cerita di bawah tak ada kena mengena dengan gambar di atas..
ceritanya bermula begini, pagi-pagi SY ajak keluar minum, susah nak tolak. setelah SY mengayat ..jadi aku dengan sorang lagi KAK SRH kesian kat SY ni pun keluarlah juga walaupun kami berdua dah ada bawak bekal. kawan punya pasal takpelah kesian..temankan jugak.
dipendekkan cerita SY bawak kereta dan belanja kitaorang minum pagi ini, mungkin mengenangkan jasa kami menemankan, itu pasallah sukarela belanja… Alhamdulillah..moga dimurahkan rezeki SY. errr dia pun sebenarnya dapat duit kutu bulan ni...pakcik kayo hehe.
habis minum on the way ke kereta singgah sekejap kedai tudung. kalau dah nama nya pompuan nampak kedai tudung terus menangkap. ada hati nak tengok walau masa tak berapa mengizinkan. SY ni walau pun lelaki, dia tetap sporting, layannn katanya..
dalam kelam kabut mencuba tudung sambil tangan pegang beg duit, tak sedar beg duit yang tebal dengan duit syiling terbuka..apalagi ke ba boom duit syiling berterabur di atas lantai…nasib baik KAK SRH dan SY tolong kutip sambil gelak-gelak. ‘banyak nya shida oiii.. ada mau dekat lima hengget duit syiling ko ni shida’ kata KAK SRH pada aku..hehe entahlah kak tak sedar pulak bila duit syiling tu bercambah..haish..
malu punya pasal daripada sekadar nak cuba terus sambar dua tudung…tawar lebih kurang dan bayar laju-laju lagipun tak nak buang masa lagi.
p/s: bulan ini bajet nak cari beg duit besar atau beg karung duit syiling..haha
6 comments:
alamak..rugi la prince xde..klu x boley amik gambar sambil tlg kutip...kehkehkeh..
p/s: jgn bawa tabung gi shopping sudah la..haha
ish ambik gambar malulah smj..prince, nasib baik prince tak ikut klu tidak dah sure masuk entri kat blog prince..uwaaa..
untung laa..bleh minum lama2..siap shopping lg..
anon 5:06 (rasanye tau sape..hihi): jgn le jeles, sekali-sekala je buat macam..itu pun tak lama bape minit je laju-laju sampai duit syiling berterabur kesian saya tau..huhu
lain kali bawak dalam tabung buluh..selamat dan nampak hebattt... hahaha.. gile ahh !
Mintak maap keretapi kt perumahan banglo mewah ni lmt sikit: seronok giler ah kutip duit siling...kalau dpt kutip mcm dlm pic di atas lagi seronok kan....kah..kah...kah...rugi yimz tak ikut...apatah lagi org dipuncak...(tinggal kenangan)
Post a Comment