antara berita yang sempat dibaca, aku highlight kan mana yang suka kat sini:
1. Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu
komen aku - Alhamdullillah...bertambah lagi seorang saudara.
2. Safee mula menyengat
PENYERANG kebangsaan Malaysia, Mohd. Safee Mohd. Sali mula mengukir nama di bumi Indonesia. Meskipun masih belum beraksi secara rasmi dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL), namun dia mula memperlihatkan kualiti sebagai pemusnah di jentera serangan.
Semalam, Safee menjaringkan dua gol pada aksi persahabatan pertamanya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.-Kosmo
komen aku - baguslah kalau macam tu satu keputusan yang bijak jika ada keyakinan untuk melangkah, go Safee go!
3. Harga RON 95, diesel tidak naik
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam. -Kosmo
komen aku - baguslah jugak kalau dah janji macam itu. jangan nanti cakap saja tapi lepas tu naik jugak. bukan boleh percaya sangat bapak si dafi ni. cakap berbelit.
4. Bank Rakyat untung RM1.72 bilion
KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.72 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, peningkatan sebanyak 10.8 peratus berbanding RM1.55 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.-Kosmo
komen aku- hehe dapatlah jugak beberapa hengget dividen nanti dari simpanan aku yang ciput.
ok cukup lah dulu aku komen berita-berita yang aku baca, takkan nak komen satu surat khabar pulak. yang lain boleh baca sendiri.