Tuesday, May 4, 2010

Aku Lebih Suka Berbahasa Melayu

Mudah, kitakan duduk di dalam negara melayu, ramai orang melayu, tempat kerjapun melayu, raja melayu, bahasa rasmi melayu, apa salahnya cakap melayu.

Aku lebih suka cakap melayu, di mana saja. Nak bagitau ini negara orang melayu. Tak kiralah engkau bangsa apa. Kecuali.. kalau terjumpa mat salleh aku akan cuba speaking english. Itu pun kalau aku nak cakap. Kalau tidak pun mat salleh tu yang kena cakap melayu. nasib la. aku peduli apa...tak pernah pun jumpa mat saleh setakat ni.

Boring kalau ada org cina dan india tak tau cakap melayu. meluat. nama je duduk kat negara melayu. cakap melayu tak reti. Bangla, pakistan, vietnam yang datang takde permit baru 1, 2 hari pun tau cakap melayu. ni dah duduk sejak lahir buat-buat tak tau cakap melayu. Bagi aku takde kompromi..

Ada satu bank, hari tu telefon customer servisnya, jawapan pertama:
tekan 1= untuk bahasa inggeris
tekan 2= untuk bahasa cina
tekan 3= untuk bahasa melayu
tekan bla,bla aku dah tak dengar dah..

uish!..bahasa melayu bukan keutamaan no.3 diletaknya, melampau!

Nak berniaga kenalah cakap melayu dengan orang melayu, atau senang, guna saja bahasa rasmi biar orang paham. itukan bahasa rasmi negara kita. susah ke nak berbahasa melayu. bahasa rasmi bermakna guna satu bahasa yang sama untuk perkara rasmi.

Ini terbalik, bahasa lain jadi keutamaan. Bahasa melayu ibarat melukut ditepi gantang.

Bos melayu sama-sama bos melayu meeting pun cakap omputih. camno. tak reti lah nak salahkan sesape..

Tapi jangan salah faham..bahasa inggeris tu memang penting, cuma biar lah kena pada tempatnya. Cari ilmu senang kalau kita menguasai bahasa inggeris..anak2 akupun memang diberi penekanan bercakap dan membaca bahasa inggeris..

Cuma...jangan pinggirkan bahasa melayu, bahasa jiwa bangsa.

p/s: geli hati tengok kalau ada cina atau india yang terkial-kial cakap bahasa melayu setelah percubaan untuk cakap omputih dengan aku tak berjaya..sebab aku bantai cakap melayu dengan diaorang, faham ke tak faham aku tak kisah, lantaklah diaorang...janji aku cakap melayu.

6 comments:

apple hijau said...

hahahhaha...ha'ah la k.shida, saya pun selalu kene camtu. Kalau negara Jepun boleh buat kenapa kita tak boleh, kan?
Tapi,apa apa pun rindu ngan PD si Hani tu!

yimz said...

AKU LEBIH SUKE ORG MELAYU...EHEHE

shida mj said...

hehe..nab jepun memang rakyatnya sgt patriotik..

yimz..sape org melayu tu..yg ada blog ehem..ehem.. tu ke

shida mj said...

sejujurnya aku memang respect dengan melayu yg fasih berbahasa inggeris cth.... hani & princessnya PD kecik2 dah pandai speaking aku bangga.. diaorg ada 2 bahasa pertuturan seharian.

yimz said...

org melayu itu ialah..jeng3x!
haha..kak shida ingat janji kite taw..

shida mj said...

hahahahahaha..yimz, takut,arr takuttt..
nanti main paintball jgn tembak perut akak yek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...