Wednesday, April 28, 2010

Paku dulang paku serpih..

Aku dapat topik ni time tengah sibuk..tapi aku terima dengan hati terbuka..
berat topik ni..

Geli hati aku..masa menaip nih..tersengih-sengih sendiri... Aku sahut cabaran kak sar supaya aku tulis topik ni. Nak tergelak pun ada..kak sar memang kelakar, cik nab dia bagi tugasan lain..kes lain..katanya..hahaha..agihan yang sama rata.

Kita hidup ni jangan terlalu mencari salah dan silap orang lain. Semua salah orang nampak, silap sendiri rupanya lagi banyak.

Ibarat paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.. peribahasa yang seakan sama ibarat menepuk air di dulang terpecik muka sendiri...betul ka? kalau salah tolong betulkan..

Mula-mula nak bagi contoh la sesape yang berkenaan tapi tak jadi..
Kita kena menjaga aib orang. Tapi itu yang kita fikir. Bagi yang suka cari salah orang dia tak pikir macam tu.

Moral of the story kita kena tengok diri sendiri dulu (muhasabah diri) sebelum cari salah orang. Kalau rasa perfect sangat bolehlah nak kenakan orang. Tapi kalau semua cerita ada dalam poket aku.. jangan cuba nak cari pasal dengan aku..hehehehe awas!

Tuesday, April 27, 2010

Pelik tapi benar

Aku nyaris hilang kawan, 2 hari yang lepas..
Pelik tapi benar..kawan aku tu en. ehem ehem, buat dek je, cakap tak nak,
menegur pun tidak, muka ketat semacam. ish takut..

Nak tau kenapa? ni semua gara-gara zaid ibrahim kalah.. tu yang jadi macam tu.
Aku tak tau kenapa dia frust sangat.. bukannya kena potong gaji pun..

Habis hangin satu badan..agak nya sakit betul hatinya..
Tak pe orang yang macam ni kena biar kan dia reda dulu..lepas sehari dua eloklah tu.

Kalau tak elok juga.. takdelah kawan aku kerja masa konvo nanti. ish tak best lah. Si polan ni satu kepala, gila-gila, sporting dan sangat selamba orang nya..tak tau kenapa tiba-tiba berperangai pelik..

Hari ini nampak keadaan dah kembali normal. Tension dia dah hilang agaknya.

Sunday, April 25, 2010

Sebab Ada Blog

Ada beberapa sebab kenapa saya ada blog

• Sebab dah register blog..hehe

• Pandai menulis – bukan. ….saya memang tak pandai menulis

• Nak simpan gambar-gambar kenangan, betul jugak.

• Nak tunjuk lagak, oh tidak sama sekali saya sangat merendah diri dan pemalu orangnya.

• Sebab minat, minat datang bila tengok kawan-kawan ada blog itu satu dorongan

• Nak lepaskan geram atau yang terbuku, mungkin…. akan datang siapa tahu.

• Nak cakap sinis..rasanya belum pandai lagi..jaguh kampong hanya pandai bercakap dengan diri sendiri saja..belum tahap global.. akan datang siapa tahu..

• Supaya tak kelihatan poyo..kurang sesuai kalau semua nak cakap kat bukumuka(fb)..lebih baik rasanya ada blog sendiri..blogger picisan yang syok sendiri.

• Sebab politik..taklah, tak tau nak tulis..sebab saya patriotik bukan org politik.

• Nak jadikan macam diary.. tidak sama sekali, bosan lah takkan semua benda nak cerita, hal-hal yang terlalu peribadi baiklah disimpan tak yah kongsi.

• Sebab template blog banyak yang cantik-cantik…suka.

• Dan yang last sekali ada blog sebab ikut kata hati saja..sekali-sekala teringin
nak menulis..itu je..yang penting hati gembira.

Wednesday, April 21, 2010

Kenapa politik?

"Kerana politik lah Melayu masih menjadi Perdana Menteri, kerana politik lah Melayu dibantu bangunkan ekonomi, kerana politik lah anak Melayu berpelajaran tinggi, kerana politik lah Melayu masih wujud di bumi Malaysia ini..." . dengan izin Allah ta'ala & ikhtiar pejuang2 kemerdekaan dulu hingga sekarang. Kita merdeka.

Begitulah penting nya politik disesebuah Negara. Politik itu juga kuasa. Itu sebab melayu kena berkuasa dalam politik. Boleh tegakkan agama islam, boleh pertahankan hak ekslusif melayu yang ciput je..semua tu ada dlm perlembagaan. Kalau tak pegang kuasa politik, anytime diaorang boleh pinda perlembagaan. Habis kita camne..? dahlah ekonomi pun kita tak pegang..apa lagi yang tinggal… Itu yang orang melayu kena kuat dalam politik.

