Friday, May 20, 2011

konvo uitm dan diriku

cewah.. tajuk macam aku yang konvo pulak..terlebih sudah..
hari ini hari terakhir konvokesyen uitm yg ke 74. sepuluh hari berkelana / bertapa di Dewan Agong Tuanku Canselor. bukan smj yang konvo, smj dah lama konvo dulu-dulu..berkurun lama kurasakan...lalala. lagu exist pulak dah. uitm memang di hati ku..sesudah habis belajar di uitm terus dapat kerja di sini..dah dekat 16 tahun kerja, masih sangat setia dengan uitm..rezeki memang di sini aku tetap di sini..takkan kemana-mana.

setiap kali istiadat konvo smj bertugas. seronok pun ada sebab suasana kemeriahan dekat terasa. sesi istiadat konvo kali ini diadakan di DATC dewan baru yang serba cantik. tapi ramai yang sesat sana sini. ada yang pusing sana sini tak jumpa jalan keluar dan masuk. nak pergi dewan utama pun tak jumpa jalan. adeh.. nasiblah... staf sendiri pun ada yang sesat pertama kali sampai.
kesian jugak ada pakcik dan makcik kesejukan dek aircon yang kuat..ade jugak yang berpeluh-peluh naik turun tangga cari tandas..macam-macam ada..tapi yang pasti semua orang berwajah ceria..al-maklum meraikan kejayaan anak-anak, saudara mara, suami-isteri ataupun kawan-kawan.

kesempatan yang tak pernah dilupakan adalah sesi bergambar sebagai acara selingan, disamping menjalankan amanah kerja. kita layan dulu sesi bergambar-gambar.. sahabat bertugas prince dah awal-awal keluar cerita konvo ini..tapi tak apa kita layan je lah versi smj pulak..hehe

 Dewan Agong Tuanku Canselor

dalam DATC

 Istiadat dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong


Ibu Bapa, Keluarga Graduan yang hadir


 sesi bergambar diri sendiri bermula

bergambar lagi..
  kat dalam dewan ni nanti dato' ct nurhaliza akan buat show klu tak silap bulan 7 nanti..tungguuuu..

 skp yang ceria..sentiasa membantu
 ceria lagi..termasuk abg polis karim dan skp keselamatan

masa ini hari cuti wesak ada raptai, anak2 pun ikut sama pergi kerja biar naik semangat diaorg nak belajar bila tengok org berkonvokesyen...bergambar dengan hani calon masuk AF kerja sambilan masa cuti semester


anak2 suka dengan bunga-bungaan ini..
ni sorang berangan nak main biola, sorang lagi berangan nak main ala-ala piano




 ni tengah berangan nak jadi photographer pula..banyak betul angan2 bebudak ni.
 rasanya bisness jual bunga paling laku..
 dewan 3 tingkat dipenuhi graduan dan tetamu..

alamak internet slow pulak takleh nak upload bebanyak gambar lagi..oklah nanti sambung lagi..

Saturday, May 14, 2011

kerna yang simpati kurang memahami

kita boleh jadi diri sendiri, tetapi adakala terpaksa pula berhipokrasi..
tapi bila kita penat berhipokrasi..kita akan jadi diri sendiri
masa itulah kita akan kehilangan orang-orang disekeliling
orang yang mengharapkan kita menjadi orang lain
yang mengharapkan semua indah-indah dan semua elok-elok
tapi sampai bila, tak dinamakan kehidupan jika semuanya indah.

"dalam tawa ada tangis, dalam senda ada sendu, dalam suka ada duka.. rawatlah hati dan perasaanmu sendiri.. kerna yang simpati kurang memahami, yang memahami tidak mempeduli"..kata sahabatku, t.kasih.

kekadang selalu berkata-kata dengan diri sendiri..
hanya hati dan perasaan sendiri yang lebih mengetahui apa di dalam hati
hanya kita yang kenal diri sendiri..orang lain boleh bersimpati tetapi tidak memahami..
bagi yang memahami tidak pula mempeduli..memang ada betulnye.
tabahkanlah hati ku untuk terus menjalani liku-liku hidup ini...pandanglah kebaikan demi kebaikan..

p/s: teringat kat sahabat lama yang berada di sabah, rindu kenangan bersama rakan2 sekolah rendah x-sklk.. rindu gak pada kampung halaman..teramat..apakan daya.

