Tuesday, October 19, 2010

Mari Belajar Tentang Hon

Kalau nak tau tentang bunyi hon baca kat bawah nih. edisi copy & paste lagi..huhu

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…



Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!


Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?


Percaya atau tidak…


Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.


Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe


?          1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”


?          2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”


?          3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)


?          1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan


?          2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”


?          4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap; 

.
.
.
.
. 
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”


 

Thursday, October 14, 2010

Sila Ambil Perhatian Kepada Wanita-Wanita

salam..baru terima email dari kak sari..di celah-celah kesibukan, ini saja yang sempat . copy & paste..huhu

Sila ambil perhatian kpd sume kgkwn ku..


Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.

P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

Wednesday, October 6, 2010

Ish...Buang Mayat Merata-rata

MELAKA – Polis menahan seorang wanita selepas mengesyaki dia bukan sahaja menyembunyikan kematian suaminya akibat sakit tua malah bertindak membuang mayat suaminya itu ke dalam semak dalam kejadian di Kampung Solok Pantai Batu 4, Batu Berendam di sini Sabtu lalu.

Wanita yang mengalami masalah mental berusia 45 tahun itu ditahan pagi semalam apabila rahsianya itu terbongkar selepas penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk terjumpa mayat Abdul Halim Manan, 70, yang disumbat di dalam plastik berwarna hitam.

Difahamkan, jarak antara rumah mangsa dengan kawasan pembuangan itu hanya 50 meter.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Supritendan R. Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita tersebut telah membuang mayat suaminya pada Sabtu lalu dengan mengheretnya ke kawasan semak.

“Ada penduduk mendakwa ternampak wanita itu mengheret beg plastik hitam pada pukul 12 tengah malam Sabtu lalu tetapi tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah mayat suaminya ditemui pukul 7.30 pagi tadi (semalam).

“Siasatan awal kita mendapati ketika itu suami mangsa baru sahaja meninggal dunia dan wanita tersebut bertindak sedemikian kerana tidak tahu hendak buat apa,” katanya yang memberitahu pasangan itu hanya tinggal berdua di situ.

p/s: Oh sakit mental rupanya, patutlah buang mayat merata-rata..ingat kan orang buang bayi je merata-rata..warga emas pun dibuang..adeh…letih.

Wednesday, September 29, 2010

Under Maintenance

salam..
announcement !!
blog ku kini under maintenance...awas!!!!
operasi akan dijalankan selepas proses baik pulih





p/s: hehe...bukan under maintenance..blog tak buat apa2pun..nak cover je..ahaks..momentum menulis hilang di celah-celah open haus dan blog direhatkan utk sementara.

Wednesday, September 22, 2010

'Saya tetap sayang dia'

salam..aku tak sangka ada jugak seorang ibu yang masih mempunyai perasaan amat sayang kepada seorang pembunuh zuriat dia sendiri. memang tak berhati perut, sama kejam dengan pembunuh anaknya. patut dia didakwa bersubahat membunuh atau dihukum bersekedudukan dengan teman lelakinya..baru lagi adil.  mungkin tempat yg terbaik untuk arwah adik humairah bukanlah di sisi ibu kandungnya, tapi di sisi Allah swt..tuhan lebih mengetahui...Al-Fatihah

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.

Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.



Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.


Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.


Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.


“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.
Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.



Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.


Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.


Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.


Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.


Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.


Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.


“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.


Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.


Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.


"Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,” katanya.


Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.

Tuesday, September 21, 2010

Masih Beli Kuih Raya

raya dah nak dekat 2 minggu pun kena beli kuih raya lagi….haha… inilah pengalaman pertama tak balik kampung beraya..hari raya tahun ini kami suami isteri sepakat tak balik mana-mana kampung. baik kampung suami di pontian mahu pun kampung aku lambor kanan. dua-dua tak balik senang cerita. walau pun aku nampak okay..tapi ..huwaaaaa gua rindu nak balik kampung jumpa adik-beradik..boleh borak ramai-ramai dan borak banyak-banyak sampai tak ingat anak dan suami…itulah tradisi kami adik beradik..biar apa-apa asalkan boleh bersembang..kehkeh. itu yang kekadang suami aku tak paham..takpalah bang, tak paham tidak mengapa asalkan sporting.. kasi chance lah kitaorang bukan selalu berjumpa. ..emak bapak pun dah takda. kesian kan..anak yatim piatu.

berbalik pasal beli kuih raya..ermmm memang tak pernah dibuat kuih raya habis. minggu pertama hari raya rumah aku diterjah oleh kengkawan anak aku. ada yang datang ikut shift. segala stok kuih yang aku order dengan kawan-kawan ofis hampir menunjukkan penyusutan yang ketara. yang dah habis pun ada. itu yang aku start beli kuih-kuih raya yang jumpa dimana-mana..yang sama rasa tapi lain-lain bentuknya. ..terpaksa… ada jugak yang boleh dicapai kalau ada orang datang lagi, sementara aku nak menggoreng-goreng stok apa yang ada di dalam peti ais..biasanya apa-apa saja yang sempat. bersyukur suami sekali-sekala rajin membantu dalam bab menyediakan hidangan mee goreng dengan kadar segera..dia lagi cekap..huhu. ..itu belum lagi bab laksa johornya. pening bila dengar tips dia memasak laksa johor..macam susah je, tapi sebenarnya senang saja..hahah. jangan takut mencuba pada yang nak mencuba. nanti senang-senang aku bagi resepi buat laksa johor edisi husband ku..

datang beraya beserta pakej karaoke..

karaoke di ketuai oleh dua anak dara aku...

hahaha....sampai terbaring penuh perasaan menyanyi..orang dah balik bolehlah cam gini.. 

Tuesday, September 14, 2010

Wajah Satu Hari Di hari Raya

Bila sebut wajah memang sinonim dengan gambar. jadi entry yang ini cuma layan gambar anak-anak di satu hari di hari raya....kita zasss dulu..layannn...

anak bujang dan anak2 dara ku

k.ngah asyik minum, baby asyik tengok tv, abg. long asyik ngan game dia 

acara makan-makan

makan lagi

acara jalan-jalan

sempat posing

ini bukan wajah tapi kasut konon-kononnya comel bangat la tu..hehe

ini kek oren buatan sendiri

ini kuih raya buatan sendiri..makmur brunei..hasil kerjasama dgn anak-anak..belum masak lagi wei tu yg warna kuning..pelik..huhu

p/s : gambar emak bapak nya takda sebab asyik pakai baju t-shirt semata-mata..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...