Aku rasa ramai yang pernah mengalami fobia. Termasuk diri aku sendiri. Sebab itu aku suka untuk berkongsi maklumat ini.
Agak menarik juga untuk kita tahu apa itu fobia. Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah.
Fobia bukanlah kategori besar dalam penyakit mental tetapi ia menarik dan mendapat perhatian.
Diantara jenis-jenis fobia yang terdapat dalam perubatan dan definisinya.
JENIS FOBIA dan DEFINISI
acarophobia = takut gatal
aichmophobia = takut objek tajam
anglophobia = takut England atau orang Inggeris
anuptaphobia = takut bersendirian
automysophobia = takut badan kotor
cancerphobia = takut kanser
chrematophobia = takut duit
cyberphobia = takut computer
ecophobia = takut rumah
eleutherophobia = takut bebas
ergasiophobia = takut kerja
erotophobia = takut seks
gamophobia = takut kahwin
gerascophobia = takut tua
hydrophobia = takut air
iatrophobia = takut berjumpa doktor
necrophobia = takut mayat
negrophobia = takut hitam
novercaphobia = takut ibu tiri
ombrophobia = takut hujan
pentheraphobia = takut mak mertua
phagophobia = takut makan
satanophobia = takut hantu
scopophobia = takut diperhatikan
spectrophobia = takut lihat cermin
thanatophobia = takut mati
toxiphobia = takut racun atau diracun
ha, kan dah berbelit-belit lidah nak sebut tu. Banyak lagi tau. Bagi yang fobia takut duit senang je, bagi dekat aku duit itu. Pandailah aku nak buat apa. Tambah-tambah jakel dan ariani sudah dibuka di seksyen 7, shah alam, sekejap saja aku habiskan duit itu. Takut duit ingat dekat shida ok.
Friday, May 28, 2010
Saturday, May 22, 2010
soalan-soalan yang biasa ditanya
anak-anak dah besar macam gini umur berapa sekarang. nak cakap ke tak.
biasanya soalan yang macam ni aku akan analisis si penanya tu dulu.
apa tujuan dia tanya, apa sebab dia tanya (dalam kepala je la) . mungkin dia nak bandingkan umur dia dengan aku. mungkin sebab dia nak bandingkan badan dia dengan aku ke? atau mungkin dia nak bandingkan anak-anak dia dengan aku ke.
ish... macam-macam. mungkin soalan itu sekadar untuk bermesra. atau memang betul-betul nak tau. kesian.
tapikan dengan rendah hati, aku selalu mengingatkan yang bertanya dan diri sendiri. ramai lagi yang seusia macam aku tapi nampak kecik. bukanlah pelik sangat. yang penting jaga kesihatan agar cergas sentiasa.
haha..ni ada satu soalan yang buat aku terkejut. 'Kak Shida tak nampak macam mak'.
pantas aku tanya balik, apa maksud nya. risau pulak aku bila orang label aku macam tu. mak yang macam mana yang dimaksudkannya. aku ni punyalah sayang kat anak-anak. sporting pulak. soalan itu menyatakan macam aku seorang pendera. ngeri.ganas sangat ke aku. owh..rupanya baru aku tahu. kak shida dengan anak-anak nampak macam adik-adik dan kawan-kawan. memang le, itu kalau anak-anak elok aku pun elok la. boleh lah jadi kawan-kawan. tapi cuba kalau diaorang buat hal, hanya anak-anak aku je yang tau aku cam mana.hehe..
p/s: Cikgu Sita (guru disiplin) yg berwajah serius di sekolah, tetiba terjumpa semasa kelas taek wondo anak, tersenyum manis menyapa dan bertanyakan umur ku berapa?
kenapa????
Thursday, May 20, 2010
Hari pertama istiadat konvo ke 72
Tarikh : 20 Mei 2010
Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM
Hari pertama setiap istiadat konvo di UiTM ni special sikit. sebab?
ada perbarisan kawad dan dipengerusikan oleh:
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud
Al Muktafi Billah Shah
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Universiti.
DYMM Tuanku Canselor menentukan kekerapan dan tarikh bagi mengadakan
konvokesyen dan bagindalah yang mempengerusikannya.
Keberangkatan Baginda of course lah diiringi oleh DYMM Tuanku Permaisuri Agong yang anggun lagi menawan. dapat ku tatapi dengan jarak dekat.
itu je gambar yang sempat diambil..
susah nak menyelit-nyelit orang ramai..huhu

Tuesday, May 18, 2010
Mandi
Info ini sangat menarik untuk kita kongsi bersama.
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik.. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin.. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
p/s : tq yimz for the information