Friday, May 6, 2011

operasi menempek gambar di blog..

antara dialog aku dengan prince (nama samaran beb) satu opis selalu bertukar cerita..bertukar-tukar pandangan dan bermacam-macam lagi adanya..prince seorang yg jujur..

prince : kak shida tak update blog ke..
me      : tak la prince..malas
prince : la.. tulis je la kak shida.. apa-apa..je..kalau tak pun kak shida masukkan saja gambar opis buat sambut harijadi haritu..kan k.shida ada gambar-gambar tu..saya tak masukkan kat blog cerita tu akak masukkan lah...
me     : oh..oklah prince nanti k.shida masukkan ye (walaupun dah basi)

smj memang senang menerima pandangan orang yang jujur. jadi mari kita buat operasi menempek gambar di sini..gambar ini diambil pada dua minggu yg lepas sempena meraikan harijadi staf pada bulan April (termasuk smj punya harijadi la). sebulan sekali mesti ada majlis meraikan harijadi bersama-sama rakan ofis. ..


 nama-nama yang diraikan..huhu kek ni nampak sedap..nampak je tapi memang sedap..tq sape yang order.

 laksa penang ni aku suka

 meehoon ni pun sedap..lain kali bole order lagi.

 sedang disusun atur

 antara barisan staf perempuan..dah macam kumpulan nasyid pulak aku tengok..
bulan ramadan yg mulia...lalala


 dah penat berdiri duduk pulak..tunggu bos datang

 wah penat nak senyum sokmo...mengikut sejarah dulu-dulu aku memang susah nak senyum..

 antara barisan staf lelaki..sedang kusyuk dengar bos cakap..prince takde kat sini ya..dia tukang ambik gambar..sukarelawan sekejap

 inilah barisan yang diraikan..sempena harijadi bulan april.

 haha..giliran aku potong kek..lagi 2 tahun nak masuk 40..eh muda lagi..jiwa tetap muda..

 ramai-ramai meriah

meriah lagi..

wajah wajah ceria di sini..


adik manis yang sorang ni baru masuk kerja, ganti cik apple hijau yang berpindah ke puncak alam
 
kesian prince takde kat gambar kat sini.. thanks prince tolong snap gambar-gambar di atas..
 
oklah stop kat sini dulu, sebenarnya macam-macam yang bermain difikiran sekarang..mood nak menulis
almost zero..paparan dan tulisan di blog bukanlah semua dapat menggambarkan apa yang realiti dengan kehidupan kita..realitinya lain..sukar nak digambarkan..
 
p/s: apakah menu yg akan kubawa pada bulan mei ini untuk meraikan kawan-kawan staf yg lain pula..huhu..adakah sekadar maggi cup....kita tunggu dan lihat.. ahahaha

Wednesday, April 27, 2011

Burnt Biscuits

When I was a kid, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did was reach for his Biscuit, smile at my mom and ask me how my day was at school.

I don't remember what I told him that night, but I do remember hearing my mom apologize to my dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: "Honey, I love burned biscuits."


Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your momma put in a long hard day at work today and she's real tired. And besides... a burnt biscuit never hurt anyone!"


You know, life is full of imperfect things... and imperfect people.. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else. What I've learned over the years is that learning to accept each others faults and choosing to celebrate each others differences, is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

Life is too short to wake up with regrets... Love the people who treat you right and forget about the ones who don't.

p/s: baru saja terima email dari dato vc, jadi aku panjangkan di sini kerana isi penceritaan amat menarik perhatian aku..kehidupan perlu ada tolak ansur dan kasih sayang, jangan selalu menghukum..terima seadanya jika sayangkan seseorang...tak rugi bertolak ansur pada perkara yang kecil..mungkin kita akan mendapat hikmah yang lebih besar dari perkara kecil itu..

