Wednesday, September 29, 2010

Under Maintenance

salam..
announcement !!
blog ku kini under maintenance...awas!!!!
operasi akan dijalankan selepas proses baik pulih





p/s: hehe...bukan under maintenance..blog tak buat apa2pun..nak cover je..ahaks..momentum menulis hilang di celah-celah open haus dan blog direhatkan utk sementara.

Wednesday, September 22, 2010

'Saya tetap sayang dia'

salam..aku tak sangka ada jugak seorang ibu yang masih mempunyai perasaan amat sayang kepada seorang pembunuh zuriat dia sendiri. memang tak berhati perut, sama kejam dengan pembunuh anaknya. patut dia didakwa bersubahat membunuh atau dihukum bersekedudukan dengan teman lelakinya..baru lagi adil.  mungkin tempat yg terbaik untuk arwah adik humairah bukanlah di sisi ibu kandungnya, tapi di sisi Allah swt..tuhan lebih mengetahui...Al-Fatihah

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.

Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.



Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.


Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.


Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.


“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.
Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.



Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.


Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.


Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.


Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.


Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.


Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.


“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.


Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.


Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.


"Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,” katanya.


Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.

Tuesday, September 21, 2010

Masih Beli Kuih Raya

raya dah nak dekat 2 minggu pun kena beli kuih raya lagi….haha… inilah pengalaman pertama tak balik kampung beraya..hari raya tahun ini kami suami isteri sepakat tak balik mana-mana kampung. baik kampung suami di pontian mahu pun kampung aku lambor kanan. dua-dua tak balik senang cerita. walau pun aku nampak okay..tapi ..huwaaaaa gua rindu nak balik kampung jumpa adik-beradik..boleh borak ramai-ramai dan borak banyak-banyak sampai tak ingat anak dan suami…itulah tradisi kami adik beradik..biar apa-apa asalkan boleh bersembang..kehkeh. itu yang kekadang suami aku tak paham..takpalah bang, tak paham tidak mengapa asalkan sporting.. kasi chance lah kitaorang bukan selalu berjumpa. ..emak bapak pun dah takda. kesian kan..anak yatim piatu.

berbalik pasal beli kuih raya..ermmm memang tak pernah dibuat kuih raya habis. minggu pertama hari raya rumah aku diterjah oleh kengkawan anak aku. ada yang datang ikut shift. segala stok kuih yang aku order dengan kawan-kawan ofis hampir menunjukkan penyusutan yang ketara. yang dah habis pun ada. itu yang aku start beli kuih-kuih raya yang jumpa dimana-mana..yang sama rasa tapi lain-lain bentuknya. ..terpaksa… ada jugak yang boleh dicapai kalau ada orang datang lagi, sementara aku nak menggoreng-goreng stok apa yang ada di dalam peti ais..biasanya apa-apa saja yang sempat. bersyukur suami sekali-sekala rajin membantu dalam bab menyediakan hidangan mee goreng dengan kadar segera..dia lagi cekap..huhu. ..itu belum lagi bab laksa johornya. pening bila dengar tips dia memasak laksa johor..macam susah je, tapi sebenarnya senang saja..hahah. jangan takut mencuba pada yang nak mencuba. nanti senang-senang aku bagi resepi buat laksa johor edisi husband ku..

datang beraya beserta pakej karaoke..

karaoke di ketuai oleh dua anak dara aku...

hahaha....sampai terbaring penuh perasaan menyanyi..orang dah balik bolehlah cam gini.. 

Tuesday, September 14, 2010

Wajah Satu Hari Di hari Raya

Bila sebut wajah memang sinonim dengan gambar. jadi entry yang ini cuma layan gambar anak-anak di satu hari di hari raya....kita zasss dulu..layannn...

anak bujang dan anak2 dara ku

k.ngah asyik minum, baby asyik tengok tv, abg. long asyik ngan game dia 

acara makan-makan

makan lagi

acara jalan-jalan

sempat posing

ini bukan wajah tapi kasut konon-kononnya comel bangat la tu..hehe

ini kek oren buatan sendiri

ini kuih raya buatan sendiri..makmur brunei..hasil kerjasama dgn anak-anak..belum masak lagi wei tu yg warna kuning..pelik..huhu

p/s : gambar emak bapak nya takda sebab asyik pakai baju t-shirt semata-mata..hehe

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Salam,
Sempena hari baik bulan baik ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan-kawan dan sanak saudara yang terbaca blog ini.
dan saya di sini juga saya meminjam kata-kata yg sering diungkapkan dan yang sering saya terima daripada email kengkawan dan juga kalau tak silap daripada kad raya..

Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta-benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi
yang kena mengena

dan..kadang-kadang mata salah melihat, hati salah menduga, mulut salah berucap, janji kadang-kadang terabai, sikap kadang-kadang menyakitkan...kekadang terlalu berterus terang hingga menyakitkan jugak orang lain..oleh itu.....hidup ini menjadi terlalu indah jika masih ada rasa maaf-bermaafan.

ungkapan di atas memang apa yang nak saya sampaikan, sebab saya tak pandai berkias-kias, apatah lagi untuk memperli kawan-kawan yang dikasihi. dalam usia yang dah sebegini rasanya tak mudah terjerat dalam permainan emosi. tak da pun rasa nak sakit hati ke.. apa ke..kalau orang nak mengata atau mengutuk dibelakang pun terpulang..saya hanya insan biasa yang tak sempurna..menerima orang lain seadanya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN

p/s: hati-hati di jalan raya..pesanan ini khas kepada yang beraya balik kampung..sebab aku masih di sini..beraya di perantauan..shah alam bandaraya anggerik..bersama suami dan anak2 tercinta...huhu

Monday, September 6, 2010

tiada tekanan tapi cabaran

salam…sambungan dari tajuk tiada tekanan yang aku tulis tempohari tapi tiba-tiba hilang mood terus stop menulis tapi takde lah sampai nak tutup blog macam ms pearl itu kes lain. tapi akhirnya beliau pun macam tak jadi tutup..ms pearl dan blog memang tidak dapat dipisahkan hehe..untuk makluman ms pearl adalah sifu ku pada permulaan aku berblog dan hingga kini aku masih peminat setia pada penulisan dengan gaya straight forward nya. tulisan very nice walaupun kekadang mengenakan orang di kiri kanannya. wa caya lu hani..


bagi aku pulak minggu lepas tiada tekanan tapi cabaran bagi aku ada berbagai perkara yang memang sangat mencabar…cabaran pertama kawan baik ku buat perangai..sape lagi kalau bukan cik toshiba jepun mesin basuh kesayangan aku yang boleh menampung beban 9 kg tu le. seminggu aku berulang alik ke kedai dobi berkenalan dengan kawan baru kat kedai tu. sangat membantu menyelesaikan masalah aku di bulan ramadhan yang mulia ini. tapi bajet agak lari sedikit.

cabaran kedua, harapkan pagar, pagar makan padi..hehe ATM machine yang kuharapkan memuntahkan duit aku rupa-rupanya bertukar fungsi menelan duit ku..hukhuk tak guna. lepas raya baru aku dapat balik..lepas raya tu… apa ke benda nya..terbantut aku nak enjoy raya. enjoy ke? hihi..bajet bukan setakat lari ni..kucar kacir jadi nya.

cabaran ketiga, house cleaning di musim bulan puasa. kena ada kekuatan mental dan fizikal ni. melalui proses sisih memeningkan aku..habis buku-buku anak dan kertas2 aku jual kat apek paper lama. clear sikit.

dan aku harap tiada lagi cabaran selain daripada cabaran melakukan ibadah di bulan yang mulia ini. tq...

Friday, September 3, 2010

tiada tekanan

untung aku bukan blogger tegar. pembaca blog pun bukan ribu-riban kalau rasa nak update blog updatelah..kalau tidak 6,7 hari masih entry yang sama. tak ramai orang baca dan yang tertunggu-tunggu. kalau ada pun bebalik aku klik dan baca sendiri..ahaks . apa nak buat menulis ikut kata hati macam itulah. tiada paksaan dan tekanan dari mana-mana pihak. apatah lagi untuk orang beri provokasi pada aku . takda.. sebab pembaca berapa kerat sangat. kawan-kawan sendiri saja. nasib baik jugak macam itu. aku bukan jenis tahan dengan provokasi . memang cepat rasa marah dan geram. aku berblog hanya untuk sesuka saja. mencatat apa yang patut.

bukan tiada benda nak ditulis, kekadang elok-elok dah draf, pastu tu tak jadi posting. itu namanya tulis spesel untuk diri sendiri saja.. hehe. pegi pulak makan-makan, kamera tak bawak. nak cerita sedap camna kalau takde bahan bukti. kalau ikut resam nya orang yang berblog ni kena rajin klik sana, klik sini.. kekadang gambar makan cekodok pun ambil… buat ibadah pun ambil gambar, tapi aku? uish susah mau cakap lor.

eh..nanti kita sambung ya ada sesuatu yang buat kan mood aku terjejas di kala ini..tak jadi nak menulis..

sambung nanti-nanti lah.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...