelayakan olimpik london 2012. siap suruh ramal, dengan confident smj ramalkan malaysia menang 2-0. ramalan ku benar belaka. syabas kepada skuad olimpik malaysia yang berjaya membenam cabaran pakistan 2-0  dalam perlawanan pra kelayakan olimpik london 2012 itu . gol skuad muda negara ini dijaringkan oleh wan zaharul nizam & mohd irfan fazail.

2 gol  yang dijaringkan  pasukan kita merupakan gol cukup cantik terutama gol pertama rembatan kencang dari luar kotak penalti . seorang pemain pakistan dilayangkan kad merah kerana menendang khairul fahmi a.k.a apek secara sengaja ditempat yang agak sensitif bagi orang lelaki. mesti makwe apek tengah risau ni. nasib baik apek boleh beraksi semula selaku penjaga gol harapan dan kapten pasukan skuad malaysia pada malam ini.  malaysia juga sepatutnya memanfaatkan peluang menjaringkan lebih banyak gol selepas pakistan bermain dengan hanya 10 pemain. tapi mereka dah cuba yang terbaik. skuad malaysia menunjukkan satu permainan yang bertenaga dan penuh taktikel..oklah tu..

selamat berjuang di lahore pakistan pada 9 mac 2011 round yang kedua. semoga berjaya..

lately semakin minat nak tengok pasukan bola malaysia beraksi. diaorg main dah bagus... balik kerja laju-laju, mandi, solat, makan semua laju-laju.. sebab nak tunggu siaran langsung 8.45 mlm...kalau dah menang tu laju-laju tulis entri pasal malaysia menang. sebelum ini pun ada komen pasal malaysia menang, klik di sini,
di sini, dan di sini.

1 comment:

Prince Halilintar said...

lepas ni smj boley la predict perlawanan kat lahore nanti...hehe.teka jangan tak teka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...