Monday, April 25, 2011

syiling berterabur, malunya..

 
 cerita di bawah tak ada kena mengena dengan gambar di atas..

pagi semalam mengalami peristiwa yang agak memalukan diri sendiri. rasa nak sorok-sorok kan muka tapi rugi pulak..kalau menyorok siapa nak kutip duit syiling bertabur kat lantai kedai tudung semalam. tak taulah dalam seminggu ni selalu letak balance duit syiling dalam beg duit. tebal semacam, konon duit banyak sangat, tapi hampeh duit besi saja yang banyak. keh keh..
ceritanya bermula begini, pagi-pagi SY ajak keluar minum, susah nak tolak. setelah SY mengayat ..jadi aku dengan sorang lagi KAK SRH kesian kat SY ni pun keluarlah juga walaupun kami berdua dah ada bawak bekal. kawan punya pasal takpelah kesian..temankan jugak.
dipendekkan cerita SY bawak kereta dan belanja kitaorang minum pagi ini, mungkin mengenangkan jasa kami menemankan, itu pasallah sukarela belanja… Alhamdulillah..moga dimurahkan rezeki SY. errr dia pun sebenarnya dapat duit kutu bulan ni...pakcik kayo hehe.


habis minum on the way ke kereta singgah sekejap kedai tudung. kalau dah nama nya pompuan nampak kedai tudung terus menangkap. ada hati nak tengok walau masa tak berapa mengizinkan. SY ni walau pun lelaki, dia tetap sporting, layannn katanya..

dalam kelam kabut mencuba tudung sambil tangan pegang beg duit, tak sedar beg duit yang tebal dengan duit syiling terbuka..apalagi ke ba boom duit syiling berterabur di atas lantai…nasib baik KAK SRH dan SY tolong kutip sambil gelak-gelak. ‘banyak nya shida oiii.. ada mau dekat lima hengget duit syiling ko ni shida’ kata KAK SRH pada aku..hehe entahlah kak tak sedar pulak bila duit syiling tu bercambah..haish..

malu punya pasal daripada sekadar nak cuba terus sambar dua tudung…tawar lebih kurang dan bayar laju-laju lagipun tak nak buang masa lagi.

p/s: bulan ini bajet nak cari beg duit besar atau beg karung duit syiling..haha

Thursday, April 21, 2011

Alamak..dah lama tak update blog..

Alamak.. hampir terlupa aku ada blog rupanya...
....oleh kerana tak mahu blog ni bersawang jadi aku perturunkan lah apa yang ada. tak kisahlah apa benda kata hikmah ke ..apa ke..tapi aku rasa...sharing is caring..hihi 


Between Friends

Sometimes in life,
you find a special friend;
Someone who changes your life

just by being part of it.

Someone who makes you laugh until you can't stop;
Someone who makes you believe that there really is good in the world.
Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it.

This is Forever Friendship.





Wednesday, April 13, 2011

Bosan itu pun ada jugak faedahnya

sambungan dari semalam....

....disebabkan kebosanan melanda semalam dan hari ini sambung lagi sikit-sikit, aku cuba meng'kreatif' kan diri sendiri. maaf penyalahan tatabahasa mungkin berlaku di sini. hari ini macam biasa pagi-pagi buat kerja apa yang patut, email, balas email, buka fail data, cuit sana cuit sini, tak lupa jugak on ym  dan bukak surat khabar online baca..dan macam-macam lagi nak elakkan rasa bosan. buat statistik sikit-sikit, edit ringkasan report yang orang mintak...dan bla,bla,bla...

aku memang bersungguh tak nak bosan lagi..betul. bila petang pulak memerah otak memikirkan apa lagi yang perlu aku buat selain daripada yang di atas. takkan nak window shopping pulak. pegi sacc ke, ke bukit raja ke..memang la menarik tapi apa kebenda nya pulak time keje nak pegi tempat itu. haish...

pikir punya pikir baru aku teringat satu perkara yang belum aku buat lagi..yang sepatutnya memang kena buat..nak tau apa? ha yang ini tanggungjawab sebagai warganegara yang perlu aku laksanakan bayar income tax le..nasib baik teringat pada waktu kebosanan ini....terus aku klik e-filing bayar cukai.  huh lega sebab bosan la aku teringat. ..klik, isi dan hantar online saja, mudahnya . sesiapa yg belum isi tu pegi la kat sini http://www.hasil.gov.my/  ..tolong bagi info je ni.

tadi google pasal bosan ini..memang banyak tips untuk kita atasi. yang penting kita kena positifkan minda kita..diri kita adalah apa yang kita fikirkan. jadi terpulang bagaimana cara untuk mengatasinya. cara yg positif lah jgn buat benda yang bukan-bukan pulak..

p/s: ada jugak faedahnya kebosanan ini yek...jadi kita kena menafaatkan kebosanan ini untuk kebaikan...
tak lama lagi hilang lah rasa bosan itu (berharaplah..)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...