Letih
Minggu ini sangat letih. Fizikal nampak cergas. Ke hulu ke hilir.
Macam atlet. Jalan macam tak cecah lantai, cecah sikit-sikit saja, macam pelumba marathon jalan kaki. Tapi aku letih.
Sebetulnya otak yang letih berfikir. Bila otak letih secara otomatik badan letih.
Banyak sangat berfikir menyebabkan otak jadi letih.
Ahh..Cepatlah hilang keletihan ini. Minggu ni nak keje straight 7 days, macam minggu lepas. Almaklum musim konvo. kena bertugas. minggu ni dan minggu depan anak ada mid year exam. letih lagi. letih nak suruh ulangkaji. ada ke patut baca komik time nak exam.
kat ofis email permohonan data berderet-deret belum lagi masuk surat-surat permohonan data. untuk tindakan shida..segera..argghh..letih nak sediakan benda urgent.
kajian online still on nasib baik berjalan lancar. setelah bertungkus lumus menyediakan mengikut format KPT. bukan senang beb. nampak je senang.
petang kalau tak hujan main volley ball, bersama geng yang minat sukan, untuk merelakskan minda..hehe. i like.
cara untuk merehatkan minda lagi, simple je.. jangan fikir berat-berat. buat-buat tak tau saja. yang penting kita mesti cool. keje teruskan saja. jangan stress. relaks. berdamping dengan kawan-kawan yang ceria dan positif.

Tuesday, May 11, 2010
Pengalaman Yang Terbaik
Pada 8 Mei 2010, bertempat di Kem El Azzhar, Morib saya dan rakan-rakan pejabat pergi "Membina Kumpulan" (Team Building).
Ini adalah satu-satunya pengalaman yang terbaik sepanjang tempoh kerjaya saya hampir 15 tahun. Pada kebiasaannya sesuatu organisasi akan adakan hari keluarga dan berbagai lagi untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan staf. Tapi team building kali ini berbeza. Mencabar dan menyeronokkan. Macam inilah yang sepatutnya dijayakan selain daripada kursus-kursus motivasi yang sudah terlalu biasa.
Kita layan gambar-gambar bersama Team Building, PPS UiTM.
Ini adalah peserta acara siapa dapat tahan nafas untuk kempiskan perut lebih lama..acara ini diadakan sementara menunggu peserta lain sampai oleh itu peserta bolehlah bersantai-santai dengan menghirup udara pagi yang segar (tiada dalam senarai acara yang sebetulnya).
bergambar beramai-ramai sebelum menaiki "bas UiTM Dihati Ku"
Suasana di dalam bas UiTM di hatiku
walaupun naik bas tapi posing macam nak terbang..kah kah
nama kem macam universiti kat mesir..hehe
apa-apapun kita makan pagi dulu, takut nanti ada yang pengsan susah pulak.
apad, takkan dah haus kut, aktiviti belum mula lagi..
huh yang ni gayat..nasib baik tak kena buat.
aktiviti indoor bersama kumpulan..dapat kumpulan yang best, hidup PPS GIC(Global,Inovatif,Creative)
kesian acap..berserah.. untuk dijadikan kereta F1
khusuk mendengar taklimat jurulatih acara outdoor pulak.
Encik ni nampak brutal tapi baik
bersedia untuk acara paintball
bos pun sedang buat persiapan untuk acara tembak menembak
tolong-menolong amalan mulia
haaa..ini dia team saya yang pantang menyerah kalah.dari kiri, wenz, nab, saya, dr.zaini dan yimz
posing, setelah penat dan benjol sana-sini selepas acara paintball.
khusuk pulak dengan taklimat untuk berkayak.
sebelum apa-apa baik posing dulu.
ish-ish sape yang pandai berkayak nih..tak sangka.
tada..selesai berkayak..ermm best.
ha..yang ni pun tiada dalam senarai acara..ish-ish anak sape le ni.
nyanyian beramai-ramai 'menyumbangkan' satu lagu persahabatan.
acara akhir, bersalam-salaman dipagi raya
jejaka-jejaka ceria nak balik
ni tengah kumpul ramai-ramai tadi cari bilik.
yang ini pun tiada dalam acara, sekali-sekala kasi chance..hehe
berkumpul sebelum balik nak naik bas..cuba kira kut ada yang missing dalam acara tembak-menembak tadi.
jommm balik..aksi sebelum naik bas..
Syukur semua selamat pulang tanpa ada yang cedera parah. Tiada yang lemas, tiada yang pengsan tertanam pasir, ok lah tu. Setakat lebam dan benjol sana sini saja. Tak lama dalam seminggu hilanglah lebam-lebam tu kata jurulatih.
Tapi dalam pada berseronok itu, saya doakan agar bos Prof Madya Dr. Zaini cepat sihat setelah dimasukkan ke hospital KPJ.. dulu SMC, akibat kesihatan tak stabil..setelah agak lasak juga dalam semua acara.

