Tuesday, August 24, 2010

nasi arab giant

salam ..agak busy sehari dua ini, semua pasal data mymohes KPT nak kena transmit sebab dah due hehe…. aku jaga statistik lulusan. banyak tu beribu2 lemon. macam-macam permintaan. kadang-kadang staf kat ofis panggil kitaorang ‘orang data’..kehkehkeh. apa-apalah janji senang nak ingat .

bz pun bz la tapi aku tak nak lepaskan kesempatan pegi makan-makan berbuka pose bersama rakan-rakan satu ofis. cayalah bukan senang nak berkumpul selalu macam nih. menu nasi arab, ala-ala nasi beriani gitu.. dan ada lagi lah yang lain-lain. tempat? D’arab cafĂ©, seksyen 7 shah alam. kalau sekali tengok mungkin orang ingat besarnya pinggang nasi tu, macam giant..hehe. tapi sebenarnya satu pinggan besar itu untuk satu keluarga. itu pun tak habis.
namanya nasi arab shj bukan nasi arab giant..giant tu aku yg tambah..hehe


 
antara rakan-rakan yg hadir, k.sar senantiasa ceria, prince halilintar paling ke lain tengah target
nak makan apa dulu

baby: tak tau apa yg di dongakkan nye, tunggu azan ker?
gambar tak banyak sangat. macam biasa aku malas nak snap banyak-banyak. tapi untuk lebih cerita dan gambar klik kat blog prince halilintar

p/s: kat ofis dah start gantung ketupat dan pasang lampu klip2. tahun ini aku raya kat mana…cuba teka....akupun tak tahu..hehe..misteri nusantara betul..

Thursday, August 19, 2010

rindu dodol arwah mak..

lapar tidak, haus pun tidak tapi boleh pulak tetiba je teringat kat dodol arwah emak aku dulu. biasalah bulan pose macam nilah.. asyik teringat. hukhukhuk..ni mesti ada kena mengena rindu kat arwah mak aku..sedey nya dah 5 tahun mak pergi meninggalkan kami, arwah bapak pulak 8 tahun. tapi masih fresh lagi ingatan aku pada diaorg. Al-Fatihah untuk arwah emak dan bapak aku. aku tak pernah lupa.


gambar sekadar hiasan

cerita pasal dodol tadi… memang berbeza dodol dulu dengan dodol sekarang (aku beli aje). dulu-dulu arwah emak buat dodol sendiri. satu kawah tuh. kacau dari pagi sampai petang. bila siap letak dalam upeh pinang. nak masukkan dodol dalam upeh pinang tu guna pelepah pisang. memang klasik betul. tapi peghhh…ada ummmph. bau dia wangi dan makan pun sedap…teringat-ingat ni. ok dah-dah la tu..makin dikenang makin rindu pulak aku kenangan dulu-dulu..petang ni aku nak masak apa pulak..takkan nak masak dodol… hehehe .. oh ya lupa pulak, petang ni ada majlis berbuka puasa bersama staf pps, bawa keluarga sekali. selamat tak payah pikir nak berbuka apa. yang pasti nasi arab sudah menunggu..yeah.

p/s: masa kecik2 suka makan kerak dodol…best tau.

Wednesday, August 18, 2010

uish..cerai lagi

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini.

Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.

Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.

Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.

Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut. ~Harian Metro~
 
smj tak tahulah apa masalah nya diaorang ini. senang betul kahwin cerai, kahwin cerai.. adehh...
smj ambik yang positif saja mungkin dah takde jodoh. apa nak buat. mungkin roslin boleh pegang malaysian book of records, pasal perkahwinan terpantas dan saman ex-wife atas segala kos..senangkan. dan lucu jugak bila ada yg komen roslin ceraikan bini sebab bila roslin ajak main badminton bini tak mau main.. haru kalau betul wakakakaka..
 
p/s : pelik! itu yang highlight berita ini..sekali-sekala keluarkan berita atau mungkin berkala-kala di musim smj takde apa yang nak ditulis. bukan takde apa..tapi di kala tak semua benda smj nak tulis.. huhu..

