Tuesday, September 21, 2010

Masih Beli Kuih Raya

raya dah nak dekat 2 minggu pun kena beli kuih raya lagi….haha… inilah pengalaman pertama tak balik kampung beraya..hari raya tahun ini kami suami isteri sepakat tak balik mana-mana kampung. baik kampung suami di pontian mahu pun kampung aku lambor kanan. dua-dua tak balik senang cerita. walau pun aku nampak okay..tapi ..huwaaaaa gua rindu nak balik kampung jumpa adik-beradik..boleh borak ramai-ramai dan borak banyak-banyak sampai tak ingat anak dan suami…itulah tradisi kami adik beradik..biar apa-apa asalkan boleh bersembang..kehkeh. itu yang kekadang suami aku tak paham..takpalah bang, tak paham tidak mengapa asalkan sporting.. kasi chance lah kitaorang bukan selalu berjumpa. ..emak bapak pun dah takda. kesian kan..anak yatim piatu.

berbalik pasal beli kuih raya..ermmm memang tak pernah dibuat kuih raya habis. minggu pertama hari raya rumah aku diterjah oleh kengkawan anak aku. ada yang datang ikut shift. segala stok kuih yang aku order dengan kawan-kawan ofis hampir menunjukkan penyusutan yang ketara. yang dah habis pun ada. itu yang aku start beli kuih-kuih raya yang jumpa dimana-mana..yang sama rasa tapi lain-lain bentuknya. ..terpaksa… ada jugak yang boleh dicapai kalau ada orang datang lagi, sementara aku nak menggoreng-goreng stok apa yang ada di dalam peti ais..biasanya apa-apa saja yang sempat. bersyukur suami sekali-sekala rajin membantu dalam bab menyediakan hidangan mee goreng dengan kadar segera..dia lagi cekap..huhu. ..itu belum lagi bab laksa johornya. pening bila dengar tips dia memasak laksa johor..macam susah je, tapi sebenarnya senang saja..hahah. jangan takut mencuba pada yang nak mencuba. nanti senang-senang aku bagi resepi buat laksa johor edisi husband ku..

datang beraya beserta pakej karaoke..

karaoke di ketuai oleh dua anak dara aku...

hahaha....sampai terbaring penuh perasaan menyanyi..orang dah balik bolehlah cam gini.. 

5 comments:

Prince Halilintar said...

anak dara je ke yg karok?? ibu die x join sekaki ke??hehe

shida mj said...

ibu dia..bakat terpendam yang dipendamkan..hehe

Prince Halilintar said...

sekali sekala tonjolkan ape salahnya..heehee

sariah said...

Mcm nie bolehlah dtg selalu beraya leh join karoke sekli...

shida mj said...

lepas raya pun akak bole dtg berkaraoke..bawak bekalan sekali..potluck..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...