Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011


salam ceria dan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua.
selamat tinggal tahun 2010.  semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum.
semalam adalah kenangan,
hari ini adalah kenyataan dan esok adalah pengharapan..

suka dan duka silih berganti, ada masa mungkin kita di bawah dan mungkin satu masa kita di atas.
hidup ini bagai pusingan roda. itulah yang dinamakan kehidupan. kekadang tak dapat lari dari membuat kesilapan. kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran darinya, kerana dugaan, kesilapan dan kegagalan itu merupakan sebuah pengalaman berharga yang tidak dapat dijual beli. kehidupan yang dilalui dengan pernah membuat kesilapan lebih berguna berbanding dengan kehidupan tanpa melakukan sebarang perkara.

teringat pada satu maksud hadis, rebutlah lima masa sebelum tiba lima masa:
masa mudamu sebelum tua,
masa sihatmu sebelum sakit,
masa kayamu sebelum miskin,
masa lapangmu sebelum sibuk,
masa hidupmu sebelum mati.

oleh itu hayati erti kehidupan ini dengan lebih bermakna, pesanan untuk diri sendiri sempena tahun 2011.

p/s: kalau rasa gembira raikan saja...tak perlu mengenangkan kegagalan esok yg belum pasti ya atau tidak.sekurang-kurangnya kita pernah rasa gembira jika kita gagal kelak. 

Thursday, December 30, 2010

cuti akhir tahun dan awal tahun

hari ini sesi bercuti sambung dari semalam dan seterusnya sampai bukak sekolah. lama rasanya tak jumpa kawan-kawan opis. saja nak bercuti. bukan pergi mana pun. rehat dan duduk-duduk relaks kat rumah melayan kerenah anak-anak. nak rasa jadi suri rumah sepenuh masa. inilah masanya, bila lagi...di samping menyelesaikan urusan pembelian buku-buku sekolah dan menguruskan pembayaran yuran sekolah 3 orang anak.(nasib baik 3 saja, syukur..)

lepas maghrib asben ajak pegi main boling. first time tak nak pegi. bukan tak suka tapi semalam 2 jam main boling dengan anak-anak dan anak sedara, razi. janji dengan razi, habis spm nanti acu bawak pergi main boling..dia tuntut janji sebaik abis spm. haha, setakat janji main boling aku boleh lah.

bila dah duduk kat rumah aktiviti utama baca surat khabar, tengok tv dan blogwalking. ni tengah seronok nak baca pasal malaysia menang. masih panas lagi..lama nak hilang teruja ni. tadi tengok berita tv3, ada cerita pasal piala suzuki AFF.meriahnya suasana di KLIA menyambut kepulangan pasukan malaysia. ha, tadi pun ada berita pasal penyokong beramai menonton perlawanan bolasepak piala suzuki AFF di restoren hakim seksyen 7 shah alam. ni yang selalu prince cerita kat blog dia nih. memang meriah sungguh. macam nak pecah restoren tu. dah macam mini stadium..gempak sungguh..hehe best apa. kalau smj bujang dah lama join.

 razi ceria lepas balingan strike, terer gak main boling, kalau ada arwah iejam lagi best kan..dah lebih 2 bulan dia pegi..selalu kalau dtg shah alam mesti razi dtg berdua dgn abg iejamkan..sedey acu bila ingat kat arwah.

 baby tak habis-habis nak buat tanduk kat org bila bergambar ye..hmmm

 posing reramai macam ni memang wajib sebagai penutup acara main boling

uish.. sempat gak karaoke anak dara 2 dua orang ni.

p/s: kat muslim minat gak..cool saja....tak abis-abis lagi..hehe

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Memang Boleh, Tahniah!

Tahniah dan terima kasih kepada pasukan bolasepak malaysia, anda semua telah memberikan kegembiraan kepada seluruh rakyat malaysia.

berusia di bawah 23 tahun tapi kalian semua bermain dengan matang. khairul fahmi dan safee sali anda berdua memang ada ummph... yang lain-lain pun memang ada ummph...apa yang penting kerjasama. walaupun sering diasak oleh team indonesia, tapi mental tetap steady. 2 gol saja belum mampu menyekat kejuaraan malaysia. malaysia menang agregat 4-2. yes..!

