Sunday, December 19, 2010

kembali ke sekolah siri 1

hari ini cuti....nak buat macam-macam perkara. ingat nak settle kan hari sabtu dan ahad semalam tapi macam-macam pulak aktiviti lain..adeh.. planning nak membeli barangan sekolah tak menjadi. cukup masa asben pulak balik melaka..ermmm..penat pulak jadi ambik keputusan nak cuti hari ini... 

pagi ini hujan pulak. sementara menunggu hujan reda dan anak-anak bersiap sempat jugak update blog ni. lepas ni nak keluar pergi bank, beli baju sekolah, pergi bukit raja (modem broadband punya hal), ambik listing buku tulis sekolah anak-anak. sebelum ini semua buku tulis dalam list aku beli ..rupanya ada yang tidak digunakan.  kali ini aku suruh anak-anak teliti listing nya dulu mana yang tak perlu, tak payah beli.

ok back to aktiviti semalam... sempat merakam kan kenangan pergi rumah kenduri kahwin anak lelaki kak zack, kakak satu ofis muda-muda lagi dah bermenantu. bestnya semoga cepat timang cucu.

 on the way ke rumah kenduri kahwin kak zack dekat jln iskandar meru..
nasib baik tak lepas ke jerat cina..muahahahaha..

  
dah sampai rumah orang kahwin, tema biru putih
antara barisan rakan-rakan ofis yang hadir

 kak zack emak pengantin, berseri-seri sambut menantu

sebelah petang pergi teman asben ke ole-ole seksyen 18, saja nak check samada telefon yg dia beli semalam ori atau buatan cina..

 sempat pulak masuk pertandingan memasang kereta daripada kad.
abang long menang tempat pertama.. dia memang terer kalau bab-bab macam ni


 pergi ke plaza masalam pulak..nak ambik manual panduan telefon..
semalam manual bahasa jepun saja yang ada
 sempat lagi posing....

pizza, favourate anak-anak...

 lepas pizza, aiskrim menjadi favourate anak-anak gak...apalagi.

3 comments:

Prince Halilintar said...

hehe..balik tu xnak singgah kubur cina lagi ka??cari oren..hahaha:p

wah enjoy betul weekend tu eh smj..

apple hijau said...

amboi anak2 dara k.shida memang pandai bergaya dan posing mcm mak dia jgk...hehehehe....

shida mj said...

prince: tak kesampaian nak cari oren...sekerat jalan je..hehe

nab: diaorg kalau tengah ada mood bergambar memang kalah omak dio..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...