Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011


salam ceria dan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua.
selamat tinggal tahun 2010.  semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum.
semalam adalah kenangan,
hari ini adalah kenyataan dan esok adalah pengharapan..

suka dan duka silih berganti, ada masa mungkin kita di bawah dan mungkin satu masa kita di atas.
hidup ini bagai pusingan roda. itulah yang dinamakan kehidupan. kekadang tak dapat lari dari membuat kesilapan. kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran darinya, kerana dugaan, kesilapan dan kegagalan itu merupakan sebuah pengalaman berharga yang tidak dapat dijual beli. kehidupan yang dilalui dengan pernah membuat kesilapan lebih berguna berbanding dengan kehidupan tanpa melakukan sebarang perkara.

teringat pada satu maksud hadis, rebutlah lima masa sebelum tiba lima masa:
masa mudamu sebelum tua,
masa sihatmu sebelum sakit,
masa kayamu sebelum miskin,
masa lapangmu sebelum sibuk,
masa hidupmu sebelum mati.

oleh itu hayati erti kehidupan ini dengan lebih bermakna, pesanan untuk diri sendiri sempena tahun 2011.

p/s: kalau rasa gembira raikan saja...tak perlu mengenangkan kegagalan esok yg belum pasti ya atau tidak.sekurang-kurangnya kita pernah rasa gembira jika kita gagal kelak. 

5 comments:

Prince Halilintar said...

begitu semangat prince membaca ayat2 smj nie..hehe

hepy new year smj..sambut kat mane?=)

GR said...

bagus entri akak ni. hee

shida mj said...

tq prince & fitri

apple hijau said...

sedih nak tinggalkan 2010...walau apa pun 2011 harus ditempuh dgn hati yg kuat sekuat harimau malaya..haha

peace no war.. ~Adios!~

sariah said...

Tersentuh pulak akakkkk bawa ayat2 smj nie...betul2 real rasanya...betul tak prince...apa2pun di Th 2011 kita akan hidup ceria di samping sentiasa mengingati Allah yg maha Esa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...