"Terima kasih fahmi kerana mengembalikan 'keseksian' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman fb fahmi. haha..macam-macam komen tau.

apa yang pasti berita kemenangan ini merupakan penutup yang paling manis untuk tahun 2010 bagi rakyat malaysia. di tambah pula, dengan pengumunan DS Najid, 31 Disember 2010 diberikan cuti sempena malaysia menang piala suzuki ini.  yahooo..cuti..  i like (walaupun memang dah isi borang cuti).

harap maaf gambar kurang memuaskan, hasil dari tangkapan secara terus dikaca tv
( ini kes tak sabar tunggu gambar kat newspaper esok)




fikirkan boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu..


haha..tak payah tulis habis lagu itu..rasanya semua orang tahu. 
masa tulis entri ini, tengah tunggu perlawanan akhir piala suzuki Malaysia vs Indonesia. lagi 10 minit saja nak berlangsung. seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia memang menanti-nantikan perlawanan ini. 

moga pasukan malaysia yang hensem-hensem itu kuat dari segi mental dan fizikal. mental memang kena kuat, memandangkan  penyokong Indonesia terlalu fanatik dengan pasukan negaranya. sanggup berdemo-demo disana sini untuk menunjukkan ketidakpuasan hati. (apa yang tak puashatinya aku sendiri tak pasti, macam-macam). tapi kalau kalah kena terima dengan semangat kesukanan. buat apa nak gaduh-gaduhkan, buang masa dan tenaga, harta benda pun nak dirosak-rosakkan..itu membazir..membazir dan marah-marah itu kerja syaitan..harap Malaysia akan menang.... dah mula pun siaran langsung..lagu negara ku tengah berkumandang...berhenti dulu nanti sambung...

Monday, December 27, 2010

Cinta Kristal

Cinta Kristal
Sinar matamu bagai api menyambar
Hanguskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpancar
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang ( 3X )

adeh, jiwang karat melanda pulak..
ini gara-gara tengok cerita hantu kak limah balik rumah lah..
berkenan semula dengan lagu rahim maarof yang dinyanyikan oleh awie dalam cerita itu..
seingat smj lagu ini dah ada masa smj form 3.. memang kental lagu ni..intro dia pun best..fuhh! lentok.


Sunday, December 26, 2010

Tahniah! Malaysia Menang Bergaya 3-0

Salam...masih teruja dengan kemenangan Malaysia menentang Indonesia semalam. tak kira smj nak buat jugak entri pasal menang ni. berbaloi rasanya duduk bersorak depan tv. dah tak kira asben ada kat sebelah ke apa..rasa nak menjerit..smj menjerit..rasa nak melompat smj melompat..tetiba hilang rasa segan kat asben dengan anak-anak.. diaorang faham smj memang minat sukan. diaorang pun sokong bagai nak rak team Harimau Malaya..

wah..memang best betul dengan aksi pasukan Malaysia..first time tengok Malaysia bermain dengan penuh semangat juang. memang menghiburkan..kalau kalah pun rasanya kalah bergaya. dari segi stamina memang nampak semua bertenaga dan larian yang pantas..

isu laser yang cuba dibangkitkan oleh penjaga gol indonesia..adalah sangat terover..siap nak hentikan perlawanan. agaknya team Indo tertekan dengan aksi Malaysia yang ketara bersemangat dan bermain menggunakan akal..syabas pasukan Malaysia yg kesemuanya pemain tempatan..rasanya Indonesia ada lima pemain import dan jurulatih pun dari luar...Malaysia memang bermain dengan cemerlang mengalahkan pemain profesional Indonesia.

Tahniah jugak kepada raja gopal..jurulatih pasukan Malaysia. anak-anak pun kenal. teringat masa pergi Motor Show 2010 dalam ramai-ramai pengunjung yang hadir, raja gopal jugak yang diaorang perasan. 'mak itu raja gopal'..ye ke.. mana? raja gopal tu siapa kak ngah? aku saja menduga dia..'ala, jurulatih bolasepak pasukan malaysia tu..'..owh dia tu...jawap aku selamba..siapa sangka budak-budak pun kenal. hehe..