Monday, August 16, 2010

ada yang specialnya ogos kali ini

rasa macam best pulak bulan Ogos tahun ini..hehe. tak taulah kenapa, tapi rasanya bulan ini banyak benda yang ada. bukanlah yang pelik-pelik sangat, yang biasa saja, rutin tahunan tapi kebetulan dalam satu bulan yang sama. itu yang rasa meriah sikit.


sebab pertama yang bestnya bulan ramadhan le.. kita start berpuasa bulan ini. takdelah lagi anak aku nak tanya… bila kita nak pose ibu. pose lambat lagi la adik. itu saja aku jawab.. sebulan lagi dah sibuk tanya. excited betul bebudak ni nak pose. dan memang seronokpun tengok anak-anak pose sekarang ni..seriously diorang lagi semangat. kalahkan aku pulak yg diserang sakit wanita awal-awal lagi.. hikhikhik.

sebab kedua bulan ni nak sambut merdeka. aku suka tengok orang kibar bendera. tapi husband tak suka letak dekat kereta. dia kata menyemak saja. uish.. memang takde semangat patriotik..

sebab ketiga bulan ni bersamaan dgn tanggal 31 ogos wedding anniversary aku yg ke 13. tarikh sama dengan negara malaysia sambut merdeka. saja pilih tarikh ni dulu senang nak ingat. bukan aku, husband aku memang cepat lupa. sebut pasal ulangtahun ni, bukan best sebab dapat hadiah ke..keluar makan ke.. . ulangtahun ini lebih bermakna kalau kita hayati balik makna perkongsian hidup kita.. macam-macam perlu dibaik pulih mana yg patut…adatlah sedangkan lidah lagi tergigit…

tapi yang tak best nya pulak bulan ni kenapa lah ramai orang buang dan sama ertinya bunuh bayi. boleh katakan hari-hari..sesak dada aku. tak kesian ke kat bayi tu..tak takut dosa ke?

yang tak best nya jugak hari-hari ada kes jenayah bunuh, bunuh diri , tetak-menetak, simbah asid..ish banyak lagi, ngeri..

p/s: ada lagi yg tak bestnya kalau bonus raya pun takde…hukhukhuk

Thursday, August 12, 2010

~diam~

diam tak semestinya bisu. diam tak semestinya menyerah kalah, kekadang memang saja nak mengalah pun. diam tak semestinya setuju.

banyak lagi sebab diam ni sebenarnya. SMJ tuliskan kat bawah ni sebab-sebab yg banyak itu..jom baca.

diam bodoh
diam kerana tak tahu apa yg harus dikatakan. kurang ilmu pengetahuan dan kurang pemahaman. namun diam ini jauh lebih baik dan aman daripada memaksa diri bicara semua tahu.

diam malas
diam pada saat orang memerlukan perkataannya, dia enggan berbicara kerana merasa tidak ada mood atau malas.

diam sombong
diam ini termasuk diam negatif kerana dia bersikap diam berdasarkan anggapan bahawa org yg diajak bicara tidak selevel dengannya.

diam khianat
ini diamnya org jahat kerana diam untuk mencelakakan orang lain. diam pada saat memerlukan kesaksiannya.

diam marah
diam inii ada baik buruknya. baik, lebih terpelihara dari perkataan keji yg mengeruhkan suasana. buruknya pulak diam yg bukan utk mencari penyelesaian tapi menambah masalah.

diam emas
juga dimaksudkan diam positif iaitu diam hasil dari pemikiran dan niat untuk menahan diri dari beberapa hal seperti:
  • diam dari perkataan dusta
  • diam dari perkataan sia-sia
  • diam dari komen spontan dan cetek
  • diam dari kata yang berlebihan
  • diam dari keluh kesah
  • diam dari niat riak dan ujub
  • diam dari kata yang menyakiti
  • diam dari semua tahu dan semua bijak (org kurang senang)
dan akhir sekali,

diam semasa kerja 
ada baik dan buruk nya..yg baik kerja boleh beres cepat...dan yg buruknya ada kemungkinan dia diam sebab tidur kat kerusi sendiri bukan buat kerja..alamat lah kerja lambat beres. tambah bulan pose nih mesti ramai yg mengantuk. diam sebab tidur..bahayo tu..hehe diam yg ini aku tambah sendiri tiada kena mengena dengan jenis diam yg kat atas tu. gurau yo..

tidur
tido je bila nak siap keje nih! patut le diam ..hehe
tidur gambar hiasan semata-mata

Tuesday, August 10, 2010

kelebihan solat tarawih


pada kebiasaannya sempena bulan Ramadhan yang mulia ini ramai yang ingin mengambil peluang meningkatkan amal ibadah kerana ganjaran yang diberikan oleh Allah berlipat kali ganda. ramai yang dah tau kelebihan solat tarawih. sekadar memperingati diri sendiri dan mereka yang yang ingin mencari kelebihan solat tarawih..