Friday, May 7, 2010
Tips Kesihatan
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-
1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
p/s: sama-samalah kita mendapat manfaat tips kesihatan dari artikel sudut 5S PPS hasil carian lelaki melayu terakhir yang rajin, adik yimz dan apad lagi..

Wednesday, May 5, 2010
Drama King
Lagu ni memang best
Lagu yang jujur
dan penyanyinya pun nampak jujur
mari kita rileks jap...
Drama King-Meet Uncle Hussain ft Black
Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama
Kau Masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yg pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yg terhebat
Memukau mata melihat
Lagu yang jujur
dan penyanyinya pun nampak jujur
mari kita rileks jap...
Drama King-Meet Uncle Hussain ft Black
Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama
Kau Masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yg pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yg terhebat
Memukau mata melihat
Tuesday, May 4, 2010
Aku Lebih Suka Berbahasa Melayu
Mudah, kitakan duduk di dalam negara melayu, ramai orang melayu, tempat kerjapun melayu, raja melayu, bahasa rasmi melayu, apa salahnya cakap melayu.
Aku lebih suka cakap melayu, di mana saja. Nak bagitau ini negara orang melayu. Tak kiralah engkau bangsa apa. Kecuali.. kalau terjumpa mat salleh aku akan cuba speaking english. Itu pun kalau aku nak cakap. Kalau tidak pun mat salleh tu yang kena cakap melayu. nasib la. aku peduli apa...tak pernah pun jumpa mat saleh setakat ni.
Boring kalau ada org cina dan india tak tau cakap melayu. meluat. nama je duduk kat negara melayu. cakap melayu tak reti. Bangla, pakistan, vietnam yang datang takde permit baru 1, 2 hari pun tau cakap melayu. ni dah duduk sejak lahir buat-buat tak tau cakap melayu. Bagi aku takde kompromi..
Ada satu bank, hari tu telefon customer servisnya, jawapan pertama:
tekan 1= untuk bahasa inggeris
tekan 2= untuk bahasa cina
tekan 3= untuk bahasa melayu
tekan bla,bla aku dah tak dengar dah..
uish!..bahasa melayu bukan keutamaan no.3 diletaknya, melampau!
Nak berniaga kenalah cakap melayu dengan orang melayu, atau senang, guna saja bahasa rasmi biar orang paham. itukan bahasa rasmi negara kita. susah ke nak berbahasa melayu. bahasa rasmi bermakna guna satu bahasa yang sama untuk perkara rasmi.
Ini terbalik, bahasa lain jadi keutamaan. Bahasa melayu ibarat melukut ditepi gantang.
Bos melayu sama-sama bos melayu meeting pun cakap omputih. camno. tak reti lah nak salahkan sesape..
Tapi jangan salah faham..bahasa inggeris tu memang penting, cuma biar lah kena pada tempatnya. Cari ilmu senang kalau kita menguasai bahasa inggeris..anak2 akupun memang diberi penekanan bercakap dan membaca bahasa inggeris..
Cuma...jangan pinggirkan bahasa melayu, bahasa jiwa bangsa.
p/s: geli hati tengok kalau ada cina atau india yang terkial-kial cakap bahasa melayu setelah percubaan untuk cakap omputih dengan aku tak berjaya..sebab aku bantai cakap melayu dengan diaorang, faham ke tak faham aku tak kisah, lantaklah diaorang...janji aku cakap melayu.

Monday, May 3, 2010
Fakta Menarik dan Tertarik
Di bawah ini sama-sama kita mengatahui fakta-fakta yang menarik perhatian untuk di baca bersama. Fakta ini salah satu artikel yang terpampang di sudut 5S PPS hasil pencarian Yimz dan Apad, rajin diaorang..taklah macam akak ni rajin baca je. Thank you ye.. Yimz & Apad..lain kali cari lagi ok.
1. Nama kereta Nissan berasal dari perkataan Jepun; Ni : 2, San : 3.
Nissan : 23
2. Semut dapat mengangkat beban 50 kali berat dari tubuhnya
3. Unta mempunyai 3 kelopak mata
4. 13% orang di dunia adalah kidal
5. Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri
6. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehinggakan mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat semua pergerakkannya
7. 1 bayi lahir setiap 7 saat
8. Dalam satu titis air mengandungi 50 juta bacteria
9. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land
10. Mengunyah gula-gula getah semasa kita mengupas bawang boleh mencegah kita daripada menangis
11. Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit
12. Siput boleh tidur selama 3 tahun
13. Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu berlari sepanjang padang bola sebelum benar-benar mati
14. Setiap manusia mempunyai telinga yang berbeza
15. Harimau mempunyai kulit yang berbelang, bukan hanya bulu yang berbelang
16. Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna jernih, dan tampak putih di salji
17. Wanita berkedip mata dua kali lebih banyak dari lelaki
18. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A
19. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung
20. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia

Subscribe to:
Posts (Atom)