Semoga Malaysia menang dalam perlawanan kedua menentang Indonesia di di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu ini. Cayok..!

 Pasukan Malaysia memang macho...hehe

aksi pengantin baru, shahrul

Wednesday, December 22, 2010

filem hantu kak limah balik rumah, memang best



hari sabtu lepas baru berkesempatan tengok cerita hantu kak limah balik rumah. bajet nak tengok pukul 3 petang, tapi tempat duduk dah full. terpaksa ambik pukul 5 petang. ok lagi, asalkan habis sebelum maghrib. itupun tempat duduk yang dah nak ke depan sangat. nasib baik tiket ada lagi. kalau tidak postpone lain hari le jawabnya. mesti anak-anak tak happy..adeh

memang best, kelakar giler...jalan cerita nya simple saja...tapi ada mesej yang disampaikan...
smj memang selalu tengok cerita mamat khalid kalau tak vcd tengok dalam tv..
cerita estet saja yang belum tengok lagi. 
suka dengan pelakon-pelakonnya..selamba saja..
cuma yang tak bestnya masih teringat-teringat kat cerita zombi kampung pisang.
pelakon AC Mizal, Que Haidar, Hamid Gurkha dan tak ingat sape lagi, takde...
kalau ada mesti lebih meriah..


p/s: macam tolong promote saja..hehe
filem kita, cerita kita..sekadar bagi sokongan

Tuesday, December 21, 2010

Tetamu Hati

Kalau tumitku sudah kematu
tiada lagi kupakai sepatuku 
kakiku mengenal batu-batu 
pasir yang terbakar 
rumput yang menguning
lopak yang kering 
angin gering. 

Sedikit ketawa
bicara yang lemah
langkah yang patah
darah masih merah
ubun-ubun semakin pijar
lelah, rehat yang terbiar

Ketika bintang-bintang meludah cahaya
embun membasuh mata
langit tanpa suara
sepi dan halus
jiwa dan kudus

Ini hidup bukan menanti mati
tapi mati yang selangkah dari hati
~tamat~

puisi ini aku kutip, salin dan tampal saja..entah... macam best je..tetiba rasa macam syahdu pulak. walaupun bukan ori dari aku..dapat tumpang rasa jadilah.. tak pandai nak menulis puisi..huhu

p/s: sepatu bonia oh sepatu bonia...

Sunday, December 19, 2010

kembali ke sekolah siri 1

hari ini cuti....nak buat macam-macam perkara. ingat nak settle kan hari sabtu dan ahad semalam tapi macam-macam pulak aktiviti lain..adeh.. planning nak membeli barangan sekolah tak menjadi. cukup masa asben pulak balik melaka..ermmm..penat pulak jadi ambik keputusan nak cuti hari ini... 

pagi ini hujan pulak. sementara menunggu hujan reda dan anak-anak bersiap sempat jugak update blog ni. lepas ni nak keluar pergi bank, beli baju sekolah, pergi bukit raja (modem broadband punya hal), ambik listing buku tulis sekolah anak-anak. sebelum ini semua buku tulis dalam list aku beli ..rupanya ada yang tidak digunakan.  kali ini aku suruh anak-anak teliti listing nya dulu mana yang tak perlu, tak payah beli.

ok back to aktiviti semalam... sempat merakam kan kenangan pergi rumah kenduri kahwin anak lelaki kak zack, kakak satu ofis muda-muda lagi dah bermenantu. bestnya semoga cepat timang cucu.

 on the way ke rumah kenduri kahwin kak zack dekat jln iskandar meru..
nasib baik tak lepas ke jerat cina..muahahahaha..

  
dah sampai rumah orang kahwin, tema biru putih
antara barisan rakan-rakan ofis yang hadir

 kak zack emak pengantin, berseri-seri sambut menantu

sebelah petang pergi teman asben ke ole-ole seksyen 18, saja nak check samada telefon yg dia beli semalam ori atau buatan cina..

 sempat pulak masuk pertandingan memasang kereta daripada kad.
abang long menang tempat pertama.. dia memang terer kalau bab-bab macam ni


 pergi ke plaza masalam pulak..nak ambik manual panduan telefon..
semalam manual bahasa jepun saja yang ada
 sempat lagi posing....

pizza, favourate anak-anak...

 lepas pizza, aiskrim menjadi favourate anak-anak gak...apalagi.

