Monday, September 6, 2010

tiada tekanan tapi cabaran

salam…sambungan dari tajuk tiada tekanan yang aku tulis tempohari tapi tiba-tiba hilang mood terus stop menulis tapi takde lah sampai nak tutup blog macam ms pearl itu kes lain. tapi akhirnya beliau pun macam tak jadi tutup..ms pearl dan blog memang tidak dapat dipisahkan hehe..untuk makluman ms pearl adalah sifu ku pada permulaan aku berblog dan hingga kini aku masih peminat setia pada penulisan dengan gaya straight forward nya. tulisan very nice walaupun kekadang mengenakan orang di kiri kanannya. wa caya lu hani..


bagi aku pulak minggu lepas tiada tekanan tapi cabaran bagi aku ada berbagai perkara yang memang sangat mencabar…cabaran pertama kawan baik ku buat perangai..sape lagi kalau bukan cik toshiba jepun mesin basuh kesayangan aku yang boleh menampung beban 9 kg tu le. seminggu aku berulang alik ke kedai dobi berkenalan dengan kawan baru kat kedai tu. sangat membantu menyelesaikan masalah aku di bulan ramadhan yang mulia ini. tapi bajet agak lari sedikit.

cabaran kedua, harapkan pagar, pagar makan padi..hehe ATM machine yang kuharapkan memuntahkan duit aku rupa-rupanya bertukar fungsi menelan duit ku..hukhuk tak guna. lepas raya baru aku dapat balik..lepas raya tu… apa ke benda nya..terbantut aku nak enjoy raya. enjoy ke? hihi..bajet bukan setakat lari ni..kucar kacir jadi nya.

cabaran ketiga, house cleaning di musim bulan puasa. kena ada kekuatan mental dan fizikal ni. melalui proses sisih memeningkan aku..habis buku-buku anak dan kertas2 aku jual kat apek paper lama. clear sikit.

dan aku harap tiada lagi cabaran selain daripada cabaran melakukan ibadah di bulan yang mulia ini. tq...

4 comments:

Prince Halilintar said...

Mungkin Tuhan nak uji kak shida sebelum die bagi kesenangan tu..hehe..hope kak shida tabah menghadapinya..prince support dr belakang..haha

sariah said...

Banyak2 bersabar di bulan ramadan ni ye..walaupun i tak berapa nak sabar tunggu ptg nie..hehe

waja said...

hahahaa guna lagi bank islam (Bank Sekular)

shida mj said...

tq prince & k.sar..buat k.sar mkn jgn gelojoh hehe gurau yo..

en/cik waja: bank apa yg tak sekular? bagitau bole...

p/s: saya ada mention ke bank islam dlm entry saya? kehkeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...