Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Maulidur Rasul 1432-H / 2011-M

Assalammualaikum wbt dan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam walau di mana berada kerana kita semua sama, umat nabi Muhammad SAW. 

sumber google


Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.


‎​ســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ



Sunday, February 13, 2011

jatuh skuter

sakit betul aku jatuh motor semalam. eh skuter lah bukan motor. tapi motor dengan skuter kan sama saja. tak ingat sangatlah..hehe. skuter warna pink, cantik sangat pada pandangan mata aku. berkilat-kilat pulak tu dan sangat comel skuter itu. memang sesuai benar dengan aku. tapi entah macammana boleh terlanggar dengan motor lain. adeh sakit betul rasanya...tetiba skuter ku hilang... aku keliru, rupanya.......
aku cuma bermimpi.

tak sangka boleh mimpi bawak skuter. ini mungkin gara-gara terpikir semasa sedang memandu kereta pada waktu siangnya. masa itu bawak kereta, jalanraya menuju ke uitm agak sesak, tambahan semua menuju ke satu arah yang sama lokasi konferen di DATC. masa itulah terpikir, kan senang kalau bawak motor. boleh mencelah-celah, mesti dah sampai cepat. parking pun boleh dekat dengan dewan. tak payah jalan jauh-jauh. tak sangka malam boleh bermimpi bawak skuter..nasib baik mimpi bawak skuter, kalau bawak harley davidson lagi sakit. haha..

p/s: kesian dengan nurul motor dia hilang orang kebas..dugaan tu.

Saturday, February 12, 2011

nak cerita jugak pasal konferen di uitm...tak kira

dah selesai dah konferen 2 hari setengah, khamis-sabtu. oh lega..tak lah asyik nak kena dengar orang pok..pek..pok..pek pastu tepuk tangan..dan berulang lagi gitu. senyum-senyum, bertegur sapa and then makan, pastu beratur pergi toilet. esok macam tu jugak..sampai tengahari tadi baru habis.

nasib baik ada ada slot forum bersama dengan fahrin ahmad. dia jadi pengerusi forum.boleh tahan gak hensem dan petah bercakap. itulah bezanya pelakon yang berilmu dan yang tidak. dulu dia duduk kat kolej perindu 2 masa di uitm. ada main window painting tak agaknya dia nih. dulu masa aku duduk kat kolej delima 2 adalah sekali sekala masa tengah boring melayan bebenda macam tu dgn budak kolej perindu. hehe..korang kalau tak tau apa itu window painting tak payah tanya. malas aku nak terangkan...hehe. jgn tanya tau.

bunyi macam tak best je konferen tu, kenapa datang?. bukanlah tak best sangat..ada yang best nya. biasalah dalam banyak-banyak speech tu mesti ada yang boring. ala-ala membebel syok sendiri. kalau yang part cerita pasal tracer study tu aku suka lah sebab aku yang buat. diskriminasi..hehe..

penganjur konferen ni memang guna strategi bijak utk meramaikan kedatangan participant sebab, kedatangan diambil kira sebagai jam latihan. banyak tu 14 jam. dapat pulak sijil penyertaan dan ada pekeliling wajib hadir dari dato sahol vc uitm.  tak datang kena bagi surat tunjuk sebab. memang brutal betul arahan itu. tapi itu satu-satu nya strategi yang menjadi. tak apalah sekali sekala keluar dari tugasan biasa tak salah. boleh juga jumpa kengkawan semasa berkonferen...hihi..kita layan gambar-gambar yang banyak tak menjadi, takde mood gak nak ambil gambar sebab, kamera ala-ala kadar saja.


pertama, ambil gambar sendiri dan kengkawan dulu
duduk di posisi paling atas, gambar kecik2 je..hihi
acara pertama pagi, amanat tahun baru dato vc. petang baru acara konferen bermula.
ini latar belakang sesi konferen
ini si hensem fahrin ahmad, jadi pengerusi slot forum bersama dato vc 
dan wartawan utusan dan berita harian
pertunjukan fesyen pun ada oleh pereka dari student AD, dah pergi ke london rekaan2 diaorang ni. hebatkan..

 yb menteri pengajian tinggi dato khalid pun ada merasmikan kenferen.

antara staf akademik dan admin yang hadir, gambar pinjam dari fb ira totoro

 cerita dah abis da.....

Wednesday, February 9, 2011

Harimau Menang Lagi, Hong Kong Kalah

harimau malaya menang bergaya lagi, 2-0 mengalahkan hong kong dalam perlawanan persahabatan malam ini. malaysia meneruskan aksi bintang asia tenggara di stadium shah alam di hadapan 8 ribu penyokong. kebanyakan penyokong yang hadir adalah penyokong penuh bersemangat ultra malaya. safiq rahim menunjukkan aksi terbaek malam ini dengan jaringan gol yang bergaya. amirul hadi zainal apa kurangnya, dapat rembat satu gol jugak. kunalan pulak memang terer menggelecek tak padan dengan kecik. - sekian-  karam singh walia melaporkan....errk, silap pulak.. -sekian- smj melaporkan.. ada gaya jadi penyampai tak..haha..

en asben call dari melaka tadi semata-mata nak bagitau ada perlawanan m'sia lawan hong kong. tapi dia tak tau aku dah ada depan tv pun. bukan dia tak tau bini dia ni suka tengok bola. hehe itu pasal lah dia bagitau.
minat tengok je bukannya apa. pernah aku tengok bola, tetiba melompat sampai en asben kata 'eh awak ni macam jantan lah' ..ish ada ke patut...tak patuttt...itu la sape suh kawen dengan aku..nasiblah...hahaha
rasanya ramai perempuan yang dah main bola sekarang ni, gelanggang futsal penuh dengan perempuan, terer apa.

p/s: kalau minat atau tengok bola adakah hilang kefemininan seorang wanita...

