Friday, May 20, 2011

konvo uitm dan diriku

cewah.. tajuk macam aku yang konvo pulak..terlebih sudah..
hari ini hari terakhir konvokesyen uitm yg ke 74. sepuluh hari berkelana / bertapa di Dewan Agong Tuanku Canselor. bukan smj yang konvo, smj dah lama konvo dulu-dulu..berkurun lama kurasakan...lalala. lagu exist pulak dah. uitm memang di hati ku..sesudah habis belajar di uitm terus dapat kerja di sini..dah dekat 16 tahun kerja, masih sangat setia dengan uitm..rezeki memang di sini aku tetap di sini..takkan kemana-mana.

setiap kali istiadat konvo smj bertugas. seronok pun ada sebab suasana kemeriahan dekat terasa. sesi istiadat konvo kali ini diadakan di DATC dewan baru yang serba cantik. tapi ramai yang sesat sana sini. ada yang pusing sana sini tak jumpa jalan keluar dan masuk. nak pergi dewan utama pun tak jumpa jalan. adeh.. nasiblah... staf sendiri pun ada yang sesat pertama kali sampai.
kesian jugak ada pakcik dan makcik kesejukan dek aircon yang kuat..ade jugak yang berpeluh-peluh naik turun tangga cari tandas..macam-macam ada..tapi yang pasti semua orang berwajah ceria..al-maklum meraikan kejayaan anak-anak, saudara mara, suami-isteri ataupun kawan-kawan.

kesempatan yang tak pernah dilupakan adalah sesi bergambar sebagai acara selingan, disamping menjalankan amanah kerja. kita layan dulu sesi bergambar-gambar.. sahabat bertugas prince dah awal-awal keluar cerita konvo ini..tapi tak apa kita layan je lah versi smj pulak..hehe

 Dewan Agong Tuanku Canselor

dalam DATC

 Istiadat dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong


Ibu Bapa, Keluarga Graduan yang hadir


 sesi bergambar diri sendiri bermula

bergambar lagi..
  kat dalam dewan ni nanti dato' ct nurhaliza akan buat show klu tak silap bulan 7 nanti..tungguuuu..

 skp yang ceria..sentiasa membantu
 ceria lagi..termasuk abg polis karim dan skp keselamatan

masa ini hari cuti wesak ada raptai, anak2 pun ikut sama pergi kerja biar naik semangat diaorg nak belajar bila tengok org berkonvokesyen...bergambar dengan hani calon masuk AF kerja sambilan masa cuti semester


anak2 suka dengan bunga-bungaan ini..
ni sorang berangan nak main biola, sorang lagi berangan nak main ala-ala piano




 ni tengah berangan nak jadi photographer pula..banyak betul angan2 bebudak ni.
 rasanya bisness jual bunga paling laku..
 dewan 3 tingkat dipenuhi graduan dan tetamu..

alamak internet slow pulak takleh nak upload bebanyak gambar lagi..oklah nanti sambung lagi..

Saturday, May 14, 2011

kerna yang simpati kurang memahami

kita boleh jadi diri sendiri, tetapi adakala terpaksa pula berhipokrasi..
tapi bila kita penat berhipokrasi..kita akan jadi diri sendiri
masa itulah kita akan kehilangan orang-orang disekeliling
orang yang mengharapkan kita menjadi orang lain
yang mengharapkan semua indah-indah dan semua elok-elok
tapi sampai bila, tak dinamakan kehidupan jika semuanya indah.

"dalam tawa ada tangis, dalam senda ada sendu, dalam suka ada duka.. rawatlah hati dan perasaanmu sendiri.. kerna yang simpati kurang memahami, yang memahami tidak mempeduli"..kata sahabatku, t.kasih.

kekadang selalu berkata-kata dengan diri sendiri..
hanya hati dan perasaan sendiri yang lebih mengetahui apa di dalam hati
hanya kita yang kenal diri sendiri..orang lain boleh bersimpati tetapi tidak memahami..
bagi yang memahami tidak pula mempeduli..memang ada betulnye.
tabahkanlah hati ku untuk terus menjalani liku-liku hidup ini...pandanglah kebaikan demi kebaikan..

p/s: teringat kat sahabat lama yang berada di sabah, rindu kenangan bersama rakan2 sekolah rendah x-sklk.. rindu gak pada kampung halaman..teramat..apakan daya.

Friday, May 6, 2011

operasi menempek gambar di blog..

antara dialog aku dengan prince (nama samaran beb) satu opis selalu bertukar cerita..bertukar-tukar pandangan dan bermacam-macam lagi adanya..prince seorang yg jujur..

prince : kak shida tak update blog ke..
me      : tak la prince..malas
prince : la.. tulis je la kak shida.. apa-apa..je..kalau tak pun kak shida masukkan saja gambar opis buat sambut harijadi haritu..kan k.shida ada gambar-gambar tu..saya tak masukkan kat blog cerita tu akak masukkan lah...
me     : oh..oklah prince nanti k.shida masukkan ye (walaupun dah basi)

smj memang senang menerima pandangan orang yang jujur. jadi mari kita buat operasi menempek gambar di sini..gambar ini diambil pada dua minggu yg lepas sempena meraikan harijadi staf pada bulan April (termasuk smj punya harijadi la). sebulan sekali mesti ada majlis meraikan harijadi bersama-sama rakan ofis. ..


 nama-nama yang diraikan..huhu kek ni nampak sedap..nampak je tapi memang sedap..tq sape yang order.

 laksa penang ni aku suka

 meehoon ni pun sedap..lain kali bole order lagi.

 sedang disusun atur

 antara barisan staf perempuan..dah macam kumpulan nasyid pulak aku tengok..
bulan ramadan yg mulia...lalala


 dah penat berdiri duduk pulak..tunggu bos datang

 wah penat nak senyum sokmo...mengikut sejarah dulu-dulu aku memang susah nak senyum..

 antara barisan staf lelaki..sedang kusyuk dengar bos cakap..prince takde kat sini ya..dia tukang ambik gambar..sukarelawan sekejap

 inilah barisan yang diraikan..sempena harijadi bulan april.

 haha..giliran aku potong kek..lagi 2 tahun nak masuk 40..eh muda lagi..jiwa tetap muda..

 ramai-ramai meriah

meriah lagi..

wajah wajah ceria di sini..


adik manis yang sorang ni baru masuk kerja, ganti cik apple hijau yang berpindah ke puncak alam
 
kesian prince takde kat gambar kat sini.. thanks prince tolong snap gambar-gambar di atas..
 
oklah stop kat sini dulu, sebenarnya macam-macam yang bermain difikiran sekarang..mood nak menulis
almost zero..paparan dan tulisan di blog bukanlah semua dapat menggambarkan apa yang realiti dengan kehidupan kita..realitinya lain..sukar nak digambarkan..
 
p/s: apakah menu yg akan kubawa pada bulan mei ini untuk meraikan kawan-kawan staf yg lain pula..huhu..adakah sekadar maggi cup....kita tunggu dan lihat.. ahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...