Monday, August 2, 2010

pelik & malu: berubah demi anak

salam semua…cepatnya masa berlalu sedar tak sedar dah masuk bulan ogos. cepat betulkan masa berlalu. entri kali ini aku nak cerita sikit pasal pelik & malu. rasanya semua orang ada sifat malu. macam mana hebat orang itu mesti ada perasaan itu. memang susah untuk kita nafikan.

tapi lain sikit kalau dah jadi seorang ibu..rasanya setiap ibu mesti dah melalui proses perubahan. daripada malu jadi tak malu. bukan nya malu sebab tak pakai baju ke apa. tapi contohnya la kan daripada malu bertanya dah tak malu bertanya. daripada pendiam dah bising sikit. daripada kurang bergaul dah kena bergaul. daripada suara dengar tak dengar jadi range besar punya suara. ha..macam-macam lagi sebenarnya. bila dah jadi ibu ni banyak benda pelik yg kita kena buat.

macam sabtu yang lepas, pelik sangat rasanya kalau kita yang dah dewasa ni sama-sama duk tengok bebudak Idola Kecil 2 buat shooting drama TV9 dekat sekolah anak-anak . niat nak ambik kak ngah habis seminar BM kat sekolah pukul sepuluh. tapi boleh pulak melepak sekejap tengok bebudak idola kecil tu shooting . anak dah minat kat idola kecil tu, nak buat macammana layan sajalah. hilang malu ter’join’sekejap.

sekali-sekala apa salahnya, aku pun tak nak jadi dewasa sepenuh masa. kekadang kena sporting gak dengan anak-anak.

tengah nak start shooting kelihatan aril dan tasya..tau jugak aku ye nama bebudak tu..hehe

satu perkara lagi yang aku tak pernah buat sebelum ni. kumpul paket milo atau apa-apa product milo untuk dapatkan point bagi menebus bola mini adidas dan beg adidas. anak sulung dan aku (didesak) tengah gigih berusaha mengumpul. mak aii..tak pernah dibuat aku kerja ngumpul macam nih. huh anak, anak.. macam-macam benda yang tak pernah dibuat kena buat. lucu bila mengingatkan itu semua.

ada banyak lagi perkara yang pelik-pelik. next entri akan aku masukkan coretan seorang ibu yang buat benda pelik-pelik demi anak lelakinya. aku dah baca. memang lucu. adeh…


p/s: wlpn sebelum ini saya lebih dikenali sebagai ms shadow dlm penulisan blog tapi saya dah nak tukar nama pena sebagai shida mj dlm entri akan datang. ok ke tak…ermmm lebih bermakna lagi rasanya. boleh la ye….(macam suruh setuju je kan) huhu...

5 comments:

Prince Halilintar said...

itulah naluri seorang ibu...shida mj ni bole jadi ibu mithali nie..hehe apepon name tu ok jer ..cume xganas cam prince halilintar je..ahaha

ms shadow said...

haha..prince memang nampak ganas tapi di hati ada taman..ekekekek

apa-apapun memang k.shida tak nak kelihatan ganas sesuai dgn status ibu kepada 3 anak. wlpn kekadang brutal gak..ahaks..

apple hijau said...

bila dah jadi ibu memang kita boleh...BERTUKAR!!macam2 boleh jadi.

penat nak menten jadi dewasa ni tapi pertukaran watak mengikut jalan cerita itu memang perlu untuk menjadikan kronologi kehidupan kita dan anak2 lebih menarik untuk dikenang kemudian hari.

p/s: shida mj-nampak kematangan seorang ibu.

~Adios!~

Prince Halilintar said...

saya sokong apple hijau..

shida mj said...

hehe..cik apple hijau sayapun setuju.

saya pun sokong prince

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...