Thursday, December 16, 2010

pergi ke tidak.. nak tengok wayang ni

malam sabtu ni cadang nak pegi tengok wayang cerita hantu kak limah balik rumah. pergi satu keluarga. tapi sebelum tu dah kenakan syarat-syarat pada anak-anak…kalau berperangai elok dan rajin boleh pergi..kalau malas, selalu berkelahi, malas solat…semua tak boleh pergi…tengok kat dalam vcd yang bakal keluar tahun depan sajalah, lagi jimat...terpaksa buat syarat sebab tengok wayang bukanlah amalan kebiasaan bagi anak-anak. smj pun dah lama tak pergi..


haha..minggu ini masing-masing menjaga tata kelakuan masing-masing. tetapi ada jugak yang tersasul ..ala bebudak.. masih keanak-anakan. .kekadang ikut mood jugak...tapi kalau dah selalu buat perangai..ada jugak yang kena rotan (garang ni).


kalau sebut nak berjalan semua kerja rajin..kerja orang dewasa pun nak buat

Monday, December 13, 2010

comel tak?

sempena cuti sekolah ni every sabtu n ahad memang ada saja aktiviti di luar jangkaan. pantang ada apa-apa acara di sekitar shah alam and KL anak-anak mesti ajak pergi.

ermmm..al-maklum lah cuti sekolah kali ini rasanya tak pergi kemana-mana destinasi percutian. bagi smj cuti tahunan memang banyak lagi. tapi cik abang kita dah tak berapa ada cuti. itu yang tiada plan ke mana-mana, kecuali acara yang berlangsung di sekitar lembah klang. itu saja yang boleh pergi.

anak-anak tak kisah, asalkan sabtu n ahad ada aktiviti yang nak dibuat. diaorang ok saja. dapat pusing-pusing makan angin, jalan-jalan cari makan, tengok wayang, pergi ke apa-apa show ke, main air kat wet world saja ke..atau berboling, berkaraoke (didlm pengawasan ibu bapa) atau bersukan, pergi orang kahwin ke and last sekali pergi shopping barang keperluan sekolah (ini perkara wajib). 

hari ahad yg lepas pergi pameran kucing-kucing di sacc s.alam. smj bukannya ada bela kucing tapi saja nak melihat kecomelan kucing-kucing yang dipamer. pernah anak-anak bercadang nak bela kucing. tapi ada beberapa sebab smj tak bagi. bukan tak suka tapi kena fikir banyak perkara...

COMEL TAK.?..







 kalau nak tau si penyanyi azarina ini pun ibu kepada berpuluh-puluh kucing,..dia sangat suka dengan kucing


oppsss terambil pulak gambar.. kasut kat dalam kedai inipun comel comel gak..hukhuk..

Saturday, December 11, 2010

sesi suka-suka

semalam ada game boling suka-suka antara pej. pps dan canseleri di ole-ole seksyen 18, shah alam. mestilah aku pergi, dekat dengan rumah..lagipun bab main-main ni aku memang suka, sebab tak payah pening kepala duk fikir benda-benda yang memberatkan kepala..ramai betul yang main sampai lima lane...penyertaan adalah secara sukarela tiada paksaan..main bukan boleh paksa..tak best lah kan.. 

semenjak cuti sekolah ni boleh katakan tiap-tiap minggu pergi main boling. kalau tidak dengan kawan ofis, anak-anak dan asben pulak yang ajak main. dah macam acara tetap mingguan...biarlah.. main sampai bosan baru tak yah pergi lagi..hehe

semalam habis boling diikuti pula sesi berkaraoke anak-anak dan kak nurul..sesi suka-suka lagi...nasib baik tak hujan lebat...

