Tuesday, November 9, 2010

Pesakit semakin kurang, pendapatan doktor merosot

KUALA LUMPUR - Pengamal perubatan am yang pernah dianggap sebagai golongan profesional berpendapatan tinggi di negara ini kini merosot pendapatan berikutan jumlah pesakit yang semakin berkurangan, demikian menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Rencana pengarang terbaru buletin terbitan persatuan itu berkata, trend tersebut membimbangkan kerana profesion itu mungkin pupus satu masa nanti hingga para pesakit menghadapi kesukaran mendapatkan rawatan.

Rencana pengarang itu berkata, pengamal perubatan am di Malaysia merupakan amalan pilihan yang laris dan banyak doktor meninggalkan perkhidmatan kerajaan untuk menyertai sektor swasta sebaik sahaja perkhidmatan wajib mereka selesai.

"Seorang pengamal perubatan am terkenal di Lembah Klang boleh melihat lebih daripada 150 pesakit sehari semasa waktu yang baik tetapi sekarang ia menurun kepada kira-kira 20 orang,'' katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

ha itulah salah satu faktor yang aku tak nak jadi doktor tu...itulah pasalnya. lagi satu aku memang takut pun nak cucuk orang dengan jarum. sebab yg seterusnya aku memang takde kelayakan pun, belajar tak pandai, pandai kira sesikit je..tu yg kerja jaga statistik..

p/s : memang ada betul nye artikel kat atas pada diri smj shj le..tahun ini masih belum ada ambik mc lagi..moga kekal sihat sejahteralah hendaknya, amin.

5 comments:

Prince Halilintar said...

sepatutnya kite risaukan klu pesakit makin ramai, bukannya pendapatan doktor merosot..klu ramai yg sakit,takut bekalan ubat xcukup dan wabak penyakit senang menular...

shida mj said...

itulah prince, falsafah profesion diaorg memang gitu..macam suka kalau ramai yang sakit..susah mau cite la.

sariah said...

Ada juga org tak sakit buat2 sakit; itupun bagus jugak kan..sekurang2nya ada gak kerja doktor...beri surat sakit...i tak rela sakit dan disakiti....

shida mj said...

i pun sama kak sari..disakiti..terlalu menyakitkan..tak rela

Anonymous said...

http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=CIH

You can start making RM100, RM500, even RM1,000+ every day working at home from your computer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...