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Monday, August 9, 2010

Ramadhan datang lagi

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.......................

SELAMAT BERPUASA SEMUA........

tInGgAl 2 hari LaGi.....


ANDAI INI YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat SAYA

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Selamat Menyambut bulan Ramadhan
untuk pesanan dan renungan kita bersama
sumber : kiriman email drpd k.ida

Thursday, August 5, 2010

gaya hidup sihat

bertuah rasanya dapat menghadirkan diri dalam program yang dianjurkan oleh pusat sukan uitm. mula-mula memang rasa malas jugak nak pergi. apalagi mood nak menyambut bulan pose semakin kuat. malas rasa nya nak bersenam-senam lagi. hehe..itu sebab badan rasa dah berat nih. perut dah tak kempis lagi..huwaaaaaaa.

macammana nak kempis kan perut ni. sape ada tips mudah tak nak yg susah-susah tau. nak kurus memang senang,  tapi yang nak maintain tu yang susah. kalau semangat tak kuat mau badan naik macam dipam-pam. pakai krim sapu-sapu pun tak berkesan. cuma pijar & kepanasan je yang rasa, perut tak kempis-kempis gak. bila jari tergosok kat mata. mak ooii pedihnya mata....uish susah bangat nih nak buat seat up dah malas..
macam mana nak kempis.

mengenangkan aku dah lama tak exercise aku gagahi jugak melangkah pegi ke program modul gaya hidup sihat. memang best. banyak tips yang berguna macam mana nak badan sihat cergas dan awet muda. jemputan yg menjayakan program terdiri daripada chef drpd. hotel uitm, trainer drpd true fittness dan bekas juara angkat berat negara, hidayat hamidon (dia ni memang awet muda dan hensem..ahaks).

ada tips yang diberi oleh hidayat hamidon. dia ni sangat bersopan dan merendah diri orangnya. dia bagi tips macammana nak bakarkan lemak yg tak perlu contoh yg kat perut macam spare tyre tuh. pastu dia bagi tips macammana nak nampak kulit lebih cantik dan anjal. aha aku dah tau..hehe. senang je ada byk kat farmasi di mana-mana, tiada kesan sampingan. tq..hidayat.

selepas dah makan biskut raya dibuat oleh chef hotel uitm dan lunch, zuhur rehat sebentar. pastu trainer dari true fittness leading kami exercise selama 2 jam non stop, tarian pilates dan dancing queen. mak aii..berpeluh-peluh beb. fuhh! best giler. ringan sikit badan.

kat bawah ni ada sikit je gambar dapat snap.. blogger sibuk melompat-lompat. tu yg tak sempat ambik gambar. hehe..

ucapan perasmian oleh ketua pusat sukan

ini lah si hidayat tu..umur dah 37 tahun tapi macam 20-an

sempat gak bergambar...ahaks

ni chef tengah ready nak buat biskut raya byk menggunakan oat..
katanya bagus utk absorb lemak yg jahat

