Kalau tumitku sudah kematu
tiada lagi kupakai sepatuku
kakiku mengenal batu-batu
pasir yang terbakar
rumput yang menguning
lopak yang kering
lopak yang kering
angin gering.
Sedikit ketawa
bicara yang lemah
langkah yang patah
darah masih merah
ubun-ubun semakin pijar
lelah, rehat yang terbiar
Ketika bintang-bintang meludah cahaya
embun membasuh mata
langit tanpa suara
sepi dan halus
jiwa dan kudus
Ini hidup bukan menanti mati
tapi mati yang selangkah dari hati
bicara yang lemah
langkah yang patah
darah masih merah
ubun-ubun semakin pijar
lelah, rehat yang terbiar
Ketika bintang-bintang meludah cahaya
embun membasuh mata
langit tanpa suara
sepi dan halus
jiwa dan kudus
Ini hidup bukan menanti mati
tapi mati yang selangkah dari hati
~tamat~
puisi ini aku kutip, salin dan tampal saja..entah... macam best je..tetiba rasa macam syahdu pulak. walaupun bukan ori dari aku..dapat tumpang rasa jadilah.. tak pandai nak menulis puisi..huhu
p/s: sepatu bonia oh sepatu bonia...
6 comments:
ingatkan akak shida yang buat. hee
hahaha..fitri, akak tak pandai...dulupun sekolah belajar mesin larik, gegas & kimpal aje..takde peluang belajar sastera..tapi dlm hati ada taman..muahahaha
smj kuarkan ayat2 cinta smj gan husban dulu2..hahahaha(bole prince belajar) :p
ala..prince tak payah belajar dari akak..orang memuda sekarang ni dah advanced..huhu
sepatu bonia
oh sepatu bonia
kini kau telah menjadi milik ku
baru puas hati ku
tidak mengganggu tidur malam ku
huhu!
sepatu bonia
oh sepatu bonia
oleh kerana susahnya
nak dapat
akan ku belasah
pakai hari-hari
sampai hayatnya
pasti berakhir..
ku pasti..
Post a Comment