Thursday, March 31, 2011

entri untuk sahabat yg berpindah..

akhirnya kau pergi jua cah...pergi meninggalkan kami di sini. sampai hati..sob..sob.

sahabat yang penuh dengan keikhlasan dan keceriaan..

keikhlasan dan keceriaan dlm persabahatan akan lebih terserlah jika tidak pernah dikhianati..
betul tak ?

moga kita akan kekal bersahabat walau bukan satu pejabat lagi.

mungkin ada salah silap, tutur kata yg tak sedap, harap cah dapat maafkan

al-maklumlah kekadang terlebih cakap...terlebih cerita

moga jumpa lagi..memang la akan jumpa lagi..sebab? Adalah….hihi.

cah ucapkanlah selamat tinggal pada UiTM Shah Alam sahaja, bukan selamat tinggal kepada kami di PPS ni, kerana smj percaya kalau kita ada jodoh kita akan berjumpa lagi..kebarangkalian akan bekerja satu ofis lagi mungkin ada sebab smj dah kira 18 tahun lagi smj nak pencen, sure kita akan berjumpa semula.

pagi-pagi tadi ada orang yg dah sasau sebut-sebut cah kat ofis ni. ..cah ada tak terbatuk-batuk pagi tadi...
yang tersyasyul cari cah pun ada nak ajak pergi minum....ala-ala gila bayang gitu...hehe

cah selamat bertugas di tempat baru uitm puncak alam..
tempat baru best tak? senang tak cari parking?

kita layan dulu ye memori daun pisang kita kat bawah ni...muahahaa...







p/s: terbayang nab ada kat meja belakang k.shida tadi tengah guna laptop kaler merah..apo nak dikato...
berat hati dgn pemergian mu nab..sob, sob....banjir kat pps uitm shah alam ni dgn air terjun depan canseleri tu..adakah? apakah?..hihi

Monday, March 28, 2011

Adakah Pemandu Wanita Berbahaya?

Pemandu wanita berbahaya? Di celah kesibukan dan kepeningan ini agak tertarik juga dengan laporan daripada surat khabar hari ini untuk dibaca dan seterusnya nak komen sikit pasal dakwaan suami pelakon cantik manis zizie izzette (betul ke ejaan ni?). pemandu wanita bahaya ke? pada pandangan smj bukan jantina yang menjadi faktor...kita perlu melihat dari konteks yang lebih luas bukan setakat melihat jantina sahaja. satu kajian perlu dibuat sebelum kita mengeluarkan kenyataan. kalau tiada kajian sesuatu kenyataan itu lebih kepada persepsi..jadi persepsi yang telah dibuat di sini ialah pemandu wanita berbahaya..tapi tiada fakta yang dikeluarkan. bagi smj pengalaman, mementingkan keselamatan, mengikuti peraturan, tahap kesabaran, pengetahuan tentang kenderaan dan cara pemanduan serta pengawalan kenderaan serta tahap kesihatan diri yg baik sebenarnya adalah konteks yang patut diambil kira bukan hanya jantina.
apa-apapun kelajuan boleh membawa maut.

Bagi sesiapa yang baru dapat lesen memandu, haruslah selalu berlatih memandu ditempat-tempat yang tidak sesak supaya tidak mengganggu kenderaan lain. dari situ baru boleh mengawal kenderaan bila berada dijalan raya yg sibuk. teringat 16 tahun yg lalu walaupun smj dah dapat lesen tetapi tetap terus berlatih memandu. antara lokasi smj berlatih memandu, tempat parking stadium shah alam dan laluan ke bukit cerakah..takde pun orang nak hon-hon...

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.
Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.
‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.
‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.
‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.
Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.
‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.
Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

p/s: bas ekpress yang selalu terbabas, tergolek dan terjatuh gaung itu wanita ke yang pandu? tanya je..