Kenapa sebut bangsa melayu, sebab bangsa melayu kat Malaysia ni la yg akan pertahankan Islam, bangsa, raja dan negara. Nak harapkan mualaf pertahankan islam, berapa ramai bangsa lain yg peluk islam? Dapatkah meraka pertahankan islam sedangkan mereka bukannya ramai. Dengan tuntutan yg bukan2 sekarang ni orang islam kena kuat bersatu. Biar orang ikut cakap kita, bukan kita yang kena ikut cakap orang.
Hehe.. aku bukan org politik dan bukan jugak rasis tapi rasa terpanggil nak tulis. Ada orang yang tak kesah. Tapi aku ada sikit rasa kesah. Mana boleh tak kesah langsung. Takut akan datang iika tak ada kesedaran ini anak cucu kita lupa..

Orang politik sama je..memang le sama. Cuma yang beza nya agenda politik masing2. Takkan berpolitik sebab nak jadi PM je. Abis, agama bangsa dan negara camne…serius ni.

Tadi pergi Putrajaya, errmm…..pesat dengan bangunan kerajaan, cantik dan moden patutlah ada yang mengidam nak sangat ke putrajaya..dengan hasil tungkus lumus orang lain.. cuci kaki je.. nak jadi PM semudah itu..mana boleh!. So, orang2 politik di luar sana pandai2 lah berpolitik..betulkan mana yang silap, jangan berpecah belah, jangan pulak asyik berpolitik sampai lupa tanggungjawab.

Cukup lah sekadar luahan pendapat, dari bukan yang berhormat ini. (pendapat atau bebelan ntah le..hehe).

Sunday, April 11, 2010

Tahniah Adik!

Hanya Adik & K.Ngah, Abg Long ada tuisyen tak dapat pergi.

Adik nampak cool je..

Tada..adik macam nak naik bulan.



Sabtu, 10 April 2010, telah berlangsungnya "JUNIOR TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2010" anjuran Nestle Koko Krunch di Stadium Badminton Cheras, KL

Ibu, ucapkan tahniah pada adik bukan sebab adik menang pada hari itu. Adik tak dapat ke pusingan seterusnya.., itu ibu tahu, ayahpun tahu. Adik kuat semangat dan berani itu yang ibu & ayah nampak. Adik kena bertanding dengan budak besar. Dari segi fizikal pun dah nampak. Tapi adik tak takut pun lawan dgn budak besar.

Takpe adik.. itu semua pengalaman, yg penting adik cuba. Itu pengalaman pertama adik. Lain kali adik cuba lagi. Syabas! anak ibu.

Ibu nak ucapkan happy belated birthday kat adik jugak. 5/4/2010 tak teringat nak tulis kat blog hari itu.





p/s : kak ngah jangan lah jeles, emak cerita pasal adik@baby, nanti emak tulis pasal kak ngah pulak..tengah kumpul gambar k.ngah & abg long..klu emak ada idea + ada mood menulis nanti emak tulis.

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi pergi tak kembali

Pagi tadi terkejut bila dengar berita Din Beramboi pergi buat selama-lamanya. Al-fatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..Amin.
Nak buat macam mana kan..ajal maut di tangan Allah..
Bila Allah kata nak cabut nyawa..Dia cabut...Dia Maha Berkuasa ke atas sesuatu

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.(Ali Imran:185)

Cuma yang terkilannya tak ada lagi lah orang yang memeriahkan pagi aku,

Siapa lagi yang nak bagi tergelak terkekek-kekek waktu pagi di radio Era lepas ni..

Entah kenapa dlm sebulan dua aku memang suka dengar era sebab nak dengar arwah din beramboi dan aznil riuh di pagi era. Wlpun org kata era bukan no 1 lagi.. tapi ntah aku suka dengar era sebab din beramboi dan aznil ni lucu orangnya. Takkan ada pengganti nya lagi. Sedey..

Ramai akan mengingati beliau sampai bila-bila..aku yakin.

Dah pun 37 tahun

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi hari ini 2.4.2010 genaplah umur ku yang ke 37 tahun.Rasa cepat betul masa berlalu. Tak sangka dah pun 37.

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana aku diberi kesihatan yang baik, ada anak2 dan suami yg aku boleh sayangi dan menyayangi aku, masih ada rezeki yang cukup untuk terus menjalani kehidupan yg penuh dugaan.

Bersyukur ada kawan-kawan yang sporting dan menghiburkan hati dikala hati gundah gulana wlpun aku selalu cover kalau ada masalah memang diaorg pun x tau sebab aku selalu happy bersama mereka. Kekadang aku lupa masalah sendiri sebab orang lain lagi bermasalah. Sekurang-kurangnya aku bole mengawal perasan aku sendiri.

Dulu memang ye, selalu sgt emosi..tapi sekarang..kuranglah.. umur pun dah 37. Pengalaman banyak mengajar.

Hari ni katakan apa saja pasal diri aku, aku terima seadanya..sebab?
yang baik datang dari Allah s.w.t, yang tak baik adalah diri aku sendiri. aku cuba perbaiki kelemahan diri.

Sekarang aku lebih fokus untuk membesarkan anak-anak. Bagi aku anak2 adalah permata hati aku yang tak ternilai. Love you all very much, abang long, kak ngah dan baby. jangan nakal2 tau, kalau nakal nanti emak rotan hehe.. garang nih.!

p/s : kepada yang wish me happy birthday di facebook atau pun secara live diucapkan berbanyak2 terima kasih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...