Biarkan Aku Tetap Percaya

Tiap kali aku percaya
Pasti aku kecewa
Ku toleh sini sana
Seakan-akan dipersenda

Biarkanlah aku tetap percaya
Walau sering kecewa
Sepi berlagu indah
Hati masih merah

Sekali aku percaya
Semuanya jadi indah
Biar beribu kali
Namun tetap aku di sini
Percaya pada yang hakiki
Semuanya tak kan kekal abadi
Percaya itu lebih suci
Dari percaya hidup insani
Kekadang hati dicemari
Kepercayaan dikhianati
Janji dimungkiri
Kuasa disanjungi
Janji mentari muncul esok hari
takkan sama dengan janji insani

Semoga hidup ini diberkati Ilahi
Jalan yang diredhai...Amin

p/s: puisi la pulak..boring gile.. tengah ada banyak keje nih..ish sesape yg nak tambah atau nak sambung silakanlah..buat-buat macam puisi sendiri..layan diri..hehe

Tuesday, February 8, 2011

Lumrah Hidup

kekadang kita yang menjadikan diri kita lain, orang kata begini kita kata begitu. semua kelainan itu bersebab. memang manusia diciptakan dengan berbagai rupa. rambut sama hitam hati lain-lain. di luar nampak ok di dalam hati siapa tahu. kita perlu meletakkan diri kita ditempat orang lain untuk menyeimbangi kehidupan.

kekadang kita akan lebih memahami orang lain jika kita berfikir sejenak untuk cuba memahami orang lain. ini lumrah kehidupan yang kita tak boleh elak,selagi kita berurusan dengan manusia kita memang patut sekali sekala jadi orang lain. jadi orang lain bukan bermakna perlu berubah untuk jadi orang itu, tapi berfikir cara yang sama atau berfikir kenapa diri dia begitu.

orang yang sedih dan gembira itu bersebab, kalau orang itu poyo saja pun bersebab. hidup kita ini banyak sangat bersebab..bukan setakat hanya perlu hidup saja, tapi kena menjadikan diri kita hidup. kehidupan yang hidup bukan hanya memikirkan sesuatu yang sama, hidup perlu analisis kenapa dan mengapa, tapi bukan menyoal orang lain kenapa dan mengapa, nanti orang menyampah silap-silap sakit pipi kena pelempang. memikirkan sesuatu kehidupan itu dengan fikiran sendiri . itu sebab tuhan kurniakan kita akal fikiran, tapi kalau hidup untuk mendalami ilmu agama kenalah ada panduan dan bantuan dari seorang yang dapat membimbing ke jalan yang benar…

nanti sambung lagi…tengah ada keje
entri untuk panduan diri sendiri dalam melayari sebuah kehidupan..

p/s: kan senang jadi robot, takde hati dan perasaan..tapi tak best gak..robot tak leh kahwin..hehe

Sunday, February 6, 2011

Moga Cepat Sembuh

seperti biasa cuti raya cina kali ini tiada rancangan untuk ke mana-mana. dapat pulak berita kakak yang ku panggil angah telah dimasukkan ICU HKL. entah kali yang keberapa aku pun tak pasti sebab dah banyak kali dia masuk ICU. tapi kali ini agak kritikal. dua hari pergi menjenguk dia. kali ini aku pulak yang rasa nak demam. badan mula seram sejuk, selsema mula menyerang, badan sakit-sakit. dah lama tak kena demam selsema, aku agak kali ini mungkin teruk. memang ya, teruk. tapi puncanya aku sendiri yang tau. jadi senang untuk aku pulihkan sendiri sakit yang aku alami.  punca yang pertama, tak cukup rehat, kedua terkena hujan, ketiga kurang minum air dan yg keempat banyak makan limau (juga mengalami batuk).

jadi aku mengambil inisiatif sendiri hari ahad ini untuk berehat disamping mengambil ubat-ubatan dan minum air banyak sikit. Alhamdulillah malam ni dah ok itu yang dah boleh bukak komputer semula. esok boleh lah pergi kerja. kerja tengah busy sekarang ni. hari itu bawa balik kerja ke rumah tapi rasanya bawak semula ke ofis esok. kita hanya mampu merancang.

berbalik pada kakak aku di ICU,  hari ini masuk hari kelima dia di sana. moga dia cepat sembuh. seperti yang sedia maklum bila ditempatkan di ICU masa lawatan terhad. tidak ada sesiapa dibenarkan menunggu. semua urusan pesakit diuruskan oleh nurse dan doktor yang bertugas.aku memang kagum dengan kesabaran dan dedikasi yang ada pada diaorang. sentiasa senyum, bercakap lembut dan pakar mengendalikan mesin-mesin yang canggih untuk talian hayat kakak ku. terima kasih pada mereka semua kerana bertungkus lumus menjaga kakak ku dan juga pesakit-pesakit lain. terima kasih juga kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan yang serba canggih di dalam sebuah hospital kerajaan.

sempat abadikan gambar semasa di ICU..semoga kakak ku cepat sembuh..aku tak sampai hati tengok dia berkeadaan begini dalam tempoh yang agak lama..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...