Wednesday, March 23, 2011

masalah orang lain masalah ku jua

masalah orang lain masalah ku jua..
smj dah agak lama tak bersiaran di blog ini tapi adalah jugak jenguk sekali-sekala blog kengkawan tapi tak lama. sekejap-sekejap je.

sebenarnya smj tengah ada target nak siapkan kerja-kerja yang memerlukan penelitian yang teramat sangat. memang kena concentrate sebab nak buat kerja penyemakan memang kena gitu. semak-semak data ni kena ada fokus. kalau hilang fokus alamat tak siap-siap lah semakan yang kita buat. semakan ini juga membantu lulusan yang nak konvo nanti berjalan dengan lancar. kalau maklumat dah tak betul statistik lulusan yang smj nak keluarkan nanti tentulah tak betul gak..sebab itu semakan adalah perkara wajid yang mesti dibuat. ribu-ribu lemon.. huhu.

kalau dah buat semakan macam-macam masalah lulusan yang akan jadi masalah smj. sebagai contoh adakah patut kalau dia lelaki tapi jantina dalam database perempuan. jantina sudah bertukar!. kalau dia warganegara tetapi jadi bukan warganegara. bukan ke susah nanti nak mintak biasiswa atau PTPTN. adakah patut kalau dia Islam tapi dalam database agama dia hindu, haiya.. mau pitam emak bapak diaorang tengok agama anak diaorang dah bertukar.

jadi itulah antara masalah orang yang akan jadi masalah smj jugak. kekadang lulusan ini masa belajar tak nak buat semakan maklumat sendiri di portal student. yang ada kesalahan maklumat diaorang tak laporkan awal atau tak beritau kepada yang berkenaan. jadi masalah berlarutan sehingga diaorang dah nak konvo. ada jugak ic pun tak betul. nanti kalau nak masuk sistem online bermasalah tak boleh masuk, baru sibuk nak calling sana sini...ish, ish.

arakian.. begitulah serba ringkas yang smj lalui kini...
dahlah tu nak sambung cari masalah lagi ni...
eh..tak lah dah nak balik dah ni,.. errrr...esok sambung cari masalah..hehe

Saturday, March 12, 2011

Gila Telefon..

ada sketsa yang pernah terbaca, rasanya masa belajar dolu-dolu, hari ini terbaca lagi daripada majalah kuntum anak-anak punya, sketsa pasal gila telefon..
sketsanya begini, pendek saja :

seorang ayah mempunyai anak gadis yg kerjanya menggunakan telefon. setiap kali menerima panggilan telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti..entah apa yang dibualkan pun tak taulah. suatu hari anak gadisnya menerima panggilan telefon dan bergegas mengangkatnya. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai..tetapi alangkah terkejutnya..apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 jam saja bukan 5 jam seperti biasa.
"tunggu sekejap..siapa yang telefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..
"tak tahu la ayah, salah nombor!" jawab anaknya sambil tersengih...

haha..itu yg tak kenal tapi 2 jam gak....ish,ish.
sekarang gila telefon masih ada, ditambah lagi dengan macam-macam gila.
ada gila berfacebook, gila berchatting, gila berblog dan bermacam gila. 

tapi aku nak senaraikan kat sini gila pasal blog ini. 

ada yang gila asyik buat entri blog tak sudah-sudah. macam nak pecah kepala memikir apa yang nak diupdate dalam blog padahal takde sape pun paksa. kesudahannya entri blog macam status kat facebook..itu kenyataan sebab aku pernah jumpa. entri yang hanya satu ayat saja. terpulang, itu kan blog masing-masing. aku baca saja.

gila blogwalking, ada yang berjam-jam jadi silent reader kekadang tak komen, tak follow, tak tinggal jejak syok sendiri membaca blog sana sini .kekadang aku le tu. kalau banyak masa la.

gila up traffik, ha yang ini aku tak tau la macammana diaorang buat. aku tak ambik pot sangat pasal traffik ni.

gila kumpul follower, bagus untuk lebih berkenalan dengan blogger lain di alam maya.

gila masuk contest, semua contest nak masuk. baguslah boleh mencungkil kreativiti seseorang.kita tak tau kekadang kita ada bakat. kalau ada rezeki sapa tau.

