Tuesday, May 11, 2010

Pengalaman Yang Terbaik

Pada 8 Mei 2010, bertempat di Kem El Azzhar, Morib saya dan rakan-rakan pejabat pergi "Membina Kumpulan" (Team Building).

Ini adalah satu-satunya pengalaman yang terbaik sepanjang tempoh kerjaya saya hampir 15 tahun. Pada kebiasaannya sesuatu organisasi akan adakan hari keluarga dan berbagai lagi untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan staf. Tapi team building kali ini berbeza. Mencabar dan menyeronokkan. Macam inilah yang sepatutnya dijayakan selain daripada kursus-kursus motivasi yang sudah terlalu biasa.

Kita layan gambar-gambar bersama Team Building, PPS UiTM.

Ini adalah peserta acara siapa dapat tahan nafas untuk kempiskan perut lebih lama..acara ini diadakan sementara menunggu peserta lain sampai oleh itu peserta bolehlah bersantai-santai dengan menghirup udara pagi yang segar (tiada dalam senarai acara yang sebetulnya).



bergambar beramai-ramai sebelum menaiki "bas UiTM Dihati Ku"



Suasana di dalam bas UiTM di hatiku



walaupun naik bas tapi posing macam nak terbang..kah kah



nama kem macam universiti kat mesir..hehe



apa-apapun kita makan pagi dulu, takut nanti ada yang pengsan susah pulak.



apad, takkan dah haus kut, aktiviti belum mula lagi..



huh yang ni gayat..nasib baik tak kena buat.



aktiviti indoor bersama kumpulan..dapat kumpulan yang best, hidup PPS GIC(Global,Inovatif,Creative)



kesian acap..berserah.. untuk dijadikan kereta F1



khusuk mendengar taklimat jurulatih acara outdoor pulak.



Encik ni nampak brutal tapi baik



bersedia untuk acara paintball



bos pun sedang buat persiapan untuk acara tembak menembak



tolong-menolong amalan mulia



haaa..ini dia team saya yang pantang menyerah kalah.dari kiri, wenz, nab, saya, dr.zaini dan yimz



posing, setelah penat dan benjol sana-sini selepas acara paintball.



khusuk pulak dengan taklimat untuk berkayak.



sebelum apa-apa baik posing dulu.



ish-ish sape yang pandai berkayak nih..tak sangka.



tada..selesai berkayak..ermm best.



ha..yang ni pun tiada dalam senarai acara..ish-ish anak sape le ni.



nyanyian beramai-ramai 'menyumbangkan' satu lagu persahabatan.



acara akhir, bersalam-salaman dipagi raya



jejaka-jejaka ceria nak balik



ni tengah kumpul ramai-ramai tadi cari bilik.



yang ini pun tiada dalam acara, sekali-sekala kasi chance..hehe



berkumpul sebelum balik nak naik bas..cuba kira kut ada yang missing dalam acara tembak-menembak tadi.



jommm balik..aksi sebelum naik bas..



Syukur semua selamat pulang tanpa ada yang cedera parah. Tiada yang lemas, tiada yang pengsan tertanam pasir, ok lah tu. Setakat lebam dan benjol sana sini saja. Tak lama dalam seminggu hilanglah lebam-lebam tu kata jurulatih.

Tapi dalam pada berseronok itu, saya doakan agar bos Prof Madya Dr. Zaini cepat sihat setelah dimasukkan ke hospital KPJ.. dulu SMC, akibat kesihatan tak stabil..setelah agak lasak juga dalam semua acara.

3 comments:

apple hijau said...

Best best best...tak terkata best nyer. Yang pasti memang best... Perrrrgh!best giler. Giler giler punyer best! hahahahhaha...ape kene kau ni Nab?

yimz said...

wow..mmg terbaek punyer team building PPS..mcm2 gelagat ade..yg xley lupe saya dan kak shida berjuang berhabis2an dlm men paintball wpon situasi genting namun kemenangan di tangan kita..hahaha..pada DR ZAINI sori kitaorg xdpt nk backup dia...

shida mj said...

nab memang bestttttt!!!
yimz team kita kental gitu..

harap2 dr zaini bukan masuk wad akibat ditembak oleh wira-wira pejuang PPS hari itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...