Sempena hari baik bulan baik ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan-kawan dan sanak saudara yang terbaca blog ini.
dan saya di sini juga saya meminjam kata-kata yg sering diungkapkan dan yang sering saya terima daripada email kengkawan dan juga kalau tak silap daripada kad raya..
Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta-benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi
yang kena mengena
dan..kadang-kadang mata salah melihat, hati salah menduga, mulut salah berucap, janji kadang-kadang terabai, sikap kadang-kadang menyakitkan...kekadang terlalu berterus terang hingga menyakitkan jugak orang lain..oleh itu.....hidup ini menjadi terlalu indah jika masih ada rasa maaf-bermaafan.
ungkapan di atas memang apa yang nak saya sampaikan, sebab saya tak pandai berkias-kias, apatah lagi untuk memperli kawan-kawan yang dikasihi. dalam usia yang dah sebegini rasanya tak mudah terjerat dalam permainan emosi. tak da pun rasa nak sakit hati ke.. apa ke..kalau orang nak mengata atau mengutuk dibelakang pun terpulang..saya hanya insan biasa yang tak sempurna..menerima orang lain seadanya..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN
p/s: hati-hati di jalan raya..pesanan ini khas kepada yang beraya balik kampung..sebab aku masih di sini..beraya di perantauan..shah alam bandaraya anggerik..bersama suami dan anak2 tercinta...huhu
No comments:
Post a Comment