gila mengomen,  blogger yang macam gini memang peramah. rasa entri kita dihargai pulak.

gila buat blog macam diari, semua perkara yang berlaku nak cerita. kekadang yang tak patut cerita pun nak cerita.

gila tukar template blog, ini bertujuan supaya nampak kelainan dan tak bosan. tapi aku pun dah lama tak tukar, bosan gak, tapi malas nak tukar. 

gila suruh orang klik-klik, baguslah kalau ada insiatif macam tu, tak salah. tapi jangan sampai memaksa pulak.  tapi untuk kengkawan aku memang support. bukannya susah pun klik je kan.

sumber google

p/s: moga kita tak jadi betul-betul gila..


Wednesday, March 9, 2011

Semua Nak Laju-Laju..

ingat nak ikut kata hati..
tapi tak terikut pulak kata hati..
kerja tengah banyak nak buat
bukan setakat kerja banyak nak buat
tapi kerja yang banyak itu nak cepat pulak
bos-bos ini pun satu nape last minit baru nak cakap
haiya..boleh ke aku buat laju-laju ni.
kalau aku buat laju-laju, boleh bagi kat diaorang laju-laju.
dan nanti boleh diaorang ucap terima kasih laju-laju kat aku..
tak yah t.kasih pun takpe dah memang kerja aku..haha
bos-bos boleh buat road show satu m’sia laju-laju…
heheh setel satu bab
bole buat kerja lain pulak…
tapi yang pasti kat rumah pun laju-laju tutup komputer
sebab anak ada periksa bulanan.
nak bagi sokongan moral kat diaorang.
aktiviti berinternet agak terhad. kerja rumah pun banyak jugak..
huwaaaa….. sape nak tolong..

p/s: macam dah jangkit ngan si imran nyambek asyik cakap laju-laju saja,dia  ada aura laju-laju..

Thursday, March 3, 2011

Benarkah Aura Itu Penting?

ada sorang kawan ni cakap, aura itu penting. perbualan dengan kawan merangkap bos ini tak habis kat sini saja.
saya tanya dia, kenapa aura itu penting, dia cakap kita hidup ini perlukan aura. aura yang macammana kadangkala kita sendiri pun tak tau yang kita ni ada aura.

aura dalam hidup kita ini bermaksud aura kebaikan atau kelainan yang terserlah di dalam diri kita. pada kebiasaannya aura ini lebih kepada kebaikan yang menarik dan boleh membawa pada pengaruh kebaikan. bukan aura jahat ye..itu topik lain.

percakapan dia menarik minat aku nak tau lebih lanjut apa persepsi dia pasal aura ini. daripada nak jumpa beberapa minit pasal nak sign punch card yang lupa nak di punch out, tetiba bercakap pasal aura meleret sampai sejam ..adeh.. apa nak buat dah dia bos aku, suka hati dialah nak suruh aku duduk berapa lama dengar dia cakap.

aku cuba bagi signal macam nak bangun tapi tak menjadi. lepas satu satu ayat yg keluar, dia sambung berhujah macam marathon..ala, ala gaya penceramah Dr Fadhilah Kamsah, jadi aku dengar dengan suka rela. penuh dengan renungan dan pengajaran.. sekali-sekala lari dari topik kerja ok gak. sekali-sekala takpelah, kalau berkala-kala mahu banyak kerja aku tertangguh, kang dia juga yang tanya kenapa tak siap lagi..haish. tapi bos ni tak pernah tanya macam tu, dia bagi sepenuh kepercayaan macammana nak buat kerja sampai siap, terpulang pada cara sendiri, janji kerja siap. tak de nya dia nak mendesak-desak yang bukan-bukan. kecuali kalau ada kes yang urgent tahap gaban. dia sendiri pun akan kelam-kabut jadinya..haha.

berbalik pasal aura tadi, agak tertarik dengan contoh2 yang dia bagi masa berbual 2 hari lepas. bos aku tu cakap, kalau kita ada aura semua orang akan mengingati diri kita. tak kira masa kita senang atau susah. masa kita meninggal duniapun nanti InsyaAllah ramai yang akan datang menziarahi dan mendoakan kita.