hari ini dah ambik keputusan nak beli.kasut sekolah. aku memang kena mulakan membeli persediaan sekolah dari sekarang. rasanya dah terlambat. selalunya waktu cam gini dah tersedia semuanya...takpe minggu ni aku berazam nak settlekan bab membeli ini..perkara-perkara macam ini menuntut kesabaran dan komitmen yg tinggi...so aku kena pastikan asben bagi komitmen sama...tak boleh tidak, fullstop.


 antara yang hadir semalam..kamera tak cukup canggih nak capture gambar ramai-ramai..jadi sempat ambik sebahagian saja..

yang kat bawah ni gambar-gambar nostalgia bulan november hingga awal dis 2010..layan





p/s: kesian smj.. semalam main boling pakai baju bunga-bunga..takde sape nak teman pakai baju yang sama..muahahahaha.

Thursday, December 9, 2010

Motor Show 2010

hari rabu smj bercuti. idea bercuti datang sebab asben smj nak bawak bebudak team es pergi Kuala Lumpur International Motor Show 2010. pergi naik komuter weh. hikhik. pertama kali satu keluarga naik komuter. anak-anak excited sebab belum pernah naik komuter. itu pun sebab asben memang tak pandai selok belok jalan-jalan di KL. idea naik komuter diusulkan oleh asben smj. konon untuk mengelakkan kesesakan dan susah parking. tapi sebab yang paling utama asben memang tak tau jalan KL takut sesat jalan.dlm banyak-banyak perkara kelemahannya tak tau jln KL. nama saja kerja dengan jab. pengangkutan jalan tapi jalan pun tak tau. hahaha mengutuk nih..jgn risau dia tak baca blog-blog ni..hehe... tapi kalau dia baca...larikkkk!!!

agak kekok jugak naik komuter, wah dah ada koc untuk wanita..bagus..bagus ada kemajuan. sudah agak lama tak naik komuter. harap-harap anak-anak tak serik sebab kena berdiri on the way ke KL. ingatkan tak ramai penumpang rupanya penuh.. ish silap la pulak berhenti kat bank negara, patutnya berhenti dekat perhentian putra baru la dekat dengan pwtc. adeh... beli tiket semula ke perhentian putra..nak naik LRT ke, monorel ke, putra ke tak tau la pulak so jalan selamat naik komuter. macam lawak je rasa..tapi anak-anak tak kisah diaorang seronok saja..

akhirnya sampai jugak ke tempat yang di tuju setelah menapak sikit dari stesyen komuter putra. ramai jugak yang berkunjung ke motor show ni. maklumlah cuti sekolah...dengar kata pengunjung motor show ni dah capai target...bagi peminat-peminat kereta dan motor kira oklah..bagi aku pulak pergi cuma sebagai peneman anak-anak dan asben...seronok ke tak seronok bagi aku tak penting..  

jom kita lihat aksi-aksi pergi ke motor show tempohari...


 aksi tunggu komuter ..senyum lebar..masa ni tak tau lagi kena berdiri

abg long tengah tinjau komuter bila nak sampai..tadi dah lepaskan satu komuter sebab confuse ada sign Batu Caves..rupanya memang komuter itulah sepatutnya boleh naik..ish musykil dulu takde Batu Caves 

 dah sampai...welcome to kuala lumpur international motor show 2010



 wah..wah posing nampak













model minah salleh pun ada 

 ini yang paling hot..ewah bukan main lagi cik abang nih..haha







 bumble bee pun ada





adeh..penat pulak nak upload gambar-gambar ni..banyak lagi sebenarnya..kepada sesape yang nak pergi masih ada masa lagi sehingga 13 Dec 2010 kalau tak silap..

p/s: satu saja yang smj tak paham kenapa la model yang ada seksi-meksi semacam, nak tayang kereta atau nak tayang body...tak bagus untuk tatapan di bawah umur..yang di atas umur pun tak bagus gak..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...