Wednesday, April 21, 2010

Kenapa politik?

"Kerana politik lah Melayu masih menjadi Perdana Menteri, kerana politik lah Melayu dibantu bangunkan ekonomi, kerana politik lah anak Melayu berpelajaran tinggi, kerana politik lah Melayu masih wujud di bumi Malaysia ini..." . dengan izin Allah ta'ala & ikhtiar pejuang2 kemerdekaan dulu hingga sekarang. Kita merdeka.

Begitulah penting nya politik disesebuah Negara. Politik itu juga kuasa. Itu sebab melayu kena berkuasa dalam politik. Boleh tegakkan agama islam, boleh pertahankan hak ekslusif melayu yang ciput je..semua tu ada dlm perlembagaan. Kalau tak pegang kuasa politik, anytime diaorang boleh pinda perlembagaan. Habis kita camne..? dahlah ekonomi pun kita tak pegang..apa lagi yang tinggal… Itu yang orang melayu kena kuat dalam politik.

Kenapa sebut bangsa melayu, sebab bangsa melayu kat Malaysia ni la yg akan pertahankan Islam, bangsa, raja dan negara. Nak harapkan mualaf pertahankan islam, berapa ramai bangsa lain yg peluk islam? Dapatkah meraka pertahankan islam sedangkan mereka bukannya ramai. Dengan tuntutan yg bukan2 sekarang ni orang islam kena kuat bersatu. Biar orang ikut cakap kita, bukan kita yang kena ikut cakap orang.
Hehe.. aku bukan org politik dan bukan jugak rasis tapi rasa terpanggil nak tulis. Ada orang yang tak kesah. Tapi aku ada sikit rasa kesah. Mana boleh tak kesah langsung. Takut akan datang iika tak ada kesedaran ini anak cucu kita lupa..

Orang politik sama je..memang le sama. Cuma yang beza nya agenda politik masing2. Takkan berpolitik sebab nak jadi PM je. Abis, agama bangsa dan negara camne…serius ni.

Tadi pergi Putrajaya, errmm…..pesat dengan bangunan kerajaan, cantik dan moden patutlah ada yang mengidam nak sangat ke putrajaya..dengan hasil tungkus lumus orang lain.. cuci kaki je.. nak jadi PM semudah itu..mana boleh!. So, orang2 politik di luar sana pandai2 lah berpolitik..betulkan mana yang silap, jangan berpecah belah, jangan pulak asyik berpolitik sampai lupa tanggungjawab.

Cukup lah sekadar luahan pendapat, dari bukan yang berhormat ini. (pendapat atau bebelan ntah le..hehe).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...