Thursday, August 5, 2010

selipar 'fung keong' dan pos laju

''Kadang-kadang sebagai ibu kepada seorang anak lelaki, saya harus uruskan benda yang pelik-pelik. Contoh terbaik minggu lepas saya pos laju tali pinggang. Hari ini saya pos laju selipar Jepun pula.
''Perkara ini berlaku sebab anak lelaki saya belum sampai 'level of responsibility' yang saya harapkan dan saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan saudara terdekat.
''Namun saya terus berdoa supaya janganlah satu hari nanti saya perlu pos laju seluar dalam pula.''
Catatan diari seorang ibu perihal anak lelakinya berusia 14 tahun yang kini bersekolah di Ipoh, Perak.
Dia dikurniakan empat cahaya mata, tiga perempuan dan seorang lelaki yang juga anak sulung dalam keluarga. Rutin berulang-alik ke Ipoh bermula awal tahun ini. Anaknya masuk asrama semasa tingkatan dua. Selain Kuala Lumpur-Ipoh, dia juga selalu berulang-alik ke pos laju.
Catatan diarinya tidak berhenti di situ.
''Hari ini budak pos laju nak tengok pula barang yang nak dipos, terpaksalah tunjuk selipar Jepun fung keong depan orang ramai (terglamor seketika, semacam kedengaran siren ambulans di luar pejabat pos mahu mengambilku selepas diserang penyakit malu tahap 4).''
Sempat dia bergurau dalam catatannya sendiri. Sememangnya seorang ibu tidak pernah malu untuk berbuat apa saja untuk anaknya.
Dia memanjangkan lagi notanya. Dikhabarkan di sekolah anaknya tidak disediakan perkhidmatan dobi. Semasa bulan-bulan pertama, baju yang disidai di ampaian terbiar berhari-hari tidak berangkat. Akibatnya baju tersebut hilang. Paling tragis (istilah yang dia gunakan), baju-baju tersebut dikutip oleh warden yang kemudian menjualnya dengan RM2 sehelai.
''Bayangkan duit sekolah buat beli baju sendiri.'' dan lagi.....

artikel oleh : noraini abd. razak, utusan m'sia

ini sebahagian daripada artikel yang aku telah aku baca dan yang aku janji nak entri dalam blog. catatan seorang ibu memang amat melucukan. bukan senang nak buat muka tebal sebab buat benda yang pelik-pelik. 
harap anak-anak aku boleh berdikari walau di mana saja berada.

3 comments:

apple hijau said...

hahahha...lucu pun ada geram pun ada. macamana nak cakap yer...ibu yg memanjakan atau memang anak belum cukup beraqal. susah juga anak2 sekarang ye semua nak ada depan mata. 3princess tu pun...nama ajer anak dara.

Prince Halilintar said...

wah bagus betul kak shida ni..sanggup buat apen saje demi anak..berkorban ape saje...harta atau pun nyawa...hahaha

shida mj said...

cik apple hijau: anak-anak memang kena ajar independent, klu tak... itu le jadi nya kan.

prince h: aha memang pengomen tegar, lum sempat habis baca dah laju jari mengomen..ekekek k.shida paham sebab ada gak wat cam tu...tak perasan isi topik dah nak komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...