itu yang sebenarnya yang membahagiakan kita. tak guna kalau kita ada title Dr, Dato’ atau entah apa-apa pangkat lagi, tapi takde aura yang disenangi. kita mungkin ditakuti semasa ada title tapi bukan dihormati. mungkin ada yang berbangga dengan berbagai gelaran dan pangkat, tapi lebih bermakna lagi jika kita disukai dan diingati walaupun kita hanya seorang Pembantu Am Pejabat (contoh saja). tapi alangkah bagus kalau yang ada gelaran dan pangkat ini dalam masa yang sama punya aura kebaikan yang menarik, pasti lebih akan diingati dan dihormati kerana jasa dan juga kerana silaturrahim yang terjalin dengan orang-orang disekeliling.. bukannya hanya mementingkan diri, tak semua macam itu..ada yang ok..

sebenarnya hidup kita ni mudah saja, sekiranya kita sentisa berbuat baik, aura itu akan datang juga dengan sendiri, hidup jangan sombong walaupun sape diri kita dan apa saja kedudukan kita.

banyak lagi kata-kata bos aku tu yang boleh dijadikan panduan. tapi masalahnya sekarang aku tak tau nak buat conclusion entri ni macammana. tulis dah panjang lebar dah, tapi nak tutup tak tau..jadi biar aku open macam ni saja..sebab aku nak sambung buat kerja…

p/s: kalau you all nak tau lebih lanjut lagi pasal aura ni berhubung terus dengan ustaz zack sudiro (nama samaran) merangkap bos no. 3 aku..hehe..

Tuesday, March 1, 2011

Mac Muncul Pula..Cepatnya Masa Berlalu

sekejap saja dah masuk bulan mac. rasanya baru saja ambil cuti sempena buka sekolah awal tahun haritu. tup, tup dah mac. sekejap betul masa berlalu.

hari ini ofis ada majlis meraikan hari lahir kawan-kawan yang lahir pada Jan dan Februari. awal-awal pagi lagi dah tercium masakan rakan-rakan ofis yang suka rela pot-luck untuk majlis meraikan hari jadi rakan satu ofis. suka rela bukan sebarang suka rela, dah ada perjanjian yang diputuskan dalam mesyuarat bahawa semua orang akan ada giliran untuk membawa pot-luck masing-masing..tunggu sajalah giliran anda. mana yang dah lepas hari ini mesti lega, tak payah kena pikir nak bawak apa untuk bulan-bulan seterusnya. pening jugak nak memikirkan apa kebendanya yang nak di masak. kalau order pun senang gak. tapi nak order apa..haiya manyak syusah woo. kalau ada cadangan rakan-rakan untuk mencadangkan apakah yang patut ku bawa semasa tiba gilran aku pot-luck nanti kan senang…jadi cadangan anda semua dialu-alukan untuk mengurangkan pening kepala aku…akan dipertimbangkan.. walaupun lambat lagi bulan Mei. tapi orang kata sediakan payung sebelum hujan. jadi aku cuba mempraktikkan peribahasa tersebut, untuk kemudahan di masa depan.

atau ada sape-sape yang nak sponsor pot-luck aku, best gak. berangan je lah..tak de makna nya..

dalam pada itu dapat pulak khabar sedih ada sorang staf di jabatan lain Bhg. Rekod Pelajar Dan Konvokesyen meninggal dunia.. agak tak sangka sebab minggu lepas baru hadir kursus 1 hari yang sama dengan arwah. Janji Allah itu pasti, tidak kurang sesaat tidak cepat sesaat, demam panas itu hanyalah penyebab. Al-Fatihah untuk arwah Kak Jun, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman… walau pun tak kenal rapat tapi arwah baik orangnya...ada hikmah yang tinggal untuk kita yang masih hidup agar sentiasa memperingati bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..cuma kita tak tau bila masanya.

p/s: kepada kawan2 yang baru menyambut hari lahir, diucapkan selamat hari tua...hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...