selipar 'fung keong' dan pos laju

''Kadang-kadang sebagai ibu kepada seorang anak lelaki, saya harus uruskan benda yang pelik-pelik. Contoh terbaik minggu lepas saya pos laju tali pinggang. Hari ini saya pos laju selipar Jepun pula.
''Perkara ini berlaku sebab anak lelaki saya belum sampai 'level of responsibility' yang saya harapkan dan saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan saudara terdekat.
''Namun saya terus berdoa supaya janganlah satu hari nanti saya perlu pos laju seluar dalam pula.''
Catatan diari seorang ibu perihal anak lelakinya berusia 14 tahun yang kini bersekolah di Ipoh, Perak.
Dia dikurniakan empat cahaya mata, tiga perempuan dan seorang lelaki yang juga anak sulung dalam keluarga. Rutin berulang-alik ke Ipoh bermula awal tahun ini. Anaknya masuk asrama semasa tingkatan dua. Selain Kuala Lumpur-Ipoh, dia juga selalu berulang-alik ke pos laju.
Catatan diarinya tidak berhenti di situ.
''Hari ini budak pos laju nak tengok pula barang yang nak dipos, terpaksalah tunjuk selipar Jepun fung keong depan orang ramai (terglamor seketika, semacam kedengaran siren ambulans di luar pejabat pos mahu mengambilku selepas diserang penyakit malu tahap 4).''
Sempat dia bergurau dalam catatannya sendiri. Sememangnya seorang ibu tidak pernah malu untuk berbuat apa saja untuk anaknya.
Dia memanjangkan lagi notanya. Dikhabarkan di sekolah anaknya tidak disediakan perkhidmatan dobi. Semasa bulan-bulan pertama, baju yang disidai di ampaian terbiar berhari-hari tidak berangkat. Akibatnya baju tersebut hilang. Paling tragis (istilah yang dia gunakan), baju-baju tersebut dikutip oleh warden yang kemudian menjualnya dengan RM2 sehelai.
''Bayangkan duit sekolah buat beli baju sendiri.'' dan lagi.....

artikel oleh : noraini abd. razak, utusan m'sia

ini sebahagian daripada artikel yang aku telah aku baca dan yang aku janji nak entri dalam blog. catatan seorang ibu memang amat melucukan. bukan senang nak buat muka tebal sebab buat benda yang pelik-pelik. 
harap anak-anak aku boleh berdikari walau di mana saja berada.

Monday, August 2, 2010

pelik & malu: berubah demi anak

salam semua…cepatnya masa berlalu sedar tak sedar dah masuk bulan ogos. cepat betulkan masa berlalu. entri kali ini aku nak cerita sikit pasal pelik & malu. rasanya semua orang ada sifat malu. macam mana hebat orang itu mesti ada perasaan itu. memang susah untuk kita nafikan.

tapi lain sikit kalau dah jadi seorang ibu..rasanya setiap ibu mesti dah melalui proses perubahan. daripada malu jadi tak malu. bukan nya malu sebab tak pakai baju ke apa. tapi contohnya la kan daripada malu bertanya dah tak malu bertanya. daripada pendiam dah bising sikit. daripada kurang bergaul dah kena bergaul. daripada suara dengar tak dengar jadi range besar punya suara. ha..macam-macam lagi sebenarnya. bila dah jadi ibu ni banyak benda pelik yg kita kena buat.

macam sabtu yang lepas, pelik sangat rasanya kalau kita yang dah dewasa ni sama-sama duk tengok bebudak Idola Kecil 2 buat shooting drama TV9 dekat sekolah anak-anak . niat nak ambik kak ngah habis seminar BM kat sekolah pukul sepuluh. tapi boleh pulak melepak sekejap tengok bebudak idola kecil tu shooting . anak dah minat kat idola kecil tu, nak buat macammana layan sajalah. hilang malu ter’join’sekejap.

sekali-sekala apa salahnya, aku pun tak nak jadi dewasa sepenuh masa. kekadang kena sporting gak dengan anak-anak.

tengah nak start shooting kelihatan aril dan tasya..tau jugak aku ye nama bebudak tu..hehe

satu perkara lagi yang aku tak pernah buat sebelum ni. kumpul paket milo atau apa-apa product milo untuk dapatkan point bagi menebus bola mini adidas dan beg adidas. anak sulung dan aku (didesak) tengah gigih berusaha mengumpul. mak aii..tak pernah dibuat aku kerja ngumpul macam nih. huh anak, anak.. macam-macam benda yang tak pernah dibuat kena buat. lucu bila mengingatkan itu semua.

ada banyak lagi perkara yang pelik-pelik. next entri akan aku masukkan coretan seorang ibu yang buat benda pelik-pelik demi anak lelakinya. aku dah baca. memang lucu. adeh…


p/s: wlpn sebelum ini saya lebih dikenali sebagai ms shadow dlm penulisan blog tapi saya dah nak tukar nama pena sebagai shida mj dlm entri akan datang. ok ke tak…ermmm lebih bermakna lagi rasanya. boleh la ye….(macam suruh setuju je kan) huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...